Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Mummy to one daughter
Wean off for daughter
Ibu2 dekat sini boleh share tak macam mana korang wean off? Dari baby sampai ke besar mmg susu badan je. Skrg dah besar 3y+ dah tapi still nak susu badan bila tidur. Kalau tak tidur takde masalah bagi susu botol. Bila nak tidur je. Letak sirap ke asam ke tk jalan. Nak tido bilik lain pn takleh sbb dari kecik tido dgn saya. Lagipun sy single mom. Ada yg blh share experience? Thank you mommies.
paling lama
Mommy yg fully bf selalu paling lama bila ye period semula after bersalin? Ada yg makan bertahun ke sbb baca google dia kata berbulan bulan je. Risau plak
Pantang/menyusu
Salam. Nak tanya la ye, saya baca dalam google ibu pantang atau ibu menyusu tak boleh makan sayur mcm kangkung, timun, terung dll. Sebab angin katanya. Tapi bila tgk dalam apps asianparent ni, boleh saje makan. Jadi mcm mana ye? Boleh atau tak ye nak makan timun apa semua tu.
Nama
Salam. Ada sapa2 tahu tak kalau org jpn salah daftar nama anak, blh tukar tak? Ayah saya pergi daftarkan nama anak saya. So sy dah tulis siap2 semua info nama anak apa semua. Balik2 sy tgk nama anak salah eja. Blh tukar tak? Sbb salah dia ? Penat sy pkir nama dr ngandung lg dgn maksud baik2. Kalau salah eja apa jd nya maksud tu ? pleaseee ada spe2 tahu takk
Buang air
Salam ibu2. Boleh ke nak buang air besar guna tandas cangkung? Risau jahitan terbukak. Harini pantang hari ke 7. Risau tak buang air. Lgpun jahit sampai ke blkg. Jahitan pun ada rasa sakit lg
kfc?
Hai semua. Harini saya berpantang hari ke 5. Boleh ke kalau nak makan ayam kfc? Makan isi ayam je. Kulitnya saya buang. Makan isi yg dlm. Boleh ke tak ye?
alhamdulillah
Syukur alhamdulillah selamat lahirkan baby girl 2.68kg pada jumaat 11/10/19 11.42pagi. Tumpah darah tp alhamdulillah semua selamat. Betul lah sakit beranak ni hanya Allah je yg tahu. Mmg sakit tp mummy kena kuat. Nak jumpa baby kena kuat ye mummy. Semoga semua urusan dipermudahkan ?
Kena seluk
Tadi pukul 3.50pagi mcm ada rasa leaking. Taktau sama ada air ketuban atau air kencing sbb masa tu baring and bila bgn dah stop. Byk juga yg keluar. Sy try bau tp takde. So sy prgi je hospital check tkut2 mmg leaking. Check contraction mmg ada tp bila seluk, jalan blm buka. Sakit ye kena seluk. Sampai keluar darah. Mgkin luka. Lpstu dktor suruh balik. Start dr balik tu perut mmg sakit smpai ke pinggang. Mula2 mcm 5mnit skali. Lama2 dia dah jd makin kurang. Mungkin ke ni tanda2 nak bersalin dah dekat? Ni 37minggu5hari. Berdebar rasanya.
kain batik ke
Nak tanya la masa mommy2 semua pergi hospital sebab dah turun tanda bersalin, mommy semua pakai kain batik terus ke dari rumah? Sbb akak cite ada yg dtg hospital tk pakai kain batik, nurse marah dia.
Tak minum air masak?
Nak tanya, doktor cakap sehari dalam 1.5L kena minum air masak. Masalah sy skrg tak boleh mnum air banyak nanti kembung loya. Tak kisah lah air suam ke panas ke sejuk tk blh nak terima. Boleh ke kalau sy letak air masak tu dgn limau kasturi tanpa gula? Dikira sbagai mnum air masak 1.5L jugak tak? Ke kena mnum air masak jugak ? sbb lg 2mggu nak 37mggu kalau air ketuban kurang kena paksa bersalin. Skrg dah 35mggu 6hari. Tgh risau..