Anak setahun sebulan tolak makanan

hai semua , anak saya setahun sebulan nak masuk duabulan . tapi dah start tolak semua makanan . nasi, mee , bihun, ayam apa segala makan kentang fries semua dia tolak . buah yang dia suka pun dia tolak. ni dah masuk 2 hari dia macam tu. dia tolak makan sejak lepas demam haritu . masa demam still lalu makan . lepas demam terus macam ni . dah bagi macam2 dah semua tak nak makan . buntu dahh saya :( nak cakap gigi naik ya ada jugak nmpk gigi nk tumbuh . normal ka sampai tak makan mcm ni . sebab sebelum ni gigi tumbuh lalu ja makan . saya dah lah first mom . risauu . bulan depan nak checkup pulak . aduhai . dalam 2 hari ni dia hanya makan roti sikit , susu formula sikit dan susu badan kerap . #firstmom #bantujawab #mintabantuan

7 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

X pe bagi dia mkn mcm buah2 sejuk ke..aiskrim homemade dari buah ke Atau buat nugget homemade.. Buat mcm jejari bagi di pegang.. Nnti Slow2 bagi dia mknn lain juga.. Kadang budak nie lepas demam tekak dia ada pahit2 sket. Saya dulu buat aiskrim buah+yougurt utk dia.. Kot gusi dia gatal+sakit ke..

2mo trước

Sama2.. Good luck mommy💪💪🤗💐

Faham. Be strong mommy 💪Anak saya 2 minggu. Buah yang anak suka tu awak boleh chill kan dulu sebelum bagi atau jadikan puree untuk buat yogurt ice cream. Selebihnya keep offering

2mo trước

Sama-sama 🌹

sy da lalui,,strss nya tu bkn main..ank sy dri start mkn xminat smpai 1y..cra sy bwt ice cream buah..guna susu full cream..ok la wlwpn bkn nasi aslkn mkn sikit..berat naik

2mo trước

betull stress sangat 😭 fahamm . saya try buat benda2 sejuk pula lah lepas ni . terima kasihh 🫶🏻

Influencer của TAP

kalau lepas baik demam n fasa tumbuh gigi tak lalu makan tuh normal je sis, sis teruskan je offer makanan kt dia. buat makanan yg sejuk sikit ke, kot dia gatal gusi ka kan.

2mo trước

baikk terima kasih 🫶🏻

normal sis. anak sye smnggu reject semua makanan. makan pun cuma 1-2suap je 😂. ni alhamdulillah baru nk ada selera balik.

2mo trước

wahh seminggu 😭 baru 2 hari pun dah risauu 🤣 kalau normal takpalah kurang sikit risau tu hahaha . terima kasih sis rply 🫶🏻 alhamdulillah anak sis dah ada selera makan , semoga sentiasa sihat anak dan sis 🫶🏻

Influencer của TAP

Normal jika baru lepas demam. Bagi je apa yg dia nak. Fasa sementara je ni. Parents kena tenang hadapi hal ni

normal je sis . bagi dia buah² yg sejuk dan makanan yg boleh dia gigit .

2mo trước

fahamm terima kasihh sis . saya try buat benda2 sejuk