Suami nonchalant ke memang tak care pasal saya?

hi. sy kali pertama pregnant. suami pjj. sbb sy kerja dan dia pun kerja. bila tahu sy pregnant mmg suami sy suka sgt tp sy selalu overthinking takut x boleh handle pregnant sorang2 tanpa suami. pagi petang malam selalu muntah. org ckp time pregnant kena selalu communicate dgn psgn. sy hari2 cerita dkt dia psl baby, checkup appt doktor ckp apa, tp dia mcm acuh x acuh bila sy ckp psl mslh kesihatan sy. sy ada masalah jantung laju, tiap kali check 120++ siap buat ecg. cek tiroid ok je takde apa. so doktor tanya sy ada stres sangat ke? time tu terlintas difikiran sy psl suami sy jenis nonchalant dan sy stres sbb sy rasa sy keseorangan sgt2. sy bukan jenis suka keluar dgn kwn, so bila balik je sy akan stay dekat rumah call suami cerita psl hari sy. bila sy cerita dia just, "ohh pergila rehat". takde pun tanya or bunyi risau isteri dia ada masalah kesihatan. so semalam sy tanya dia, kenapa dia mcm tak kisah sy sihat ke sakit ke. sy ckp sy stres dia tak tanya kenapa stres. sy ckp jantung laju dia x tanya possibility sakit apa. tiba2 dia marah sy, ckp dia dah tanya kan sy je mengada pastu nak salahkan dia sy stres sbb dia. dia tanya tu cuma, "doktor ckp apa" pastu sy cakap potpet2 dia surub rehat wlpn sy ckp "sbb stres kot". kalau manusia normal dia akan tanya "kenapa?????". ntah la dah communicate elok2, kita nak apa, terasa kenapa pun tak jalan. kita yg dituduh mengada. sy penat lah. rasa tak kuat nak teruskan pregnancy ni. banyak kali terlintas nak cerai. oh rumah sewa sy bayar sendiri, nafkah dia bagi sy 100 sebulan. #firstmom #12weeks

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

First pregnancy mmg ujian besar, lagi2 awak jenis morning sickness teruk. A wife becomes a mother once they’re pregnant, a husband becomes a father once the baby is born. Cuba husnudzon dgn suami dulu, ni first time nak jadi ayah, tambah pulak pjj. Dia tak nampak sakit awak hari2 mcm mana so dia tak faham. Suami saya masa first pregnancy pun mmg siap marah sy asyik muntah2, sakit apa semua. Bila lepas checkup kk diam je dlm kete tak tanya update apa2 pun pasal sy ke baby ke. Sebab this is also new to him, dia sendiri tak tau nak buat apa dan nak expect apa. Masa saya dulu mmg husband tak ready siap tanya nak gugur ke tak, sebab pada waktu yg sama pkp dia mmg takde gaji, so harapkan gaji saya je, tp sy teguh dgn pendirian nak teruskan kandungan. Tapi kene byk sabar dan yakin dgn Allah, saya cuba pendekatan lain. Saya selalu suruh dia pegang perut saya, dan doa semoga Allah bagi dia rasa syg pada baby. Hari2 saya cari alasan untuk dia pegang perut, bagi dia rasa kehadiran baby, bg dia rasa baby membesar. Alhamdulillah lama2 dia mula terima dan skrg dia ayah yg terbaik utk anak kami 2 tahun. Even skrg sy tgh pregnant anak kedua dia lebih attentive, siap tanya nak urut ke, nak mkn apa. Tapi awak pjj jadi susah sikit nak bg dia faham, better bincang elok2 dgn suami, tapi better awak yg mula tanya dia punya perasaan dulu drpd awak terus luahkan rasa2 stress kat dia. Be open hearted, because marriage needs to be work on. Pasal nafkah saya faham, masa pkp tu pun suami setahun lebih tak bg nafkah dan duit rumah sy terpaksa pakai duit simpanan, tp kene yakin rezeki dr Allah.

Đọc thêm

Suami saya pun nonchalant jugak. So saya jadi la loud & attention seeker. Saya bagitau je terus apa saya nak apa yang sy expect dia buat. Masa pregnant saya cakap saya nak dia teman setiao kali check up, dia kena tahu semua ubat yang saya amik, saya suka dimanja, tolong urut kaki, urut pinggang. Lepas bersalin mintak dia cuti 2 minggu tolong sama urus baby. Kena sama-sama bangun malam bagi susu tukar pampers. Saya cakap secara detail & saya ulang-ulang bagi dia cakna apa saya nak. Suami nonchalant ni awak jangan expect dia paham sendiri apa awak nak. Sampai kiamat pun dia takkan paham. Sebab nonchalant memang karakter dia macam tu tapi kita tau je dia sayang kita & selalunya nonchalant ni sejenis yang loyal. So apa tengok balik suami awak betul ke nonchalant ke atau non caring. Anyway pasal sewa rumah dengan nafkah tu bagitau jelah saya nak awak bayarkan sewa rumah, nafkah rm100 sebulan tak cukup, skincare saya je sebulan dah rm500. Haaa gitu. Ni maksudnya communication. Cakap apa kita nak. Dengan partner sendiri la kita boleh cakap everything.

