Bacaan gula pagi sebelum breakfast tinggi
Saya stress. Kenapa bacaan gula pagi saya sebelum breakfast mesti tinggi? 😔 range 5.6 - 6.1. Padahal saya nak makan pon takde selera. Sepanjang pregnant, dah 7x saya kena buat bsp, empat daripadanya bacaan pagi tu tinggi. Dalam sehari sikit sgt saya makan sebab masih tak lalu padahal dah 5 bulan pregnant. Berat dr awal buka buku sampai sekarang pon dah turun 2kg. Kalau saya xjaga mkn kenapa berat turun? tp bacaan gula selepas 2jam makan cantik je. Sekarang pon dah naik dos ubat, 2biji pagi dan 2biji malam. Hmmm taknak kena cucuk insulin 😞 Tolong bagi saya kata-kata semangat.




Mother of 2 superhero superhero