Makanan baby
Hi mommy mommy sekalian, saya ingin cerita tntang kerisauan saya tentang anak saya yg baru nak masuk usia 7 bulan, tntang makanan dia, masa mula makan dia memang tolak segala makan.. dh keep offer bubur plain campur ayam campur lobak semua.. dh buat mcm mcm sme jugak. Dia tetap tk nk makan kalau makan pun sesuap dua tu pun di paksa. Saya pon beri dia buah seperti pisang dlm food feeder, dia nampaknya ok dan menambah nambah, dia suka buah agaknya. Then adalah saya try bagi nestum cerelac kan, dia ok pulak. Dia nak makan siap habis satu mangkuk, tapi pada masa yang sama saya sangat risau jika dia tak makan realfood seperti bubur nasi, sayur, ayam seperti itu. Dh cuba bagi, dia mengamuk ngamuk. Sekarang saya cuma bagi dia cerelac nestum je sbb itu dia tak tolak. Cuma saya bagi 2 kali sehari plus snacking wktu petang ialah buah buahan. Soalan saya, tak pe ke dia mahu makan cerelac nestum sahaja? Saya risau. Saya cuba beri dia bubur kosong, mcm mcm letak sayur, ayam dan sebagainya tapi dia tetap tak mahu, tolak. Saya takut klu ada effect makan cerelac hri hri. #pleasehelp #bantusharing #firstbaby