HB

Macam mana nak naikkan HB? 2 kali checkup HB 10. Huhu #20weeks #firstbaby

40 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ni apa yang berkesan untuk sya lah. Sya kongsikan tips untuk naikkan hb waktu pregnant. First saya makan buah prun dan kurma. Dua dua ni antara buah yang membantu naikkan hb. Kedua, Saya makan hati lembu TAPI 1/2 minggu sekali je. Dan terakhir saya makan banyak sayur bayam. Especially bayam merah. Sedap pulak tu hehehe. Ni cara saya nak naikkan hb waktu hamil dulu and alhamdulillah berkesan.

Đọc thêm
Thành viên VIP

Kalau saya nak naikkan hb masa hamil dulu makan banyak jambu batu. Memang tiap minggu beli buah jambu buat stok kat rumah. Habis je beli lagi. Selain tu ada je makanan lain yang boleh naikkan hb. Sayur bayam pun boleh jugak. Saya kalau bayam lebih suka bayam merah sebab taktau lah rasa sedap je kalau makan tu dgn kuah dia lagi hehehe.. so dua ni jela yang saya makan kalau nak nak naikkan hb

Đọc thêm

Ada cuba makan buah delima? Atau buat jus delima ke? Masa hamil anak 1st dulu sya amalkan jugak buat jus delima then minum 2 kali sehari. Pagi segelas and malam before tidur segelas. Ni salah satu cara saya naikkan hb saya. Dari bacaan 10 naik 12.3 ke berapa macam tu sya pun tak berapa ingat. Okay lah tu membantu jugak minum delima untuk naikkan hb.

Đọc thêm

Kita ada baca dekat satu article ni kalau ibu hamil akan selalu kurang darah or hb mcm tu. Saya belum pregnant lagi tapi saya ada lah tahu cara nak naikkan hb tu mcm mana. Buah yang bantu naikkan hb macam jambu batu, kurma, citrus. And daging lembu pun bagus or organ dalaman macm hati. But this ine kena make sure penggambilan yang sedikit

Đọc thêm

Waktu hamil anak first, saya punya hb low jugak. Mak suruh minum air limau tapi saya tak suka hahaha memang tak boleh telan tekak. So saya google, ada orang cakap boleh cuba minum air/jus delima. Alhamdulillah hb saya naik masa tu... Tak ingat kiraan dia berapa tapi naik la. Ada jugak makan sayur bayam nak naikkan hb tu. So far berkesan

Đọc thêm
Thành viên VIP

Sis ada ambik any tablet tak? Macam iron tablet ke zincofer ke? If ada ambik sis kena tahu cara makan yang betul. Sebab ada yang ambik tapi taktau cara makan yang betul. Kena pastikan selang 2 atau 3 jam sebelum/selepas makan baru boleh ambik iron tablet/zincofer. Kalau makanan lain boleh amalkan makan bayam and buah jambu batu

Đọc thêm
Chuyên gia

Saya punya hb pun low masa pregnant anak 1st dulu. Saya ada ambik iron tablet untuk naik kan hb. Memang makan ubat tu hari hari. Tapi selain tu ada juga ambil makanan lain. Saya makan hati lembu. Goreng je. Tapi tak lah makan hari hari. Saya masak dalam seminggu sekali macam tu je. Tu jela tips naikkan hb yang saya boleh tolong

Đọc thêm

Tak silap saya makan banyak buah jambu. Buah tembikai pun okay sebab dia kaya dengan vitamin A untuk tambah darah so naikkan hb jugak. Kalau jenis tak makan buah direct maybe boleh buah jus ke so minum telan terus hahaha...Selain tu kalau suka yang masam sikit boleh pelbagaikan minuman citrus. Limau, kasturi and banyak lagi

Đọc thêm

Tips kalau nak naikkan hb masa hamil ni kena jaga pemakanan. Jangan makan makanan segera yang banyak kuantiti dia. Tak elok. Lebihkan makan sayur hijau macam bayam, sawi ke kacang pis. Kalau nak makan coklat pun boleh tapi coklat gelap lah. Boleh je google makanan yang lain. Yang penting makan makanan yang sihat.

Đọc thêm

Minum jus limau! Ataupun jus delima! Really helpful untuk naikkan hb lagi lagi time pregnant. Kalau dulu before kawin selalu minum coffee and nescafe, kena kurangkan. Banyakkan minum air masak. Orang cakap Horlicks boleh naikkan hb but tak pernah try lagi. Maybe sis boleh cuba mana tau hb naik after tu

Đọc thêm