🧑🏻‍⚕️ Sesi Tanya Pakar Bersama Kristy Yong

Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Kristy Yong, (BS (PSYCH), M.Coun, Internationally Licensed, Counsellor with Australian Counselling Association), Director of Oasis Counselling Services 📰 Topik: Tekanan, Emosi Tidak Stabil dan Kemurungan Selepas Melahirkan 🗓️ Tarikh: 28 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

🧑🏻‍⚕️ Sesi Tanya Pakar Bersama Kristy Yong
28 Replies
 profile icon
Write a reply

hi miss, anak saya awal bulan depan genap setahun, tapi saya tak boleh nak kawal perasaan dan emosi . bila anak saya meragam, menangis kuat macam kena pukul tambah kalau mood tak elok atau mengantuk, rasa stress sangat. saya rasa saya jadi macam ni juga, sbb tinggal dengan family, bila anak menangis, diorang salahkan saya, tanya kenapa, acah tau itu ini. saya jadi tak boleh dengar anak nangis . jadi takut n auto stress. tapi saya dah duk sendiri da, just saya tak bole nak kawal, sbb dah terbiasa mcm tuh. mcm mana yaa nak kawal bagi rasa chill. saya fully housewife. bila anak tak okay, tangan saya sejuk terus, sampai sakit kepala benda mcm ni. saya taktau nak kawal diri mcm mana. anak pula jenis nak berkepit dgn saya, tambah fully bf.

Read more