bertanya sahaja

normal ke mertua slalu datang rumah.. kekerapan 2minggu skali.. dari baby lahir sampailah dah nk 10 bulan lebih ni. mkin bnyak akal bnyak ragam jd boleh tahan penat la. bby jenis menyusu bdn disamping ada mkn..skrg ni rutin tidur dia 2 3 pagi bru tidur lama. paling lewat 4 5 pagi. max tidur 10 jam. so rutin tidur pun jd kacau bilau jugak.. itu tak jadi msalah.. tp bila mertua kerap datang tidur rumah ,stiap malam fikir nk masak apa untuk esok hri. biasa sy masak simple untuk mkn dgn suami dan ank. tp bila mertua dtg,pagi2 dah brfikir2 nk msak apa yg berat2. sbb ayh mertua jenis mkn nasi lauk pagi2. yg jd sgt msalah kt sini mak mertua jenis suka ikut msuk dapur tengok bahan2. bawang lebih salah. pakai bahan jenama itu ini jd pertikaian. smua serba xkena. entah..bila tnya sepupu yg sama ank sorg baby ,rata2 ckp mertua dtg setahun 2 3 kali. sbb faham dgn ank kecik lgi. xboleh tunggu cucu besar sikit ke nk datang kerap 😔 ni waktu tidur pun xbtul lgi,prangai mkin mcm2. dgn xnk org lagi 100% mngempeng kt sy.bapaknya pun xnk sgt. suami pulak kerja site.kalau busy mmg busy btul. so boleh kata bnyak sy yg handle ank..terasa letih.. #firstmom

19 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

selama sye kawin nak masuk 3tahun ni, arwah mak mertua tiri sye dulu kerap sgt dtg rumah, kekdg duduk rumah sampai sebulan. jenis mak mertua sye pulakk xboleh makan luar kerap sgt. sbb die byk yg xboleh mkn, dia ada cancer. so sye lah yg kena masak kn utk die, dgn mengandung2 tu kena masak utk die mkn. die nk mkn ape2 die suruh sye masak kan. and kebanyakan yg ktorg makan, die x boleh mkn, mcm process food, ayam lah, seafood lah. mmg doctor x bagi dia makan. so sye lah kne masak 2 3 jenis lauk sehari. ade 1 hari tu sye ckp dgn husband, sye x suke mak mertua sye dtg rumah selalu. hahaa sye penat sye kate. so tiap kali mak mertua dtg, husband sye take over dapor, kekdg die terpaksa beli jugak makanan utk bagi mak mertua makan. last sye jumpa mak mertua sye raya tahun lps, masa sye dkt nak bersalin, cancer mak mertua sye dtg balik, masa tu detect dh stage 4. ade 2 jenis cancer dlm satu masa. 1 cancer yg sedia ada, satu lagi cancer baru. sye bersalin pon mak mertua sye x sempat dtg tgok anak sye, sbb masa tu cancer die dh stage 5. buat chemo apa semua x jalan dh. urus diri sendiri pon x boleh dh. awal tahun nii, bapak mertua sye whatsapp bagitau, mak mertua sye dh xdee. masatu sye rasa menyesal gila sbb pernah ckp x suke mak mertua sye dtg rumah. and masa tu, ktorg semua xde nak urus kan jenazah dia, bapak mertua sye dkt london, so adik beradik mak mertua sye yg uruskan. and ktorg dpt tau masa dh kebumi. sampai hari ni sis, rasa menyesal tu, rindu tu x yah cakap lah. so nasihat sye, layan jela selagi ade hayat dorg. jgn jadi mcm sye, sbb kite x tau pon bile dorg akan pergi. mungkin dlm masa terdekat. mungkin lmbt lagi. jgn sampai masa tu kite rasa menyesal. sbb rindu dkt org yg dh xde nii lagi sakit dri laki curang. awk x mampu nak masak, mintak duit kt laki, pi beli atau order je kt foodpanda.

