Pengalaman Menyusu Bayi Saya nak share pengalaman saya sendiri.. ??Selepas bersalin saya tidak tahu macam mana nak mula dan saya tak tahu yang saya ada susu ke? Bila dah rapatkan anak dekat dengan aerola, pandai betul si comel hisap. Hihi. ??Bila saya mula susukan bayi, banyak yang tak kena. Cara pegang dan cara menyusu. Anak saya pun selalu menangis. Ibu saya ada tunjukkan cara yang betul dan memberitahu saya keselesaan semasa menyusu adalah penting. Jadi ibu saya mengambil bantal letak di belakang saya dan bantal dibawah tangan untuk sokongan semasa menyusu. Sambil tengok televisyen sambil tu saya boleh google cara untuk susukan bayi. ??Susu badan juga tidak banyak. Bila minum banyak air, saya perasan susu pun cepat je terhasil. ??Kadang saya rasa tekanan kerana tak cukup tidur. Tapi bila tahu cara kita boleh susukan bayi secara baring, cara ni lebih mudah untuk saya tidur dan rehat. Lepas bersalin kita memang akan berasa penat sangat sebabnya kita tak pernah ada pengalaman jaga bayi, masa tidur pun dah terganggu dan berubah. ??Bila dalam keadan kita dah tertekan, susu pun berkurang. Bila kita dah tahu cara yang betul, kita sebenarnya kena pandai mencuri masa dan sentiasa positif. Jadi semasa menyusu selitkan dengan berzikir. Jadi kita betul-betul kena jaga emosi supaya bekalan susu pun cukup untuk si bayi. ??Cara pemakanan juga lain. Kalau ikut tradisi macam-macam tak boleh makan. Bila kita banyak baca dan bertanya, rupanya buah buahan perlu untuk kita kekal bertenaga. Jadi saya selalu lepas habis makan nasi bersama ikan dan minum air susu kurma, saya makan buah oren. Saya pun tak lagi sembelit dan susu badan pun nampak laju je. Anak pun kenyang! Inilah ringkasan pengalaman saya. Kalau bercerita depan-depan rasanya lagi panjang. Sekian daripada saya. Semoga memberi manfaat! #TAPx59S
Đọc thêmCara Menyusu Bayi Sebenarnya banyak cara untuk menyusukan bayi antaranya sambil duduk dan baring. Secara ringkas dan mudah, si ibu boleh cuba cara ni dengan syarat pastikan lekapan mulut bayi ke aerola di payudara si ibu adalah betul. PERTAMA ? Memangku bayi dan menyusukan daripada hadapan. Si ibu perlu sokongan tangan daripada si ibu untuk menampung bayi. Si ibu juga boleh guna bantal lebih mudah. Ibu juga haruslah selesakan kedudukan dengan menambah bantal di belakang supaya tidak lenguh. KEDUA ? Menyusukan si bayi dari bawah ketiak si ibu. Hanya dekatkan bayi dengan payu dara anda. Cara ni pula sangatlah sesuai untuk si ibu yang ada si comel kembar! KETIGA ? Baringkan bayi dan menyusukan dari sebelah kiri atau kanan si ibu. Cara ini amat sesuai untuk menidurkan bayi pada waktu malam dan selesa si ibu bila si bayi dah tidur, si ibu boleh tidur juga! Sekian daripada saya. Selamat Mencuba! ?? #TAPx59S
Đọc thêmTips Menyusukan Bayi ?? Posisi. Carilah posisi yang membuatkan si ibu berasa selesa dan pegang bayi dengan cara yang betul supaya lengan dan badan si ibu tidak berasa sakit dan lenguh. Si ibu boleh menggunakan sokongan yang lain seperti bantal untuk keselesaan semasa menyusu. ?? Positif. Kekalkan emosi yang baik dan positif kerana ia mempengaruhi jumlah susu badan si ibu. ?? Makanan dan minuman. Makanan yang berkhasiat yang seperti sayuran hijau, buah oren, kekacang boleh bagi banyak nutrien dan menghasilkan susu yang berkualiti. Si ibu juga perlu cecair yang banyak seperti kerap minum supaya anda juga tidak berasa haus! ?? On-demand. Ibu kena biarkan si bayi menyusu disebelah payudara sehingga habis sebelum memberi disebelah lagi payudara supaya bayi dapat ‘hind milk’ yang kaya dengan lemak membuatkan bayi kenyang. ?? Lekapan mulut bayi. Bayi sepatutnya menghisap susu satu mulut penuh pada kawasan aerola payudara si ibu. Ini juga untuk mengelakan si ibu berasa sakit ketika menyusu. ?? Tidur. Jika anak dah tidur, si ibu bolehlah rehatkan badan dan mengambil peluang untuk tidur. Supaya badan kita segar dan susu boleh dihasilkan semasa si ibu tidur! Sekian daripada saya. Selamat Mencuba! ?? #TAPx59S
Đọc thêm