Semoga Allah lindungi saya & baby???

Kemarin saya pergi klinik, scan. anggaran saya pregnant dah 9 minggu. scan sana sini, takde kantung & baby ? susah hati sangat. Klinik tu suruh saya pergi hospital untuk scan bawah pula. Sampai terus scan ikut bawah, pun tak ada. Doctor ni jumpa bulat kecik & suspek saya kandungan anggur. luluh hati ni sampai tak terkata, sepatutnya kemarin saya kena tahan ward & saya kena buang kandungan anggur tu. kali ke 5 scan, doctor pakar pulak kata mungkin saya bukan kandungan anggur, ni salah tarikh. nasib baik setiap kali saya buat UPT mesti amik gambar, check balik tarikh. 13/11 saya masih negative, UPT start positive 18/11. Doctor kata tak mungkin kandungan 2bulan tapi 13/11 tu masih negative. ni sah salah tarikh. Klinik cuma bagi anggaran sahaja, bila diukur kantung tu, kemungkinan kandungan saya baru 5 minggu. 3 hari saya tidur tak lena, lepas doctor pakar cakap macam tu. Alhamdullilah lega hati. tapi lega tu tak sepenuhnya, tersimpan sikit rasa risau. harap2 dua minggu lagi kantung saya & baby dah boleh nampak ? insyallah, serah pada Allah je ni. 2 tahun berharap, hari pertama positive, bahagia tu Allah je tahu. tak apa lah, kita hanya mampu merancang & Allah yang menentukan. Saya minta mommy2 dekat luar sana, tolong doakan saya & anak saya ye??

Semoga Allah lindungi saya & baby???
126 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Salam..kes sis sama mcm sy hari ni..dah pergi hosp kerajaan untuk double confirm dan scan..slepas sy buat 3 kali UPT smua positif..tapi bila pergi buat di hosp hari ni pihak Lab ckap negatif..dan doctor pun pening..diorang ambik darah dan scan..ada kantung tp xnmpak janin..sy risau sedih smua ada..sebab hari 4 org doc cakap sy positif termasuk 3 org sister dan staff nurse..tapi doc sorg tu je ckap negatif berpandukan rwsult lab hosp..mcm mana ye? Diorang mnta sy buat urine test & ambik darah lg skli..😭😭😭😭

Đọc thêm