Đọc thêm
Thành viên VIP

Bagi pendapat saya dalam 15 tahun kahwin dah nak masuk 7 org anak, baik ibu sendiri sampailah ibu mertua. Saya mmg mempunyai ibu yg cerewet kalau boleh semua nak complain dari urusan keluarga sampailah anak-anak. Kalau ikut jenis suami saya mmg akan backup saya, tapi saya jenis yg suka melayan dan kalau tak patut saya akan cuba jawab tak menyinggungkan perasaan mereka. Ada masa kita jadi anak or menantu kena pandai ambil hati (puji lah sedikit). Tanda kita hormat mereka, lagipun mereka tak tinggal dgn kita. Penat mmg penat lagi² dah berkahwin ada anak. Tak kira anak tu usia berapa, selagi anak-anak tu tanggungjawab kita. Selagi tu kita akan jadi penat dan tak cukup rehat. It's ok dear kalau penat cuba jujur dan bgth dekat mertua yg awak nak rehat sebentar. Dah jadi isteri dan ibu ni mmg tak akan pernah cukup rehat, ibu mertua Sis pun tak cukup rehat risaukan Sis dan Baby. Nenek tgh teruja ada cucu bagi je la can sikit ☺️. Kalau mertua saya dia tak kisah dgn anak-anak saya tapi suka masuk campur urusan rmh tangga saya. Walaupun sikap mereka mcm tu saya dgn suami masih bertahan. Bila dah berkahwin mcm tu la, kita tak kahwin dgn suami tapi seluruh keluarga dia. Sabar ye sis think positive insya Allah everything Allah permudahkan urusan sis sekeluarga. Sis seorang ibu dan anak yg sangat hebat, tahniah sis ♥️😘

Đọc thêm

Sama la sis cuma saya lagi kerap seminggu sekali. Setiap kali dtg tido 1/2 malam. Bila sampai panggil semua anak2 berkumpul dekat rumah saya. Hmm kadang datang weekdays kadang weekend. Bila weekday sy pergi keje 11.30pg balik kerja dah maghrib. Penat2 balik kerja kena layan mertua dan ipar duai makan dan cuci pinggan sampai la dekat pukul 12mlm baru settle kemas semua. Tambah anak meragam lagi sebab lambat tido. Esok paginya mmg saya dah suruh suami beli sarapan sy tak masak. Hmm dah ada sarapan pun mertua masuk dapur masak sendiri. Penuh balik singki tu. Anak pulak tak dibaginya hantar ke taska awal2 pagi. Suruh hantar tgh hari sbb nak main dgn anak. Kalau anak nangis ke nak susu ke makan ke sy jugak yg kena layan. Bila dah balik mereka akan tinggalkan baju sebakul untuk dibasuhkan so nanti dtg lg tak perlu la bwak baju byk2. Skrg tgh sarat mengandung anak kedua dan cuba berdamai dgn keadaan. Suami pulak dah bg kunci rumah dkt mertua. Ehh saya balik kg saya, mertua dtg tido rumah siap panggil anak2 lain tido sekali. Rasa macam homestay rumah sy tu 😌. Bilik kelamin pun dah jadi bilik awam. Wardrobe sy pun dah dibuka2 nak pinjam kain batik nak ambil tuala. Nasib la sy ni saiz comel je baju sy tak muat nak dipakai. Dulu sy happy je mertua dtg tp bila mengandung ni rasa penat sgt rasa stress sgt.

