Semoga Allah lindungi saya & baby???

Kemarin saya pergi klinik, scan. anggaran saya pregnant dah 9 minggu. scan sana sini, takde kantung & baby ? susah hati sangat. Klinik tu suruh saya pergi hospital untuk scan bawah pula. Sampai terus scan ikut bawah, pun tak ada. Doctor ni jumpa bulat kecik & suspek saya kandungan anggur. luluh hati ni sampai tak terkata, sepatutnya kemarin saya kena tahan ward & saya kena buang kandungan anggur tu. kali ke 5 scan, doctor pakar pulak kata mungkin saya bukan kandungan anggur, ni salah tarikh. nasib baik setiap kali saya buat UPT mesti amik gambar, check balik tarikh. 13/11 saya masih negative, UPT start positive 18/11. Doctor kata tak mungkin kandungan 2bulan tapi 13/11 tu masih negative. ni sah salah tarikh. Klinik cuma bagi anggaran sahaja, bila diukur kantung tu, kemungkinan kandungan saya baru 5 minggu. 3 hari saya tidur tak lena, lepas doctor pakar cakap macam tu. Alhamdullilah lega hati. tapi lega tu tak sepenuhnya, tersimpan sikit rasa risau. harap2 dua minggu lagi kantung saya & baby dah boleh nampak ? insyallah, serah pada Allah je ni. 2 tahun berharap, hari pertama positive, bahagia tu Allah je tahu. tak apa lah, kita hanya mampu merancang & Allah yang menentukan. Saya minta mommy2 dekat luar sana, tolong doakan saya & anak saya ye??

Semoga Allah lindungi saya & baby???
126 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

My first pregnancy mcm tu juga.. Kira ke pregnant klu mcm tu... Follow up every 2 weeks Until week 12, doc told me "sorry"... Luluh hati, tak sangka rezeki awal perkahwinan tapi tak kesampaian.... Lantas doc cadangkan buang kandungan atas diagnosis missed abortion. Alhamdulilah dah be rehat 3 bulan dan cuba lagi, ini kali Allah memberikan rezeki lagi. Hari ini saya berada d kedudukan " menunggu kelahiran si kecil". Meskipun nak baby keluar cepat, tapi dlm hati nak juga dia stay lama sikit dlm perut sebab bonding dan tendangan baby tu memberikan saya suatu perasaan yg ISTIMEWA. Sebab itu rasanya, kawan2 and family selalu beritahu supaya enjoy the pregnancy... Now i understand, hope the same goes to you too sis

Đọc thêm