Hanya nak meluah 🥲

Salam mommy semua, saya nak minta nasihat dan semangat. Anak baru 8 bulan dan masih susu badan tapi keadaan tak mengizinkan dan saya terpaksa bantu suami untuk kukuhkan ekonomi kami dgn keluar bekerja. Kalau bukan saya yg bantu, siapa lagi🙃 Saya tak tahu nak mula bagi susu botol dekat anak macam mana sebab dia mmg df je dari lahir. Saya sedih sangat terpaksa putuskan dia susu badan walhal susu sangat sangat cukup.. 😢 Anak saya pulak dari lahir mmg tak pernah berbuai, saya terfikir macam mana nanti pengasuh nak tidurkan anak saya. Sabar ke dia layan anak saya untuk tidur 😭😭😭 Saya jenis tak percaya orang jaga anak saya dan sampai sekarang saya masih tak carikan pengasuh utk anak lagi. Tapi bila saya cuba slow talk dgn husb, husb pun pujuk saya baik baik.. mmg ini jalan terakhir kami.. dua dua kena keluar bekerja... saya cuba terima hakikat sikit demi sikit.. minta tunjuk ajar mommy semua, apa keperluan untuk hantar anak ke pengasuh? Macam mana nak mulakan anak susu botol? Saya tahu ramai yg hantar anak ke pengasuh tapi ok je. Kenapa aku tak boleh itu ini. Bila kena pada diri hanya allah yg tahu rasa sedih dia... Minta nasihat, pengalaman dan doakan saya kuat untuk hantar anak ke pengasuh ya semua.. tq🥲❤️ #pleasehelp #bantusharing #firstbaby

10 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Wassalam mommy. Its okay untuk anak hantar ke pengasuh @ childcare. Its not a bad idea. In fact, anak awak lg akan cepat belajar bersosial yg sama umur dgn die. Kalau awak ada knl2 mana2 pengasuh, boleh hantar ke pengasuh. Tp sy akan nasihatkan awak lebih baik hantar ke childcare. Anak akan lebih terurus dan berdisiplin. Sbb nye mereka akan ikut aturan waktu taska. Awak x perlu putuskan susu badan. Nk bg susu botol x bermaksud awak kena putus susu badan. Awak boleh perah dan letak dlm botol susu. Prepare siap2 dlm milk bag, n letak kt freezer. Nnt bila baby nk minum, teacher akan panaskan sahaja. Biasa kalau childcare mmg x bg buai. 8 bulan dah boleh train untuk tido sendiri. Biasa budak2 kt childcare mmg akan tido atas tilam sahaja. Mana2 ibu mmg x akan percaya org luar untuk jaga anak mereka. That is normal. I face the same when I'm sending my kid. Other mommies pun feel the same. But at least, u have to put ur trust on them. Sbb u nk bekerja kan, nk cari duit, nk bantu kewangan family, niat kita dah baik, insha Allah, Allah akan jaga anak kita semasa di childcare nie. Mula2 mmg susah, tp as the time goes, u pun dah terbiasa. Dan u kena cari tempat jaga anak yg betul2, yg elok, yg bersih, yg berdisiplin walaupun bayaran mereka lg mahal dr pengasuh. At least u tahu anak u berada di tempat yg selamat dan selesa. Mcm childcare nie, die ada aktiviti2 yg diorg akan buat seawal umur 3 bulan. So it's very good for ur child development. The earlier they are exposed to surrounding, the earlier they can develop themselves. Biasa keperluan anak, kena sediakan baju (kena tanya berapa baju childcare tu nk), botol susu die, air kosong die, kalau minum susu formula die, tuala die, diapers die, toiletries die, 1 plastik untuk letak baju kotor, set tilam bantal n booster. n kalau anak awak awah 2 tahun, makanan die n snacking die. Insha Allah awak doa yg baik2 sahaja untuk anak awak.

