Nak jumpa psikiatri tapi suami tak bagi

Saya ada masalah kesihatan mental sikit, hari tu lepas jumpa doktor, saya bagitau pasal stres saya dan dia refer dekat psikiatri tapi suami saya tak bagi. Dia cakap duk rumah je rehat kat rumah. Tak tahu sebab dia malas hantar saya lagi banyak appt atau dia malu ke apa. Saya tak boleh nak pergi senyap-senyap sebab tak ada kenderaan dan kalau saya keluar, saya selalu mintak izin dan suami tahu saya ke mana. Punca kesihatan mental saya terganggu sebab suami saya jugak sebenarnya. Nak cerita details panjang sangat. Suami pun tak suka dengar saya meluah, dia cakap saya terlalu ikut perasaan dan emosi. Tapi kalau saya tak jumpa psikiatri, dekat siapa lagi saya nak cerita masalah saya? Dekat mana saya nak ubati kesihatan mental saya? Saya jenis pendiam dan suka pendam. Lepas saya kawin je saya suka bercerita dekat suami, tapi suami pulak tak berapa suka. Dia cakap dia dah penat kerja, balik rumah kena dengar cerita saya pulak. Padahal cerita saya bukan apa-apa sangat. Just random things bukan benda dia kena fikir. Dulu ada la mengadu sekecil-kecil benda, tapi lepas dia marah-marah saya, saya makin kurang dah bercerita kat dia. Saya pertama kali mengandung. Mungkin masih tak biasa dengan perubahan emosi ketika mengandung? Tapi saya nak jugak jumpa psikiatri. Takut stres lama-lama effect dia dekat kandungan saya baru 14 minggu. Dah bagitau elok-elok tapi dia macam tak nak layan dan tak nak bagi pergi.

16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

saya sama mcm sis . masa mengandung anak first 4tahun lpas. saya usaha pergi sendiri naik moto kandungan masa tu 5/6bulan .suami xnak hantar saya ke hosp untuk saya pergi checkup psikiatri.. suami kata dia penat kerja .. saya okay je saya pergi je walau dh minta izin .. at least awak mesti ada seorang kawan yg dipercayai untuk bercerita atau meluahkan .. semoga urusan sis dipermudahkan .. jgn stress2 bnyakkan berdoa dan sayangkan diri sis dan anak dlm kandungan.

Đọc thêm

just go.. jangan tunggu.. benda ni bukan main².. dalam hal ni awak kena selfish..kena kesian kan diri n anak yg bakal lahir..mental kena stabil sebelum awak bersalin..sebab lepas ada baby awak akan double penat n stress nak urus baby..Tu belum lagi orang sekeliling tak membantu awak.. kalau mental awak makin teruk time Tu.. sorry to say silap² suami awak pun boleh cari lain.. please love yourself.

Đọc thêm

Daripada melarat sampai lepas bersalin jadi postpartum depression (meroyan) sebaiknya dapatkan early intervention, rawat awal. Apa2 pun kene minta izin suami ye, cakap awak tak akan susahkan dia, cari grab sendiri nanti boleh balik sendiri. Doa byk2 semoga terbuka pintu hati dia dan bagi awak pergi jumpa psikiatri

Đọc thêm
4h trước

laki nak senang je x nak srabut kepala otak.. sis, wktu preggy nie ptutnye waktu paling relax sbb baby xde lg.. tp klu skg pn sis rse stress, elok lah sis amek tindakan segera.. nant ade baby lg penat.. tgk gaya suami pun nant mcm x byk mbantu.. tkot mkin stress nant.. awak jgak yg kne hadap nant..

dalam maqasid syariah ada bab menjaga akal, bab jaga nyawa. huhu dua2 ni dah berkait kan.. betul mak stress blh buat anak problem, sy baru terbaca smlm mmg ada study perkaitan masalah mkn tidur emosi anak dgn tahap stress ibu masa hamil.

kalau ni awak bgtau dr yg suruh p, bagi je tarikh ,so nak taknak ke p . gpun bahaya, effect ke baby kalau strrss semua. at least bila jmp psikiatri , better sikit, even maybe byk app., janji dua2x okay, problem pun settle.

sis boleh cari kaunselor yg sediakan perkhidmatan online sementara ni.. kalau tak mampu byr fee kaunselor berdaftar boleh amik kaunselor pelatih utk bercerita.. sis search je kat fb kaunseling online

Influencer của TAP

Call je klinik psikiatri tu, suami tak bagi pergi & tiada kemudahan nak pergi seorang diri senyap2, tapi puan nak sangat dapatkan bantuan psikiatri. Mana tau boleh melalui tele/ video conversation?

laki anda bodo...pegi je hos sendiri..xberdosa pon pegi hos n pegi jumpe doc psy tanpa kebenaran..mental health boleh effect ank dlm perut paling teruk bleh keguguran..

sekarang tengah pregnant kan? masa appointment utk pregnancy check up tu..bincang dgn doctor yg check tu. mgkn blh dapat referral letter

20h trước

Dia dah dpt referral letter la tu tp husband tak bagi pergi