#TAPx59S

Tips Menyusukan Bayi ?? Posisi. Carilah posisi yang membuatkan si ibu berasa selesa dan pegang bayi dengan cara yang betul supaya lengan dan badan si ibu tidak berasa sakit dan lenguh. Si ibu boleh menggunakan sokongan yang lain seperti bantal untuk keselesaan semasa menyusu. ?? Positif. Kekalkan emosi yang baik dan positif kerana ia mempengaruhi jumlah susu badan si ibu. ?? Makanan dan minuman. Makanan yang berkhasiat yang seperti sayuran hijau, buah oren, kekacang boleh bagi banyak nutrien dan menghasilkan susu yang berkualiti. Si ibu juga perlu cecair yang banyak seperti kerap minum supaya anda juga tidak berasa haus! ?? On-demand. Ibu kena biarkan si bayi menyusu disebelah payudara sehingga habis sebelum memberi disebelah lagi payudara supaya bayi dapat ‘hind milk’ yang kaya dengan lemak membuatkan bayi kenyang. ?? Lekapan mulut bayi. Bayi sepatutnya menghisap susu satu mulut penuh pada kawasan aerola payudara si ibu. Ini juga untuk mengelakan si ibu berasa sakit ketika menyusu. ?? Tidur. Jika anak dah tidur, si ibu bolehlah rehatkan badan dan mengambil peluang untuk tidur. Supaya badan kita segar dan susu boleh dihasilkan semasa si ibu tidur! Sekian daripada saya. Selamat Mencuba! ?? #TAPx59S

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Terima kasih kerana berkongsi 🥰