Mertua terasa hati.

Hi mommies. Saya nak minta pendapat dan fahaman semua. Saya ada first baby dan juga first cucu dalam family. Baby dah 10 bulan harini. Rumah saya berdekatan dengan family saya dan family husband. Berbeza taman sahaja. Every weekend, atau kalau ada hari yang free, kami akan bawa baby jumpa parents dan mertua. Cuma bezanya... kalau balik rumah mertua atau jumpa, dia jadi meragam. Semua serba tak kena. Mula2 dia taknak dengan orang, ambik masa sikit. Tapi dengan parents saya, dekat rumah ke jumpa kejap ke, baby saya okay. So mertua saya terasa, dia cakap baby saya jadi macam tu sebab saya ni selalu lebihkan ke family saya. Kalau ikutkan, kami jarang juga jumpa family saya, sebab parents saya masih bekerja. Kalau diorang free, baru jumpa. Kadang2 keluar dinner kejap je. Mak mertua suri rumah, sebab tu kami selalu balik rumah dia tidur sana. Tapi tulah, bila balik, baby jadi serba tak kena menangis. Diorang mula lah cakap itu ini. Taktahan kadang2 sebab asyik cakap pasal parents saya. Saya dan suami dah cakap sehabis baik, jaga hati taknak diorang terasa. Tapi tetap juga nak cakap ayat yang menyakitkan hati. Kami ada berbincang sama sama, dan suami sangat memahami. Suami pun dah taktahu nak cakap apa, dan kesian dekat saya. Kami taktahu kenapa baby camtu :( #help #firsttimemom #Buntu

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

bby dh mula kenal org mcm tu. kalau jrg2 jumpa mmg akan nagis. tapi mula2 jelaa. lelama ok jee. tapi ade jugak jenis yg x suka org kasar2. atau org gomol2. mcm my sis punya bby, sebelum ni jumpa sekali je masa 3hari lps lahir, lps dri tu sye xde jumpa pon, nahh semlm jumpa elok jee. gelak2. tpi bila dgn atok dia, kemain die melalak sbb atok dia suka gomol2. die jadi rimas. pdhl jumpa atok die hari2 😂

Đọc thêm
2y trước

saya rasa yelah, baby saya pun tak suka digomol. lagi satu, kdg2 baby tgh nak rileks, duduk atas riba saya, mertua suka sgt macam terus ambik dia. baby terkejut, pastu mmg menangis lah dia 😅 hmm, thankyou tau sbb respon sis.

ank sy ni dari umo 6 bln dah start x selesa ngn sape2 je..smpai la umo setaun 8 bln skarang ni..lbh setiap mnggu kadang x smpai seminggu g umh tokwan tokki die pn die xnk lngsung ngn sape2.bile ambik je nngis..nk pakse2 mmg kesian kt ank.

2y trước

yeee faham sangat, kalau nangis kejap takpe, tapi ni beria. sampai sedu sedan. orang faham takpe juga, ni salahkan saya entah kenapa. hmm thankyou sis sbb respon.