Air Ketuban
Hai , Nak tanya macam mane nak tambah air ketuban ? Tadi pagi scan Dr kate baby Ok cuma padat dalam perut . Air ketuban kurang. Sye dah 19mngu2hari . Risau sangat ni first baby . ??
Salam sejahtera puan. Tidak banyak yang seseorang ibu boleh lakukan untuk menambah air ketuban kerana punca kekurangan air ketuban ini sedikit kompleks. Namun begitu, anda boleh memastikan kawalan gula dan tekanan darah sekiranya anda mempunyai masalah-masalah ini. Ikut nasihat doktor dan patuhi dan segera ke hospital sekiranya terdapat tanda-tanda yang membimbangkan seperti keluar air jernih dari faraj yang mungkin menandakan membran amnion yang bocor. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Đọc thêmMasa sy kena admit wad sebb leaking air ketuban ritu , nurse suruh suami sy belikan tembikai utk sy mkn . sebb bila leaking tkut air ketuban kurang . mnum air kelapa pun bole tp atas 7bulan nurse kata .
Sy ms hamil banyak mkn buah yg banyak air..lpas tu banyak minum air masak, banyak mkn sayur, air ketuban sy banyak ms hamil anak pertama, sampai ms pecah ketuban pon banyak 3x kuar..tp mmg banyak..
Minum air masak byk2 sis. Sblm ni waktu sy preggy pn saya kurang air ketuban. Doktor cuma suruh mnum air byk2. Dia kata at least 1.5L sehari.
Kawan sy makan tembikai 1 biji sehari.. nak dekat due doc cakap air ketuban dia terlalu bnyak.. boleh makan tembikai tapi berpada-pada..
Minum air sekurang kurangnya 1.5litre sehari. Kalau boleh minum 2litre, minum lah. Memang akan terkencing. Tp banyak faedah nya
Air ketuban awk kurang tu banyak mana? Sy pon ada masalah yang sama. Risau jugak. Sekarang saya dah 22 minggu ++
Banyak kan minum jus delima mommies, insyaallah nanti okay. Saya dulu macam tuh juga. Goodluck mommies semua
Anak 1st sy dlu air ketuban kurang..36weeks..doc suggest induce..sakitnya Allah sja yg thu...
Minum air secukup nya and ada orang cakap makan tembikai
Preggers