Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition

Hi Mommies! Puasa dah nak dekat, anda dah bersedia ke? Sekiranya ibu memilih untuk puasa penuh, apakah cara terbaik yang boleh diamalkan? Atau bolehkah ibu yang menyusu berpuasa? Apakah makanan terbaik yang boleh diamalkan? Boleh ke makan buah sahaja semasa berbuka? Jom tanya pakar kami tentang isu pemakanan terbaik untuk ibu menyusu atau bakal ibu dan cara mengatasi masalah gastrik semasa berpuasa bersama pakar kami Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition, pada 7 April 2022, hari Khamis. *NOTA: Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition
30 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Hi ms gan. 1. Bagaimana nak maintain kuantiti & kualiti susu badan semasa berpuasa? 2. Apakah makanan yang sesuai untuk menambahkan susu badan semasa berpuasa? 3. Apabila siang berpuasa, bagaimanakah cara untuk saya mencukupkan untuk minum 2L air? 4. Bagaimanakah cara untuk saya mengelakkan gastrik semasa berpuasa dan dalam masa yang sama baby saya menyusu badan. 5. Makanan apakah yang harus saya makan semasa bersahur untuk mengelakkan saya kehausan & keletihan semasa menyusukan baby sewaktu berpuasa? Terima kasih ms gan ☺️

Đọc thêm
2y trước

Semua nutrien yang diperlukan untuk ibu dan bayi boleh diperolehi daripada pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Makan pelbagai makanan padat nutrient (nutrient dense). Diet anda harus mengandungi: (1) Nasi, mee, roti, bijirin dan hasil bijirin dan ubi-ubian (2) Buah-buahan dan sayur- sayuran (3) Ikan, ayam, daging dan kekacang (4) Susu dan hasil tenusu Untuk membantu anda mengekalkan kenyang lebih lama, makan lebih banyak makanan kaya serat kerana serat makanan melambatkan proses penghadaman dan ini mengurangkan rasa lapar. Misalnya, roti wholemeal, oat, keledek dan multigrain. Makanan protein seperti daging, kekacang, telur, tempeh dapat juga membantu untuk memberi tenaga yang lebih mampan sepanjang hari. Selain itu, pastikan anda minum secukupnya sebelum dan selepas berbuka puasa. Minum antara 8-12 cawan air setiap hari. Elakkan minum kopi dan teh kerana kandungan kafein boleh menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil, menyebabkan dehidrasi. Anda juga boleh menga

Influencer của TAP

Salam sejahtera Miss Gan, Apakah makanan baik yang boleh memberikan saya tenaga untuk menghadapi prosedur induce melahirkan anak dan juga pemulihan selepas daripadanya. Terima kasih. Nota: Sebelum ni saya GDM on diet controlled dan baru sahaja minggu ni, blood sugar profile deranged 😬, itu sebab kena induce labour. Saya juga amalkan iron rich diet kerana mild anemia. Terima kasih. 🌻

Đọc thêm
2y trước

Terima kasih miss Gan 👍

hi ms Gan, saya nak tnye sbb confius..Hari semalam pagi saya Ada test upt sbb DH lewat tarikh period 4hari..so semalam saya test double line tpi 1 line Tu samar2 je..tpi Malam smlm saya kuar darah Banyak..adakah hormon saya atau memang saya Hamil?Kalau ikotkan pengiraan kandungan saya DH 4week 5day..boleh tolong jelaskan tak?Trima kasih😉

Đọc thêm

selmat mlam dr , sya mngandung 15week .. tapi gastrik kerap mnyerang .. alahan nak muntah dh brkurng tapi gStrik tu yang buat saya balik² nak muntah pedih ulu hati 🤧 .. nak puasa penuh tapi risau gastrik yg mmbatalkan puasa d sbabkan muntah .. dah mkan ubat klinik tapi x hilang jugak .. nak kena mkan 4 jam or 5 jam berturut turut..

