📝Ibu sensitif dan ibu perihatin 📝

Sekadar luahan. Saya sangat2 berharap ibu warga TAP yang perihatin, untuk tidak keluarkan statement yang menyentuh sensitivity. Salah satu contoh macam ni, "Suami untung duit susu untuk 2 tahun sekiranya si ibu halalkan susunya tanpa berkira". Statement ni daripada post salah seorang warga TAP. Saya sertakan link post tu dalam bahagian komen nanti. Ketahuilah, setiap orang tu diuji dengan ujian berbeza. Rasanya statement "sekiranya si ibu halalkan susunya tanpa berkira" ni tak applicable untuk semua orang kot. Sensitive mommy is here 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️. Saya sangat2 sensitive baca statement macam ni. Sebab saya sendiri alami masalah kurang susu badan. Bukan isu kita berkira nak beri anak susu badan. Saya secara jujur, dah buat macam2 untuk tingkatkan penghasilan susu badan. Ambil pil dari farmasi, pergi berurut dengan bidan, ambil milk booster bermacam jenis. Masa anak saya kurang 1 bulan, anak saya kena kuning lama. Prolonged jaundice. Masa tu dia hanya menyusu susu ibunya. Tapi bila dia minum susu ibu dia sahaja, dia hanya berak satu kali setiap 7 hari. Kemudian berak 1 kali selang 14 hari kemudian. Kemudian berak sekali lagi selang 7 hari berikutnya. Dah puas saya ni berulang alik hospital, klinik. Dah jumpa doktor kk, jumpa doktor pediatric di hospital, jumpa doktor klinik swasta, semua cakap normal untuk baby yg fully breastfeed jarang2 berak. Isunya sekarang, masa tu anak saya kuning. Dia kena kerap berak untuk cepat sembuh dari kuning. Puas saya di pressure daripada ibu mertua, nasihat saya campur susu formula. Mula2 saya tak nak, sebab niat nak full breastfeed. Lepas tu saya akur. Sebab apa? Sebab saya seorang ibu. Tak sanggup tengok tangan anak saya sampai lebam kiri kanan kena cucuk jarum hari2 masa ambil darah untuk check kuning. Bukan setakat tangan, tumit kaki pun sama lebam kesan injection. Alhamdulillah, kuning turun lepas start campur susu formula. Bila anak sembuh daripada kuning, saya pula diuji kena gegata. Masa masih dalam tempoh berpantang. Mula2 doktor bagi ubat biasa dan calamine. Sampai hampir 3 minggu tak sembuh2, lepas bermacam klinik pergi, doktor bagi saya injection, ubat sapu dan ubat makan yang kuat. Ubat tu ada kandungan steroid. Lepas saya makan ubat, saya tak dibenarkan susukan baby 3 jam lepas makan ubat. Dan ubat tu perlu makan 3 kali sehari. Saya still usaha, setiap kali sebelum makan ubat, saya pam dulu susu. Tapi bila kurang direct feeding, penghasilan susu drop. Sedih sebenarnya bila orang sesuka hati beri judgement 😭. Orang memang mudah beri judgement bila perkara tu tak kena ke batang hidung sendiri 😪.Allah.. Naudzubillah min dzalik. Semoga dijauhkan daripada terkena ujian yang sama. Hopefully, before apa2 statement di keluarkan, fikir sensitivity dan perasaan ibu lain. Sharing is caring. Sekadar luahan supaya tidak berulang di masa hadapan. 😊 Saya menyuarakan pendapat saya untuk diri saya dan mewakili Ibu2 lain yang mungkin mengalami ujian yang sama seperti saya. 🙂 #seriusnanya #bantusharing #jangandibully #TAPsupermoms #TAPactiveusers

📝Ibu sensitif dan ibu perihatin 📝
3 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

kenapa dia keluar statement mcmtu ea?? sy pn sensitif juga tntg ini..sbb pnh alami susu xde ms lepas operation 3hari duk mikir cmne nk bg anak susu.sbb susu xde.....lepas tu anak rejek susu fm doc bg ms dia dkt nicu.. sush hti tu xtw nk ckp mcmne...spe yg pnh alami je tw..dgn anak lahir prem..dgn susu xkluar.. pk nk selamatkan nyawa anak mcmne..bila susu fm rejek ..muntah dan cirit birit teruk bila minum susu misi bg..dgn anak kena restart pasang alat bntuan pernafasan...ttg statement suami untung duit susu utk 2 tahun sekiranya si ibu halalkan susunya tnpa berkira..dia xtw ke..stiap titis susu dia dberi pd anak tu dpt pahala...mmg dkt dunia xnmpk..tp pd ms akan dtg br kita tahu apa selama ini kita usaha tu bkn tuk di dunia tp akhrt kita... mana dalil dia dpt begitu dalil sahih ke x tu....😔.. kalau kita ikhlas kerana Allah Ta'ala bnda mcmni xkn jd isu ..ni sbb trlalu ikut perasaan hngga dia lupa.. dia guna nama dia as tanpa nama..spttnye jika dia berani kluar statement tu..dia ptt letak nm id dia sebenar..maaf tetb jd emosi ttg ni tiba2..

Đọc thêm
4y trước

Betul tu, setuju dengan ibu fatimah. Mmg jadi sensitif baca sebab pernah alami.

Thành viên VIP
Influencer của TAP

🩷