Đọc thêm
11mo trước

Ya allah tak sangka ada yg akan respon & bagi semangat sampai macam ni, bila baca semua rasa tenang hati... terima kasih mommy ❤️

Wsalam sis, sy doakan keadaan kewangan family sis akan membaik. Jangan rasa bersalah sebab terpaksa tinggal anak pada pengasuh dan beri dia susu dgn botol. Since sis kata susu sgt cukup jadi cadangan sy 1) beli breastpump kalau belum ada. Pam susu dan masukkan dlm botol siap2 untuk hantar ke pengasuh. Senang dia nak panas kan dan bagi anak minum. Kena ada effort sikitla sbb nak pam susu ni perlukn komitmen masa yg tinggi. Kena pam ikut jadual supaya susu tak drop dan sentiasa mencukupi. Masa kerja pun kena pam tapi sis imagine macam ni je, kalau org lain boleh knp tidak aku. Sis pasti boleh. Sy yakin. 2) cari childcare yg fully equipped dengan cctv. Kurang2 rasa selamat sikit tp selalunya mahal jd kalau belum mampu xpe, cari je pengasuh area rumah yg sis percayai. Mintak doa dgn Allah supaya permudahkan. 3) kalau tak berbuai lagi senang jaga. Ramai pengasuh suka yg tak berbuai. 4) sis motivate diri sendiri, fikir nanti kalau kerja ada duit sendiri dan boleh beli macam2 utk anak sis. Mainan yg elok, baju cantik2. Boleh bawak jalan2.. nanti dia dah start makan boleh beli makanan yg berkhasiat. Apapun, goodluck. U can do it! ❤️

Đọc thêm
11mo trước

Terima kasih sangat mommy bagi semangat dan nasihat❤️😭 insyallah saya cuba yg terbaik ya... anak saya tidur mmg tak pakai buai tapi tulah ragam nya bila tidur bawah kena ada org sebelah baru nak lelap sambil ngempeng.. insyallah saya cuba ya...🥹🫶🏻

knpe nk putus kn susu? boleh je pam dan bagi pengasuh nnti masa hantar. xperlu putus kan susu. ramai je ibu2 bekerja buat mcm tu. bwk pam pegi tempat kerja. beli milk storage bag, beli cooler bag. simpan dlm tu. masa mlm boleh bagi df. lagi 1, sye bagi cadangan, andai kata awk rasa x mampu nak berenggang dgn anak, tlg sgt2 carik je anak asuhan, jaga sekali dgn ank awk dkt rumah. carik lah 3 org, 1 anak dh 400 ke 500. kali 3org dh 1200 ke 1500. cukup dh utk tlg suami awk mana yg dia x mampu. atau awk join lah mana2 kelas pjj, satu kelas rm10 je. crik yg mudah utk awk buat. meniaga dari rumah je. amek order dan buat, customer order dan payment bru buat. sbb dri payment customer bru dpt modal pusing nk beli brg. mcm2 skng ni boleh buat dkt rumah boleh dtgkn duit, antara kita nak or x je.

Đọc thêm
11mo trước

Terima kasih respon mommy❤️🥹 Saya skrng ddk dgn mertua jadi tak boleh nak mengasuh sebb bukan rumah sendiri. Ada juga terifikir nak buat side income meniaga ni semua tapi kenalan tak ramai dan semua tu makan masa. Mommy doakan saya kuat untuk kerja luar ya ❤️

kte sme sis.. cuma nya sye plan nk stat bkerja thn dpn lps anak umur stahun+.. baby mnum susu botol & tdo buai.. risau jgak nk hantar kt pngasuh nant.. cuma nya 1.. kte kne tw yg pngasuh x kan jge anak kte sbaik kte yg jge.. memg x kan sme.. jd sboleh2nye kte permudahkn la keje pngasuh tu bia dye x stress jge anak kte.. bab susu tu memg mostly mcabar.. sbb baby da biasa df kdg x nak botol.. tp nak x nak, awak kne cbe.. baby pun da 8 bln, da mkn kn? sblum awak hantar resume kt mne2 company, try dlu ajar anak botol.. bab tdo tu klu x perlu buai, then x pe kot.. klu jnis yg anak pndai tdo sendri..

