🧑🏻‍⚕️ Sesi Tanya Pakar Bersama Kristy Yong

Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Kristy Yong, (BS (PSYCH), M.Coun, Internationally Licensed, Counsellor with Australian Counselling Association), Director of Oasis Counselling Services 📰 Topik: Tekanan, Emosi Tidak Stabil dan Kemurungan Selepas Melahirkan 🗓️ Tarikh: 28 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

🧑🏻‍⚕️ Sesi Tanya Pakar Bersama Kristy Yong
28 Replies
 profile icon
Write a reply

anak saya tidak pandai turun kuning suda macam2 jenis mandian try kasi mandi .. asal chek tinggi saja 200 ke atas anak sy lahir 2.5kg kadang turun naik lagi berat badan dia .. kadang bila baby kena chek nurse tanya kenapa masi tinggi kuning sy rsa bersalah betul sma diri sy kadang kasi salah diri sy penyebab anak sy tinggi kuning, darah sy jenis o sy rsa mcm2 hal dalam hati dan fikiran sy selalu kasi salah diri sy ..

Read more
8mo trước

Hi, jaundis pada bayi baru lahir adalah perkara biasa. Anda boleh berkejasam dengan doktor anda tentang apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasi penyakit kuning pada bayi. Sebagai seorang ibu, saya dapat merasakan rasa bersalah anda dan berasa bertanggungjawab terhadap penyakit kuning pada anak anda. Rasa bersalah ini benar-benar nyata. Anda boleh cuba kenali rasa bersalah ini dan anda boleh bertanya kepada diri sendiri tentang adakah apa-apa yang boleh saya lakukan tentang rasa bersalah ini? jika tidak, maka apa yang boleh saya lakukan untuk membuat diri saya berasa lebih baik? Saya perlu berasa lebih baik supaya saya dapat memberikan yang terbaik untuk bayi saya. Jika rasa bersalah ini masih berterusan, saya akan recommend anda bercakap dengan kaunselor profesional untuk membantu anda memproses perasaan bersalah ini. Harap ini membantu anda! Anda adalah seorang ibu yang baik!