Đọc thêm

Bila isteri bekerja mesti si suami ambil kesempatan terhadap nafkah wajib isteri. Suami kerja tapi bagi RM100 mcm hidup zaman 80an je. Cuba bincang elok2 dgn suami dari hati ke hati. Suami sedar tak tanggungjawab dia lebih dari tu. Nafkah wajib isteri, tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian, medical check up, dll tu semua tanggungjawab dia. Jgn lah ingat isteri masih bekerja dan mengandung mcm lepas tgn je. Sis cuba bincang dulu, kalau ada jumpa suami bincang face to face hati ke hati. Tanya apa yg terbuku dlm hati sis. Sis isteri sis berhak tanya dan suami berhak tahu keadaan isteri dan anak dlm kandungan. Jgn lah ingat perkahwinan ni sekadar berkahwin, ada isteri ada anak. Duit nafkah mcm tu je, nanti ada anak nak bg RM50 pulak ke? Maaf sis kalau terasa hati, saya baca pun saya geram.

Đọc thêm
3mo trước

benar tanggungjawab suami wajib sedia nafkah pd isteri. if takde dikira hutang.. setuju perkahwinan ni antara 2orang mmg kena bincang bincang dn bincang, takde "oh ingat dah tahu" gitu. sbb kita lain2 kan ni tambahan je tau. tp kena ingat nilai sediakan tu atas kemampuan suami bukan ikut isteri. contoh rumah suami mampu rm300 je & ada dh rumah tu, tp isteri nak duduk rumah 1.5k so cari rumah lain & isteri bayar, is it fair utk kata suami tak sediakan nafkah rumah. tak cukup & tak beri is a big differences. haha contohhh je. kalau suami mampu tp bakhil tu cerita lain plk la kan

faham sis.. ble preggy of coz la kte nakkn perhatian.. penat &susah kot nk lyn morng sickness nie.. dgn ulang alik kk nie, of coz la kte nk ade org kt sebelah kte utk kte sme2 share experience nie kn.. sye rse memg jnis suami sis jnis yg mcm tu.. jenis yg x pndai tnjuk caring.. lg plak dye tgk sis pndai bdikari jd dye rse sis bley settle sendiri.. dye x paham, yg pmpn mngandung nie perlukn suami di sisi.. nant ble suami ade, sis try la ajak suami teman peg checkup ke/scan baby kt swasta ke, usha bli bju baby sme2 ke.. get him involve bru la rse excited si ayah tu akan dtg.. bpk2 nie lain sikit dr mak2.. nant ble da bsalin pun sme sis..

Đọc thêm

tak semua lelaki jenis tunjuk perasaan terhadap sesuatu. sy masa 1st pregnancy pun pjj dgn husband. husband sy lebih kurang mcm tu juga sbb dia bukan jenis yg pandai nak tunjuk perasaan tak kisah la risau ke, romantic ke, marah ke apa. tapi sy tak ambil pusing sebab dalam diam dia cerita kat mak dia n mak dia sampaikan kat sy. so boleh nampak la dia care kat situ. isu nafkah tu sis kena bincang la dgn husband sis

Đọc thêm
3mo trước

betul.. dan ada cara masing2.. husband sy pulak tiap kali check up mmg dia sendiri nak, dia akan hantar & tunggu sampai siap. pastu dah siap klinik, "nak makan tak?" pastu settle semua balik. tu je. kalau tak cerita dia tak tanya. jd kite laa start dulu, masuk je kete hulur buku ke tunjuk gambar scan ke hulur video scan ke, cerita buat itu ini td, acah manja ngadu sikit kena cucuk ambik darah sakiiit sini, nampak dia tak layan panggil la biyy sakiit sini. mengada je la dgn laki kita bkn laki org kan.. padahal boleh je drive sendiri tak payah husband ambil cuti pun tapi tetaplah sentiasalah buat2 lemah selagi mampu 😆

macam suami saya.. saya selalu cerita minggu ni baby dah sebesar buah apa , dia dah start mendengar ke apa semua , respon dia just "oh ye eh" . sampai kadang saya rasa nak je saya lari jauh jauh besarkan anak sorang-sorang . taktau lah sebab hormon kita masa mengandung ni terlalu sensetive ke apa tapi sebagai suami sepatutnya ada rasa ambil tahu keadaan baby hari ke hari macam mana .

Đọc thêm

jgn la overthinking. suami ni ada byk lain benda nknpikir. cukup tk gaji nnti bila ada anak. apa nk beli. apa kena buat kalau nk tmnh income. dia kena balik duk sama ke kalau ada anak. u buat ur part. jaga kesihatan. jaga baby. u nk teruskn hidup sbb suami ke sbb anak? nk jadi ibu kena strong. lps2 ni akan ada byk lagi episod u kena bersendirian since pjj.

Đọc thêm

Sama la husband. Dua kali pregnant dua kali tu lah dia start main game. Bila main game mula marah tak tentu pasal. Dulu ingatkan pkp dia ada masalh financial sbb tu stress. Sekarang ni baru tahu dia stress sbb saya stress dgn morning sickness, ada ke patut. Tapi nafkah rm100 mana cukup sis. Tempat tinggal sepatutnya nafkah juga husband kena sediakan.

Đọc thêm

jgn la expect husband kita 100% mcm kita impikan. kenali husband kita tu jenis mcm mana, bkn harapkan husband jd @ buat apa yg kita nak. dah tahu dia jenis tak sambung kita sembang, bgtahu la details, td jumpa doktor, bp tinggi, sbb sy stress, stress sbb awak takde. sy nak berhenti kerja, nk kepit bawah ketiak awak hari2.

Đọc thêm

Pasal nafkah kena bincang, kalau tak mmg acuh tak acuh la org lelaki yg bernama suami. Ada lelaki mmg pandai serba serbi bab nafkah tanggungjawab. Ada lelaki maaf ckp bodoh bab nafkah tanggungjawab, tp bodoh tu jgn kita merendah2kan dia. Bincang la elok2. Baru berkahwin baru nak ada anak, masih boleh ubah cara. InsyaAllah

Đọc thêm