Đọc thêm

Semoga sis kuat. My advice, sis perlu start belajar express breast milk, perah/pam susu dan simpan buat stok. Dan boleh start cuba ajar anak minum susu guna sudu, then botol, awal2 memang dia akan tolak but insyaAllah lama2 anak faham dan belajar. Nak taknak anak akan haus jadi dia akan minum juga susu guna botol. Selalu cakap kat anak, for example mama nak work, nak cari duit untuk beli toys adik, walaupun anak masih kecil dia akan faham. Bila hantar ke taska or pengasuh, doa/tawakal semoga anak dalam lindungan dan serahkan pada Allah. Most working mom does this ✨

Đọc thêm
11mo trước

Terima kasih respon mommy❤️🥹 insyallah saya cuba slow slow ikut nasihat mommy semua utk tak putuskan susu dan pam.. doakan saya ya 🫶🏻

Pertama sekali set U mind cari rezeki dan hantar anak pada pengasuh kerana AllahSWT .. kedua latih anak susu botol sekerap yg mungkin dengan cara bila anak menyusu badan tarik perlahan masukkan susu botol bergilir gilir dengan susu badan sampai satu step biar lama susu botol dimulut anak dan kurang susu badan..bagi saya tak perlu hentikan susu badan saya ibu yg bekerja still pump susu anak dah nak masuk setahun Latih rmh pengasuh awal seminggu cuma masa tak perlu panjang Maybank blh hantar pagi ambil pkl 12

Đọc thêm
11mo trước

mybank pon boleh awak🙈. hee. mesti tengok buat something berkaitan mybank ni. smpi typo. 😁

wasalam..sya plak teebalik..sya nk kja tp suami xbg..awal2 dulu brgaduh la jgk pasal hal ni..yela kita da biasa pgg duit bnyk,tp sya ada simpanan la..kwsp yg kluar dlm 20k tu sya xpnh guna.duit tu la sya shoping masa xkja,n suami bg duit jgk... xpe sis, klu keadaan memaksa untk sis kja,keja la mgkn itu yg terbaik,berdoa pada Allah ,spnjg pengasuh jga ank dpermudahkn urusan pengasuh jaga baby sis.. sya faham sedihnya tu,sya tggl ank xsmpi sehari pn kat mak sya,asyk vc je ,smpi rimas mak sya🤣🤣

Đọc thêm

kenapa awak nak putus susu. sedangkan awak boleh je continue bagi susu bdn dkt baby walaupon awak berkerja. jangan sedih, awak boleh je continue bg susu bdn dkt baby dgn cara awak pump susu. then bagi susu bdn tu guna botol. jadi susu badan awak tak kn putus pon😊 sy mommy yg berkerja. baby sy minum susu badan juga. waktu berkerja sy pump susu. mlm baby directfeeding😊

Đọc thêm
11mo trước

sama2 awak. mest la boleh😊. macam sy kerja dr 7.30am sampai 4.30pm. sy jarakkan setiap sesi pump sy 3j. jadi selalu nya sy akn dpt 2@3x pump dkt office. kalau xde peti ais dkt office. awak boleh simpan susu dlm coolest bag. tp make sure coolest beg awk sejuk. letak ice pack / ice brick ikot size coolest beg awak. ada coolest beg tahan 7@8j😊. balik dr kerja boleh terus simpan dlm peti ais. ni contoh susu dlm coolest beg sy😊

Post reply image

Sis pam la susu jgn putuskan susu kalau susu byk. Ajar slow2 mnm guna botol. Pengasuh saya memang takde buai baby tido je kat baby cot sendiri. Bila baby di pengasuh atau taska dia akan lebih pandai berdikari. Untuk botol kdg baby susah kalau ibu sendiri yg bg, cuba minta suami yg bg susu dlm botol inshaAllah lama2 akan ok.

Đọc thêm

jangan putus susu. pam susu bagi pengasuh. semoga dipermudahkan