Đọc thêm

Kalau sy dlm situasi puan, bagi sy sangat2 mengganggu privasi sy dan keluarga. Kalau sekali dua, boleh terima. Tapi kalau dah kerap sangat, dah jd 1 gangguan sebab nak kena fikir pasal org lain pulak, bukan pasal suami dgn anak je. Lepas bersalin, dah penat, sy fikir nak curi rehat je bila ada masa. Penat kot jaga anak kecik ni. Tapi bila ada org lain, rasa terganggu sebab nak kena melayan org lain selain baby. Dah la penat jaga anak, lepas tu nak kena layan org lain pulak, diri sendiri pulak jadi x terjaga x terurus. Auto jadi stress. Hari2 rasa nak gaduh je dgn suami sebab penat. Masa mertua dgn family kakak ipar sy dtg baru2 ni pun awal2 sy warning kat suami suruh dia cuti, layan family dia atau sy lari dari rumah. Senang sama2, susah sama2, itu je sy ckp kat dia. Apa2 pun, luahkan terus kat suami puan, buat sampai dia paham. Dan biar dia sendiri yg bagitau dgn mertua. Kalau puan yg bagitau sendiri, mungkin puan pun takut nanti mertua puan terasa hati.

Đọc thêm

try kawal emosi sis , kadang² emosi penat akan menguasi segala² dan boleh jd stress . sy faham bila situasi didapur mentua campur tangan . sy pernah alami cara potong bawang pun salah . tapi lama² sy jadikan pembelajaran je . time mertua masak gini , time rumah sendiri masak gini. sbb kalau kita layan sampai bila² kita stress . positive kan diri jd kan semua seronok . mertua dtg mungkin dia seronok dirumah kita nak tgk cucu, nak tgk anak menantu . dulu.pernah je ckp dgn suami , tapi sy fikir jugak . macam mana dia nak bgtahu mak ayah dia . hati org tu ni sensitif . nak kene jaga juga . mungkin suatu hari time susah dia tolong kita juga

Đọc thêm
2y trước

Betul sangat positif ❤️

saya kalau mertua sejenis complain kuat .saya tak masak kalau dia dtg . ambil jalan mudh dgn ajak makan luar 😁cakap je tak sempat masak anak awak brjga smpai ke pagi ... klu saya . saya tak kisah pun mertua dtg brapa kerap mereka dtg . and saya tak try impress dgn memasak bnyk2 .saya masak simple mana yg ada saya masak .. kalau nak puaskan hati orang ni sush .. kita yg penat and mkn hati je .. bagi saya tak kerap pun dtg dlm sbulan 2kali tu .alhamdulillah dpt mertua yg ingat anak cucu menantu ☺️ ada orang dapat mertua yg langsung tak jenguk . kita yg kena jenguk mereka .. so bersyukur jee cari jalan yg tak buat awak stress ..

Đọc thêm

pelik juga, yg lain tak selalu datang, tambah ada cucu lain juga. ke sbb rumah dekat , tuh yg kerap dtg. lepas tuh husband maybe anak last or kesayangan mil ke, cuba luah kt husband, sbb bukannya tak bagi ,tapi penat juga ,nak handle anak lagi , lepas tuh mil pula jenis ikut ke dapur , duk pertikai itu ini, jadi tak best pula.

Đọc thêm

Senasib la kita sis, seminggu 2-3 kali dtg rumah kdg tidur sini. Hubby dah tegur jgn dtg kerap2 tapi sama je tak dgr. Dtg makan kat rumah kenjah2 dapur kacau2 cucu tidur balik. Kita ni yg penat nak tidurkan anak balik meragam tak cukup tidur dgn nak kemas rumah dapur lagi 😔

Tak pelik pun, xde cadangan hari/minggu/bulan/tahun mentua bila boleh datang. Fikir positif mybe nak jenguk cucu dia.. mentua ni ada yg suka berjalan, ada yg suka duk rumah je Slow talk la dgn suami kalau xnk masak berat² .

Đọc thêm

Sis bgthu pd suami cuba belikn mknn breakfast.. jd pagi sis boleh rehat sikit.. klu x pn bgthu lh mertua.. ckp maknya tu sis letih nk sediakn mknn & bby punya tidur dh tak teratur.. sis kna bgtahu mereka sbb yg jaga rumah & anak tu sis sendiri.