sekadar meluah

saya umur 19 . saya dapat matriks program 1 tahun tahun lepas . sepatutnya saya dah sambung degree skarang tapi disebabkan saya tersilap langkah , saya dah ada anak satu . saya cuma habiskan 1 sem lebih masa tu . berbaki lagi 3 bulan saya tak habiskan sebab masa tu memang tak larat dgn alahannya . tapi skarng bila tengok kawan ii dah sambung degree umur 19 saya jadi jeles . saya jadi mula mempersoalkan betapa bodohnya kenapa saya pilih jalan ni . tapi saya tak menyesal lahirkan anak saya , dia tak bersalah . saya yg salah cuma saya sedih sangat bila fikir balik kenapa saya tak habiskan je matriks , kenapa saya tak kuatkan je semangat masatu lawan muntah ii :( nak sambung belajar balik , fikir anak pulak kecik lagi . tapi hati memang meronta ii nak sambung belajar , sedih bila terfikir ii tak sempat banggakan ibu ayah lagi padahal dorang happy gila time saya dapat matriks . saya perlukan kata kata semangat yang boleh yakinkan saya its okayy start sambung belajar balik , mula diploma balik . saya memang pendosa . tapi doakan saya ada rezeki sambung belajar lagi ya mommy semuaa :(((

14 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Skrg mudah sis nk sambung belajar. Boleh pilih part time, full time atau online mcm2 boleh skrg ni. Yg penting niat belajar tu ada. Tak kisah umur berapa pun. Nak kerja sambil sambung belajar pun boleh cuma kena pandai urus masa. Semua org tak sempurna sis. Setiap org ada aib dan dosa masing2, cuma nampak tak nampak je. Allah je Maha Mengetahui. Sis teruskan hidup, jaga anak dgn baik didik dgn baik. Anak tu amanah Allah beri kepada kita. Jgn ingat ada anak penghalang kita utk capai cita2 sis. Jadikan anak penguat semangat sis utk capai apa sahaja impian sis. Siapa ckp bila ada anak ni tak boleh capai apa yg kita nak. Mana tau rezeki sis nanti mcm mana. Mulai skrg, sis buat plan utk masa depan sis. 5 tahun akan datang sis nak berada di mana dan capai apa dah. Bila ada anak ni pun kena banyak fikirkan keperluan dia, kewangan utk besarkan anak. Belajar jugak ilmu urus anak. Kentalkan hati, kuatkan iman. Pengakhiran kita tiada siapa tahu, hanya Allah je tahu sis. Hug dari jauh ♥️

Đọc thêm

awk masih muda lagi, jauh lagi perjalanan hidup. ada rezeki teruskan sambung belajar, mula dari bawah semula tak apa, semuanya untk masa depan awak n anak awak. lambat sambung belajar takapa, yg penting niat untk majukan kehidupan tu dah ada. Ingat 1 sis, zaman sekarang pelajaran sangat penting. nak kerja pun perlukan atleast diploma. benda dah terjadi, jadikan pengajaran jgn ulangi lagi. untuk yang sekarang ni, start semula kehidupan baru , kuat demi anak. try cari Universiti yg ada part-time study, or on9 kelas. semoga urusan awk dpermudahkan.

Đọc thêm

Bagus dek awk ada keinginan nak smbg bljr lgi. Jgn putus asa. Masih panjang lgi perjalanan awk.. jgn rasa ank awk penghalang.. jgn buang/ sisihkan dya. Doa byk2 minta dipermudahkan urusan dan niat. Akk ada ank angkat(luar nikah) perempuan yg dibuang ibunya. Masa tu mak dya pun tgh study kolej dan terlanjur. Skrg dh 13thn umur dan apa yg dya selalu ckp kt sy, knpa mama buang sy. Knpa mama xpernah tnya kbr sy? Sy slh ke lahir kt dunia nie? Ya Allah sy xley dgr bila dya luah mcmtu hati sy hancur. Jdi awk syg la ank awk, jgalah dya sebaik mungkin.. taubat nasuha selalu..

Đọc thêm
Influencer của TAP

Never too late puan.. Bila anak dah besar nanti, puan pun ada kelapangan dan kewangan OK, boleh belanja diri sambung belajar OK. Lain orang lain jalan kehidupan nya 👏 tahniah masih ada niat nak belajar lagi. Mudahan Allah kurniakan kemudahan semua tu. Awak berhenti belajar untuk jaga kandungan dan melahirkan anak yg di kandungan & mengasuhnya pun sesuatu yg hebat. Teruskan bersyukur. Dosa yg lepas tu, insaf, jangan ulangi lg, terapkan nilai2 murni pada anak mudahan puan dan keturunan puan terpelihara drpd kejahatan.

Đọc thêm

hi sis kalau you nak cut cost atau you nak diploma tahunan you pendek you boleh try apply under KPM. KPM stands for Kolej Professional Mara. Every sem you can get duit belanja, mine was RM300 per sem dulu. Not sure now berapa. I hope this can help you. Regarding the sin that have you made, kami as readers tak boleh nak judge you. nasihat i bertaubat and make a new life. jaga your baby elok2. lots of love from us ❤️

Đọc thêm
3mo trước

hi ex KPM here 😁😁😁. KPM 👍🏻👍🏻👍🏻 zaman sy dulu elaun dpt rm250 je xsilap. lupa dah

anggaplah itu satu ujian dari Allah tapi percaya lah anak awak tu pembawa rezeki awak. awak nak sambung pun boleh tapi kalau family jenis support diorang boleh tolong jaga anak awak. lagipun boleh awak mencuba cabaran baru untuk diri awak sekarang ni. umur awak still muda tak salah awak mencuba. sambung belajar sambil menjaga rezeki awak (anak) ❤️

Đọc thêm

hari2 taubat. bkn sekali. insyallah allah tolong. ada anak bukan penghalang belajar. nanti sambung la ok? tp jalan ni kita yg pilih, so ujian wajib ada, cekalkan hati jangan manja2 give up tengah jalan. yg lepas takpe jadikan sempadan bkn halangan💪🏾 kawan2 saya ramai je degree pregnant. master pregnant. phd anak 2 3 kecik2.

Đọc thêm
3mo trước

& jgn ingat banggakan mak ayah ni semata bab belajar je. ayah sy selalu ckp kat family adik2 semua, -betul mmg ayah nak anak2 ayah sekolah elok result elok2 dapat anugrah itu ini lagi ayah suka, tp yg utama sebenarnya ayah nak anak2 ayah perform sehabis baik dalam agama.

Thành viên VIP

mg dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin Ya Mujib...in shaa Allah u can do it ..just set da mind kata aku nk jd seorang yg kuat dan brjaya serta dpt kejar cita2 demi ms depan dri sndri dan ank...doa slalu pd Allah tuk mudahkn segala urusan setiap hri kita lakukan ..pape kuatkn smgt k .u can do it dik..fightimm✊🏻🔥🔥

Đọc thêm

in shaa Allah.. bnyk lagi peluang awk sis. if x ready lagi its okay. tggu anak dh besar sikit. bab menuntut ilmu ni xde expiry date. bila2 boleh mula. smoga dipermudahkan urusan awk dan selamat maju jaya.. aamiin. ❤

moga Allah mudahkan urusan awk.. ada je org dh ada anak tp still sambung belajar lagi.. so awk jgn pikir negatif sgt.. sentiasa pikir positif ya.. insyaAllah, Allah mudahkan urusan awk ya