Only love can hurt like this 🥰❤️
Gambar dengan my beloved first born Afrina kat depan PAC HSI nak deliver si adik (second born). Perasaan time ni sedih sebab berat nak tinggalkan kakaknya, tak kesah kan dengan diri yang nak bersalin tapi lebih kepada kesah kan anak yang pertama nak kena tinggal. Yelah, dah biasa hari2 melekat je dengan dia kat rumah hehee. Tidur, bermain, makan semua mama nya yang buatkan. Bila nak tinggal tu alahai mak nya yang sebak. Saya beritahu nak fahamkan dia yang "mama nak see doctor, baby nak go out, nanti Afrina jumpa baby okay, mama sayang Afrina tau". Honestly, second journey pregnancy ni saya memang involved first born. Dari tahu pregnant, pergi scan, monthly check up semua dia ikut masuk bilik doctor. Masa pregnant dah ajak usap perut, cakap2 dengan baby, ON kan YouTube buka zikir. Saya taknak dia rasa terasing dan tu cara saya rapatkan diri dengan dia. Saya taknak even dah ada kedua, fokus ke anak pertama hilang. Even akan terganggu tapi saya cuba tebus balik masa/aktiviti nak spend dengan dia. Dalam fikiran saya, my little family tengah berjuang. Saya berkorban nak melahirkan, adik berjuang nak deliver, kakak berkorban nak kena tinggal dengan mama, papa berkorban nak settle kan urusan semua. Only love can hurt like this kan 😊 Alhamdulillah. Anak second dah nak masuk 5m. Afrina sayang sangat kat adik dia, selalu nak minta mama letak baby kat dia, nak dukung katanya. Belum lagi cium, peluk, sampai rimas adik nya 😄 Syukur walaupun gap 5 tahun, dia ada empati, sayang sangat kat baby. Kalau baby start cry je, terus tolong nyanyikan lullaby atau berzikir. Kadang cepat2 ambilkan toys nak distract baby. #SukaDukaIbu
Đọc thêm
Alhamdulillah dah 4 bulan anak second saya. Kalini husband dapat masuk labor room, syukur sebab HSI benarkan. Masa si kakak kat HSNI tak dibenarkan sebab PKP 2021. Masa dah masuk 37w 3d ada mucus plug, kebetulan pagi tu ada check up kk so raise sekali issue kat nurse. Dr kk check dah 2cm time tu. Malam nya baru pergi hospital, check kat PAC dah 3cm. Stuck 3cm 4 hari kat wad, hari ke-4 baru masuk LR. 3 jam dalam lr (6:30pm-9:30pm) ditemani husb, bila contraction off sekejap boleh lah minta air, berbual2 kejap. Sempat makan kurma lagi. Lain rasa contraction natural dengan induce. Last time masa kakak relax je layan even first timer, this time second tak berapa nak relax, menekan2 contraction+rasa nak teran 😄😄 Tak sama kan journey pregnancy & birth setiap anak. #RealMomStories
Đọc thêm


Calling all supermoms!! 👋 Got a lunch box moment too cute not to share? 💕 Here’s your chance to shine with the 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐒 𝐁𝐫𝐚𝐧𝐝 𝐂𝐡𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧𝐠𝐞! Here’s how to join: 1️⃣ Sign up on the CHAMPS Community & get your RM5 Watsons voucher. 2️⃣ Grab CHAMPS Nutribar at any Watsons store. 3️⃣ Just post your kid’s lunch box with #PrepWithCHAMPS Nutribar + include code PNWYGDWX in the caption. The more you share, the higher your chance to be one of our Top 10 CHAMPS Mamas — and win a 1-year supply of CHAMPS & Duopharma products worth RM1,000! 💛 Let’s make snack time fun, healthy & rewarding — one post at a time. 💪 The challenge will run from 9 Oct'25 to 31 Dec'25. #PrepWithCHAMPS #ChampsNutribar #MotherChoiceForChampion #ChampsHealth #HAPPYKIDS T&C Apply
Đọc thêm