Đọc thêm
2y trước

Pertama sekali, bincang dengan doktor tentang keadaan anda sebelum membuat keputusan sama ada untuk berpuasa. Masalah gastrik/ ketidakhadaman memang biasa berlaku di kalangan ibu hamil disebabkan perubahan hormon dan bayi memberikan tekanan secara fizikal kepada salur penghadaman ibu. Jika anda memilih untuk puasa, (1) Pastikan anda makan (jangan skip) pada waktu sahur dan iftar. (2) Makan dalam kuantiti yang sederhana sebab makan berlebihan boleh memburukkan lagi masalah gastrik. (3) Makan seimbang, elakkan atau kurangkan makanan yang pedas, berlemak, masam yang terlalu banyak (4) Kurangkan makanan/minuman manis (5) Elakkan atau kurangkan minuman berkafein seperti kopi/teh/chocolate. Cadangkan jangan memaksa diri untuk berpuasa sekiranya tidak mampu/tidak selesa.

Salam puan, sy ingin bertanya benarkah pengambilan protein adalah salah 1 cara memastikan kuantiti susu sentiasa banyak? Jika ya, boleh cadangkan makanan protein yg baik utk diamalkan ketika sahur dan berbuka sebab sy bimbang jika pengambilan protein sy tidak bersesuaian

Selamat Petang Miss Gan. Saya baru disahkan hamil setelah menanti selama 3 tahun. Boleh cadangkan pada saya susu dan yang sesuai untuk saya ambil setiap hari dan jenis diet atau supplement yang sesuai utk saya sebab saya seorang yang tidak makan sayur. Terima kasih.

2y trước

Anda boleh pilih susu untuk ibu mengandung atau susu low fat biasa yang anda suka sebenarnya. Semua nutrien yang diperlukan untuk ibu dan bayi boleh diperolehi daripada pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Diet harian anda harus mengandungi: (1) Nasi, mee, roti, bijirin dan hasil bijirin dan ubi-ubian (2) Buah-buahan dan sayur- sayuran (3) Ikan, ayam, daging dan kekacang (4) Susu dan hasil tenusu

slmt ptg.sy nk tanya.ada x ubat yg boleh ganti obimin supaya x sembelit.teruk sangat sy sembelit selepas ambik obimin.boleh ke tukar ubat lain selain obimin?saya juga tak suka minum ubat atasi sembelit,sebab nanti waktu membuang dtg,sakit perut xleh bawak bincang.

2y trước

Hi, anda bolen bincang dengan doktor tentang masalah anda. Sebenarnya, masalah sembelit adalah biasa ketika mengandung disebabkan perubahan horman dan juga pengambilan suplemen prenatal seperti zat besi. Untuk membantu masalah ini, (1) Pastikan anda mengambil serat makanan yang mencukupi iaitu 2-3 sajian sayur-sayuran (1 sajian=½ cawan) dengan 2 sajian buah-buahan sehari dan bijirin penuh (wholegrains) seperti beras perang dan roti wholemeal (2) Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas) terutamanya apabila anda meningkatkan pengambilan serat. (3) Lakukan senaman ringan seperti berjalan untuk meningkatkan pergerakan usus

Hye doktor saya sekarang mengandung nombor 3 sekarang 33 minggu. masaalah saya ialah gerd. sudah 4 hari saya.cuba puasa namun tidak berjaya selain itu saya juga Mengalami sembelit di usia kandungan 33 minggu sekarang

2y trước

terima kasih doktor atas jawapan dan cadangan.

salam sejahtera miss Gan.. saya ingin bertanya mengenai puasa bagi ibu mgndung 8 minggu yang mempunyai sejarah complete miscarriage 2 kali.. adakah selamat untuk saya berpuasa di bulan ramadhan?

2y trước

Lebih baik bincang dengan doktor anda tentang keadaan anda sebelum membuat keputusan sama ada untuk berpuasa.

Hi Miss Gan, sekarang saya pregnant 18weeks , saya risau nanti bila dah bersalin .. susu tak keluar . ada tips tak atau apa makanan yang perlu saya amalkan untuk adakan air susu awal