Sesi Tanya Pakar bersama Puan Suraya, Pakar Sonografer Klinik MyFamily Sonoworld

Hai ibu bapa yang dikasihi! Kini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai detail scan pada trimester ke-2 kandungan bersama kami dalam Sesi Tanya Pakar. Sesi Tanya Pakar pada kali ini kami bawakan kepada anda, Puan Suraya Sulaiman Khan; Pakar Sonografer dari Klinik MyFamily Sonoworld. Puan Suraya akan aktif berinteraksi dengan anda semua di aplikasi kami. Inilah masa dan peluang untuk anda tanya soalan di ruangan komen bawah! *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3 petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Puan Suraya, Pakar Sonografer Klinik MyFamily Sonoworld
25 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Assalammualaikum puan, Saya ingin memohon sedikit pe jelasan imej detail scan bayi saya. Menurut doc yang buat detail scan ni.. Bayi berkemungkinan cleft lips.. Tp masih samar. Adakah kemungkinan bayi saya lahir normal, atau imej ini kelihatan seperti cleft lips. Dan apa persediaan yang perlu saya buat sekiranya bayi saya cleft lips. Terima kasih puan.. Semoga puan dan Ibu2 semua sentiasa di dalam lindung rahmat Allah.. Skg saya 30week 3day. Baby boy. Ttcian 9years Baby first.

Đọc thêm
Post reply image
4y trước

Terima kasih untuk jawapan dari klinik.. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki dunia akhirat puan dan semua Ibu2. Tolong doakan anak saya lahir sihat dan sempurna ya.. Masih saya berharap itu. Aamiin

asalam dr sy nk tnya sy dh delay period 2 buln bila cek upt yg eco naik 2 line.. sy try beli upt yg farmasi naik 1 line.. lepastu sy p klnik untuk scan dokter ckp baru 5 minggu kcil lg.. dokter suruh datang blik 3 minggu lg.. persoalan nya kenapa cek upt naik mcm tu??.. dan betul ke sy pregnent?? takut plk nk p acan nnty.. lg satu saya x ad alahan lngsung.. mohon pencerahan Dr..

Đọc thêm
4y trước

Wsalam Puan, Adakah period puan regular? Jika tidak.. Mungkin anggaran 2 bulan itu tidak tepat. Sebab size kandungan dan tarikh period puan tidak sama. Biasanya jika scan sudah nampak kantung (5 minggu), kandungan memang ada cuma masih perlu confirm seleoas 3 minggu untuk pastikan kandungan sihat atau tidak. Tiada alahan tu takpa.. Semua orang lain pembawaan baby

Hi puan, Sy sekarang preggy 30wks, bacaan air ketuban 18.2. Doc kk refer sy ke hospital utk pemantauan pakar. Tapi sy juga ada check up di swasta, dan doc swasta ckp masih normal sebab di bawah bacaan 22. Apa punca sebenar air ketuban lebih, dan cara utk Normal kan bacaan air ketuban mcm mana ye.

4y trước

Hi puan, Bacaan normal air ketuban (AFI) ialah sekitar 8-22. Tetapi semakin besar baby, biasa air ketuban akan mula berkurang. Pada usia 30 minggu, air ketuban 18.2 is still within normal range but its on the higher side. Jadi dr perlu pastikan yang puan memang tiada masalah lain, contohnya kencing manis, dan baby tiada masalah digestive system. If all that ok, InsyaAllah, its ok.

Assalamualaikum doc, sy skrg hamil 17 mggu dan sy nak bertanya, sy merasakan ada bengkak di batholin Kanan, apa perlu sy buat? buat Masa ni sy sdg Cuba mkn vitamin C, sy harap ia dapat kecutkan bengkak tu, adakah sy perlu ke klinik berjumpa dgn doc utk dapatkan ubat antibiotic dan sebagainya?

4y trước

Wsalam Puan, Maaf ini puan perlu tanya doktor. Saya seorang sonographer 😊. But yes, saya sarankan puan ke klinik jika masalah bengkak berlanjutan.

Influencer của TAP

Puan Suraya, Saya pernah scan tepat 20 minggu. 1. Mengapa kiraan EDD pada scan mechine selalunya tidak tally dengan doktor jika pergi ke klinik yang lain? 2. Jika dilakukan detail scan yang lebih daripada 2 kali adakah mendatangkan kesan pada bayi dalam kandungan?

Đọc thêm

assalamualaikum..sy baru nak masuk trimester ke 2 beberapa hari lagi..nak bertanya,jika sy tidur mengiring sebelah kanan ada effect kpd bayi ke? sbb sy banyak baca kena mengiring sebelah kiri..tapi sy tak selesa mengiring sebelah kiri..mohon pencerahan

assalamualaikum puan, nak tanya, normal ke klau baby punya kepala kurang gerak bila masa scan? around 24 weeks mcmtu.. tapi bahagian line aktif.. cuma dia sentiasa di bawah.. sy dh buat details scan, dan semuanya normal.. boleh minta penjelasan tak.. terima kasih..

4y trước

Wsalam puan, Pergerakan baby memang tidak menentu. Jika detail scan untuk lihat brain abnormality sudah dibuat, biasanya tiada masalah.

Thành viên VIP

Assalamualaikum nak tanya. Kalau kita dah buat detail scan dan doctor pakar sono kata baby alhamdulillah ok. Ada peluang ke baby ada masalah lain. Down sindrom atau apa2. Sebab NT scan dengan Detail Scan katanya lain2

4y trước

Wsalam Puan Manishya, Ya, NT scan dan Detail Scan adalah lain. Detail Scan untuk lihat struktur badan baby dan NT scan untuk lihat masalah genetik. Jika baby ada masalah genetik, tetapi struktur badan baby normal, Detail Scan tak dapat pick up.

salam doc, boleh saya tahu susu ibu mengandung mana yang tidak membuatkan berat badan naik berlebihan ?.. dan boleh saya tahu makanan yg harus di ambil ketika trimester ke 2 utk bby sihat ?

Assalamualaikum.. Saya scan baby doc cakap perut baby kecik. Adakah ia normal? Perut baby xseusia dgan kandungan. Lewat seminggu camtu. 😢😓 Mohon pencerahan.. 😢

4y trước

Wsalam puan, Lewat seminggu biasanya tiada masalah, lebih lebih kali kalau puan dan suami pun bersaiz comel 😊 Saya sarankan buat scan berkala, setiap bulan untuk pantau size bayi