🧑🏻‍⚕️ Sesi Tanya Pakar Bersama Kristy Yong

Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Kristy Yong, (BS (PSYCH), M.Coun, Internationally Licensed, Counsellor with Australian Counselling Association), Director of Oasis Counselling Services 📰 Topik: Tekanan, Emosi Tidak Stabil dan Kemurungan Selepas Melahirkan 🗓️ Tarikh: 28 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

🧑🏻‍⚕️ Sesi Tanya Pakar Bersama Kristy Yong
28 Replies
 profile icon
Write a reply

Anak dah umur 3 tahun. Anak 1st. Emosi saya sampai skrg masih tak stabil. Kekadang saya mudah melepaskan marah terhadap anak walaupun dia tak bersalah. Anak 1st lahir waktu covid and pkp. Saya lalui byk depression. Tiada tempat utk luah. Terpaksa jaga anak seorg. Harapkan confinement yg baik tapi hmm terbalik jadinya. Confinement yg tak berapa bagus. Salah pilih. Akibatbya saya masih menanggung sampai skrg. Susu ibu drop masa anak nak masuk umur 1 tahun. Emosi byk tak stabil sampaikan ingat diri ini dah jadi psycho. Mudah menangis. Skrg saya tak teruk mcm dulu tapi masih alami kemurungan

Read more
8mo trước

Hi, kemurungan selepas bersalin adalah nyata. Anda ingin menghentikan perasaan kemurungan ini tetapi ia kelihatan terlalu sukar untuk anda. Saya akan mengesyorkan anda bercakap dengan kaunselor profesional untuk membantu anda mengatasi masalah ini. Masih belum terlambat untuk mendapatkan bantuan yang sesuai untuk anda dan bayi anda.