Minta cadangan ibu-ibu

salam. saya ibu baru, bayi saya 2 bulan lebih nak masuk 3. saya ada isu sedikit tentang keluarga mertua saya dan saya minta cadangan dari ibu2 yang dah veteran. sejak saya balik ke rumah saya dari habis berpantang di rumah mertua, mereka setiap minggu ambil anak saya tidur dengan mereka dari jumaat sampai ahad. pada mulanya saya bagi sahaja tapi bila dah start ambil anak saya mengejut dan tidak pulang2 balik sampai susu saya bengkak, saya mula nak set boundaries antara mereka dan anak saya. bila mereka juga start bawa keluar anak saya malam2 tanpa izin saya, saya pun agak berat nak bagi anak saya. bila turn family saya nak jumpa anak saya mesti dia ada dengan mertua, katanya ada saudara jauh nak jumpa lah, rindu lah, dan mereka suruh family sayang yang datang jenguk anak saya kat rumah mereka. start beberapa hari lepas, saya dah restricted untuk tak bagi anak saya setiap minggu pada mereka. saya tanya pada suami adakah tindakan saya ni melampau? sebab saya tahu ibu mertua saya akan terasa dan anggap saya pisahkn dia dengan cucu nya. suami saya cakap kalau itu saya rasa terbaik, dan takda salah pun sebab saya ibu pada anak saya. cuma saya nak tanya pendapat ibu2 veteran, tindakan saya ni salah atau betul? dan apa cadangan lain patut saya buat? saya cuma tak nak anak saya berjauhan dengan saya sebab saya ada separation anxiety 😥 #bantujawab #ingintahu

19 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

maaf..bende ni mungkin berpunca dari kita sendiri sebenarnya..lepas pantang mertua ambil anak dari jumaat - ahad atas alasan mula² kita tak kisah Plus boleh rest..bagi saya big No untuk berpisah dengan anak selama tu.anak sekecil tu,memang dia tengah mengenal orang sekeliling dia..memang tak mustahil dia akan rapat dengan orang yang dah biasa dengan dia..bonding tu penting.. sekarang awak dah buat perkara betul.cumanya nak jaga hati orang tua kan..ibarat tarik benang dalam tepung .cuba awak dan suami bincang dan terangkan pada mertua..in Sha Allah mereka akan faham..moga dimudahkan urusan ye.

Đọc thêm

naik lemak pulak in law tu . dah bagi sekali , berkali ii pulak nak 😅 sokayy mummy , mungkin awal awal tu awak rasa macam takpelah atleast ada masa untuk awak gitu kan . tak salah pun tindakan awak nak set boundaries dgn in law . sebab tu anak awak dan awak mak kpd anak tu . klau in law ckp awak nak pisahkan dgn cucu la apa la , awak suruh je suami backup awak . ckp nanti anak tak kenal pulak mak nya sape dan mak pun takde hak nak pisahkan anak dgn mak dia . gituu

Đọc thêm

beraninyaa bagi anak dekat diorng n keluar malam2 baby awak masih kecil lagi, anak awak cucu sulung ke? suami pun kena cakap jugak baik2 dengan mak dia, nanti bila awk cakap kang jadi lain pulak sampai susu bengkak tu mungkin boleh jadi alasan, anak awak kecik lagi, kalau saya boleh meroyan yee, baby kecik lagi pisah2 kan macamtu semoga dipermudhkn segala urusan awak ye sis❣️

Đọc thêm

Anak saya ke mana saja dia pegi mmg wajib ada saya. Kekadang anak sendiri taknak berenggang dgn saya. Ni kan pulak berminggu dgn mil atau keluarga kita sendiri. Anak kita hak kita. Lagi2 fully bf, mmg sentiasa ada dgn kita. Lebih baik beritahu mil tu sis. Suami dah beri sokongan tu, jarang2 suami nk mcm tu. Biasa suami ikut je ckp mak dia.

Đọc thêm

ishhh..boleh nohh depa buat mcm tu🥺🥺 xpe awak..itu anak awak kan..hak awak..awak buat je yg mana awak rasa betul. jaga hati dan perasaan awak..awk kena tegs sikit tau. ye mgkin diorang akan terasa..tpi smpai bila awak nak pendam semua kan...semoga yg baik baik sahaja untuk awak tau♥️♥️

kalau sy,sy tak bg...tk slah pun bsuara..sb kita ibu...kita tahu mana yg blh dan tk.blh..jd pd sy cara sis tak salah..kalau stiap mnggu itu dh mlmpau pd sy,mlainkn mil jauh,atau jarang jmpa cucu..apepun kena tegas,lbih2 lg anak kita kcik lg kn..

sy mmg xboleh lah bpisah dgn anak minggu2 mcm tu.. anak skrg dah 8 bulan pun sy blm benarkan dia jln tnpa ada sy kcuali kakak sy yg bawa sbb dia tau rules sy.. bkn apa, tkut d bg anak makan mcm2 atau bg gadget suka hati

Thành viên VIP

dia kena suami yg ckp atau suami yg pergi ambik ank blk bila fmly mertua ambil ank...utk elakkan hub awk dgn dorg renggang...dia kalau suami yg ambil dorg xkata apa sgt sbb ank mertua sdri yg ambil kan

betul dah TU anak sis.. kalau dorang Ade cakap alaa anak mama ni xnk langsung jauh dengan mama ye... xboleh mama g jauh sikit... sebab kalau anak rapat dengan ibu ,akrab.baby mmg xnk berpisah..

Influencer của TAP

U bagi ek anak u kecik mcm tu? Ank sulung i 7 tahun pun i tak bagi org ambik. Menyusu badan pula tu u anak u. I mmg kedekut anak. Org pun cakap, tapi i tak kisah mmg i kedekut pun. 🤷‍♀️