Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Mommy of 7 fun loving childs
Group support
Hai siapa di sini mommy yang perlukan group support, tak kisahlah dah jadi mommy or bakal jadi mommy. Mungkin korang perlukan support dari segi emosi, kehidupan, pertolongan dan bantuan. Kita ada group yang membantu... Komen "Saya nak" https://t.me/+UL1bsV2qZfg2OWE1
Nak tanya ni
Dekat dalam ni ada tak sesiapa doc or nurse yg boleh bantu jawab soalan saya. Saya baru 35w 6d tapi ada spot darah sikit tak byk, dah pantau dari pukul 5 ptg sampai sekarang dah masuk pukul 12.20 mlm masih sama dari warna merah ke warna coklat. Patut tak saya ke hospital?
Rezeki Datang Lagi
Lepas 3 tahun mengandung lagi, mmg betul tak bersedia rasa lemau dalam usia mcm ni nak layan mual setiap masa. Emosi jadi terganggu, makan mampu tgk tiap kalai nak makan tiap kali tu rasa nak muntah. Suami pulak risau bila kita tak makan adakala boleh jadi gaduh. Saya cakap bukan tak nak makan tapi tekak Ya Allah mcm rasa semua makanan yg ada tak boleh nak telan. Tidur pun selalu lewat jadi letih pada esok harinya. Ada ke yg mcm saya?
Masih menghitung
24/5/2020 genap 9 bln in sha allah masih menghitung masa, berdebar rasanya. Doakan sis cepat bersalin ye. Rasa sakit yg tak tertanggung, hari ni dah masuk hari ke 3 baru ada bukaan...
BAD SERVICE EXPERIENCE
Hari ni baru masuk 33week 3day, sakit pinggang dan pelvic bone (blm nak bersalin). So doc kk cakap kalau sakit yg melampau boleh pergi ke hospital. So disebabkan sakit yg melampau dan berpanjangan dari 12 tghari hingga 12 malam, sampai nak duduk dan baring pun susah. Saya pun pergilah hospital. So dari rumah bergerak hubs bawa ke hospital s***ang. Sebenarnya request ke hospital k**ang tapi sbb jauh sedikit dari rmh, hubs bawa ke s***ang. Sampai dekat sini daftar dan mcm biasalah dia tanya soalan kalau saya ada contraction ke tak. Disebabkan dtg bkn contraction tapi sbb sakit tulang belakang dan selvic bone. Selesai daftar doc pun ambil ujian air kencing dan cek CTG, lepas 15 minit. Nurse kata kena tggu doc dtg dulu. Jadi kenalah tggu dlm 20minit utk TURN saya di bahaskan kenapa dan apa yg terjadi?. So lepas berpjg lebar dgn doc, doc MO suruh kencing lagi utk bt ujian lab plk. Ok dgn menurut perintah saya pun pergilah kencing dan letakkan sample di meja yg disuruh. So saya kena tggu lagi 2jam mcm tu utk result. Nurse suruh saya baring dkt katil, lepas 2jam hubs pun wasap tanya mcm mana result. Apa lagi baru teringat dah 2 jam rupanya menunggu. Bila tanya kat kaunter, rupanya doc baru teringat yg dia lupa nak send urin ke lab....masa tu rasa nak marah pun ada. Doc tu blh bt tak bersalah ckp dgn saya yg dia dah hntr lama urin ke lab. Serdangkan hnya urin saya sahaja yg ada kat meja tu...mengucap pjg dlm hati. Hubs dah berangin bengang, saya nak tgk muka dia pun dah tak berani ?. Hilang terus sakit saya yg tadi...sbb tgk hubs marah (marah doc). Tak tahu nak cakap apa, jadi fobia bila staff kat sini ala2 je kerjanya. Bkn tak nak faham, tapi sbb sedikit kecuaian kerja kita akan jadi fobia nak dtg hospital kalau service mcm ni. Yg duduk dekat sebelah katil tu sampai nak meneran kat katil baru nak bawa ke LB, pada hal dia dtg je dah buka 5cm siap leaking. Yg 4cm dtg kemudian pun dah ditolak ke LB. Apa2 pun just nak share cerita, mgkn bkn luck saya dapat layanan yg baik. Mgkn lain org lain yg dia dapat, semua tu kan pengalaman ??. Ini pengalaman preggy anak yg ke 6. Setiap anak mmg lain2 pengalaman dgn hospital (Husnuzon )
BAJU BABY
Siapa tahu IG apa yg TRUSTED utk beli baju baby, maaf bertanya tak pernah beli online baju anak2. Biasa terus pergi kedai baru puas hati. Memandangkan PKP sekarang ni mmg tak tahu kat mana boleh cari...baru nak buat persiapan.
Apa Ada Dalam Beg Anda Ya?
Kalau tanya sis apa ada dlm beg, yg dibulatkan tu baru sikit. Masih ada lagi senarai yg tak ada...contohnya penyepit kuku, gunting, peralatan jahit mini, buku kecil utk catatan dan resit. Blm masuk barang suami dan anak2 ?? Agak2 uolls mcm tu ke?
craving
Mengidam tapi tak boleh nak makan, rasa nikmat tu dah xde.
RASA KOSONG
Tak tahu kenapa rasa kosong sgt2, dari seblm mengandung sampailah mengandung rasa kosong dgn suami. Jgn uolls tanya knp boleh mengandung walapun xde perasaan dgn suami. Sbb saya ni spesis yg tak suka nak sakiti hati pasangan. Lebih suka diam dan pendam perasaan. Allahu tak tahu nak luah dimana? Dah luah dkt di atas, bersujud dan pelbagai cara. Tetap juga tak dapat penyelesaian. Setiap saat setiap masa yg ada hanya diam dan nangis... Maaf terlepas kat sini...
Teka gender
Siapa pernah teka gender baby dgn mengunakan soda bikarbonat? Ada setenggah ibu suka nak tahu dulu sebelum pergi cek dgn doc. Ok siapa yg blm pernah meh sini sis ajarkan caranya ambil 2 cwn bersih. 1 cwn letak soda bikarbonat dlm 1 sudu besar penuh dan 1 cawan lagi isikan dgn air kencing. Tuangkan air kencing tadi sedikit demi sedikit sehingga ianya memberikan reaksi (berbuih seperti air bergas). Sekiranya buih tadi naik byk dan pekat bermakna GIRL dan kalau buih hanya sedikit dan sekejap (BOY)... Yg ini hanya utk seronok2 je, jgn kecam sis. Keputusan tak semestinya accurate (xtepat). Selamat mencuba ???