🧑🏻‍⚕️ Sesi Tanya Pakar Bersama Kristy Yong

Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Kristy Yong, (BS (PSYCH), M.Coun, Internationally Licensed, Counsellor with Australian Counselling Association), Director of Oasis Counselling Services 📰 Topik: Tekanan, Emosi Tidak Stabil dan Kemurungan Selepas Melahirkan 🗓️ Tarikh: 28 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

🧑🏻‍⚕️ Sesi Tanya Pakar Bersama Kristy Yong
28 Replies
 profile icon
Write a reply

Saya rasa bersalah setiap kali apa2 terjadi pada baby. Macam bila baby sakit selsema, rsv, batuk, demam/ masuk hospital/ terjatuh/ kepala terhantuk. Baby saya underweight, saya rasa diri tak berguna betul. Saya working mum, hantar baby ke babysitter. Saya kerja dari 9am to 8pm, tak ada masa suap baby makan, hanya bergantung pada babysitter. Saya bagi susu high calories, baby minum kurang pulak. Baby dah 14 bulan tapi saya masih gemuk, tak ada masa nak bersenam. Kadang stress makan macam2 pulak. Macam mana nak handle mom guilt dan stress eating ni?

Read more
8mo trước

Hi, saya boleh berempati dengan experience anda sebagai seorang ibu. Bukan mudah bagi andi untuk mengimbang tugas sebagai seorang ibu dan kerju. Oleh itu, apabila anak tidak sihat anda salahkan diri anda terlebih dahulu. Saya ingin menormalkan pengalaman anda, saya pasti kebanyakan ibu mengalami rasa mom guilt ini. Mom's guilt ini sebenarnya menunjukkan pandangan tentang pemikiran anda. Satu cara yang baik ialah bertanya kepada diri sendiri, apakah mom guilt ini bercakap tentang saya? Adakah rasa bersalah ini membantu saya bertambah baik sebagai seorang ibu atau adakah ia hanya membuatkan saya berasa lebih teruk? Selepas menyedari rasa bersalah dan tekanan ini, anda perlu mengisinya dengan banyak penjagaan diri dan belas kasihan. Jika anda tidak dapat melakukannya sendiri, anda perlu mencari sokongan yang baik di sekeliling anda untuk membantu anda berasa lebih baik dengan menormalkan pengalaman anda sebagai ibu yang bekerja. Jika ini tidak berjaya, anda perlu mendapatkan bantuan profe