Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Menjadi suri rumah sepenuh masa kini menjadi ramai pilihan Ibu baru. Ini kerana mereka rasa susah untuk berpisah bersama anak dan lebih yakin menjaga anak sendiri dari hantar kepada pengasuh atau taska. Walaubagaimana pun, ini boleh menyebabkan ibu yang menjadi rumah merasa tertekan dan kurang keyakinan diri. Tahukah anda cara tingkatkan keyakinan diri? Adakah keyakinan diri ini penting untuk suri rumah? Bagaimana cara untuk kurangkan tekanan sebagai suri rumah sepenuh masa? Apakah faktor yang menyebabkan ibu-ibu menjadi tertekan dan hilang kayakinan diri? Di sini saya, Kristy Yong (BS (PSYCH)), M.Coun, Internationally Licensed Counsellor with Australian Counselling Association di Oasis Counselling Services ingin berkongsikan sedikit soalan dan jawapan dari sesi kita haritu. Semoga dapat membantu anda semua!

Rumusan Sesi Tanya Pakar: Cara meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan tekanan (Suri Rumah)
21 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hello Puan Kristy. Pengenalan mengenai saya, first time mom anak 1 tahun. Dalam family saya, saya satu-satunya berpelajaran tinggi. Tapi saya memilih untuk jadi suri rumah kerana saya rasa hanya saya yang boleh jaga anak saya sebaiknya. Saya ada childhood trauma yang sangat teruk dan saya tak nak anak saya alami apa saya rasa. Keputusan saya ini membuatkan saudara mara menghina saya kononnya sia-sia belajar tinggi-tinggi tapi tak mendatangkan hasil. Saya jelas dengan apa yang saya buat memandangkan suami saya tidak culas dengan nafkah dan sangat memewahkan saya jadi saya boleh menyimpan. Saya pun ada simpanan sendiri. Tetapi situasi sesama saudara amat buruk sehingga ibu saya terpengaruh dan mula memerli dan bermasam muka dengan saya sedangkan saya setiap bulan hulur duit pada ibu saya dan balik ke kampung kerana yg lain2 jarang dapat cuti untuk uruskan hal ibu di kampung. Saya anak angkat manakala yg lain2 anak kandung. Kadang2 saya rasa mahu hantar saja anak saya ke taska dan mula bekerja untuk ikut permintaan mereka, memandangkan ibu saya berkorban banyak untuk saya menghabiskan ijazah. kakak2 saya semua tahap spm sahaja. Tapi saya mahu anak saya membesar dengan saya sahaja, taknak diherdik, dihina, di pukul orang lain. Dan saya sudah plan pelbagai aktiviti di rumah untuk dia belajar sambil bermain (montessori learning). Kalaupun saya nak kembali bekerja setelah anak 3 tahu sekali pun mesti pada masa itu saya merancang untuk 2nd child dan akan mula dari awal untuk anak tersebut. I want the best for my child tetapi taknak kecewakan ibu saya dengan segala harapan dia pada saya.

Đọc thêm
12mo trước

Hi Misa, of course every mom wants the best for their child and only mom knows what is best for their children especially when they are so young. Memang sepatutnya ibu melindungi anak especially when they are so young. Setiap orang mempunyai pandangan dunia yang berbeza dalam membesarkan anak dalam keluarga. Saya percaya satu-satunya orang yang berhak membuat keputusan untuk anak-anak mereka adalah ibu bapa. Saya boleh berempati dengan konflik yang berlaku di rumah kerana pendapat berbeza tentang pendidikan anda dan anda sepatutnya bekerja. Saya percaya jika anda masih melaksanakan tanggungjawab anda untuk ibu anda, maka mengapa anda mahu membenarkan orang lain mempengaruhi keputusan terbaik anda untuk keluarga anda. Anda berada dalam keluarga anda dan anda tahu apa yang terbaik untuk anak anda, suami dan ibu anda. Saya percaya apa yang anda perlukan ialah belajar membuat sempadan tentang apa yang orang lain katakan tentang keputusan anda kerana mereka mempunyai hak untuk bercakap apa