Makanan untuk 8bulan
Saya nak tanya, 8 bulan still blend lagi tak makanan..? Kalau masak gunakan minyak, better guna minyak apa ye Yang sesuai..? Lagi 1, kalau masak berkuah, campur sekali dengan nasi ka atau asing..? Anak boleh makan sendiri start bila..?
8 bulan badan dah kuat nak duduk kt kerusi, so boleh bg yg ada tekstur sikit. minyak apa2 pun ok, jgn risau ya. cuma jgn byk2 lah. awal2 ni bykkan sup2, berkuah. dia nak makan pun senang. masak berkuah, nasi asing. boleh buat mcm lembik sikit senang dia nak sudu. mi/pasta boleh campur dlm kuah. anak nak start makan sendiri ni ikut kita ajar, skrg boleh dah elok umur 8 bulan ni, mom boleh guna teknik BLW/messy play/eating. cuma kena sabar sikitlah bersepah ye hehe. kalau mcm sis takde idea, boleh tgk ig: lovelittletummy/izatyroslan. kalau sy, sy suka tgk ig omputih ni, awal dia introduce BLW kt anak dia: zaynesplate/solidstarts. moga membantu sedikit sebanyak yee☺️🫶🏻
Đọc thêm
Ibu kepada Husna