Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
mom to be soon
preterm
Salam. Nak tanya, ada tak mommy kat sini yang lahirkan baby preterm? Bape weeks dan kenapa?
Kencing kotor
Mommy kat sini ada tak yang pengalaman kencing kotor? Kencing tak lawas pastu kerap sangat nak kencing, lagi lagi time malam. Ada masa rasa sakit juga. Air kencing pun rasa nak keluar je, sampai kena pakai pad. Ada tak tips lain untuk bagi ok selain makan ubat doktor? Ubat doktor dah ada cuma ingat nak ikhtiar cara lain juga.
Threathened miscarriage, low lying placenta, air ketuban low
Assalamualaikum mommies. Saya mohon doakan saya. Harini dah 10 hari warded. Threathened miscarriage. Pendarahan dah hampir sebulan. Setakat ni baby okey. Bila scan doktor kata, uri saya kat bawah. Low lying placenta. Pastu Cervical errosion. Dan yang terbaru air ketuban saya rendah. Doktor tahan ward lagi harini sebab suruh monitor air ketuban. Mohon sangat petua dan tips dari mommies kalau ada yang boleh share camna nak elokkan balik paras air ketuban. Mohon doakan saya dan baby dalam kandungan juga ya. Moga kami kuat sampai akhirnya.
Bleeding
Siapa ada pengalaman bleeding masa mengandung? Boleh share sikit tak pengalaman korang? Saya ni dah 19 weeks but still bleeding.
Tambah air ketuban
Maaf nak tanya, ada tak mommy yang berpengalaman air ketuban kurang? Tahu tak cara macam mana nak tambahkan air ketuban bagi banyak.
Bleeding semasa hamil - Ancaman keguguran
Mohon mommy doakan saya dan kandungan (14 weeks) selamat sampai akhirnya. Awal pagi semalam, ada berlaku pendarahan kat rumah. Ada darah beku juga keluar. Pegi kecemasan, doktor check manual, masukkan speculum dan scan, alhamdulillah kandungan masih selamat. Warded sekejap pagi sampai petang. Balik rumah semalam, bleeding lagi. Tapi kuantiti lebih sedikit. Pergi kecemasan, macam biasa doktor check manual, masukkan speculum dan scan, alhamdulillah kandungan masih selamat. Doktor suruh balik, doktor cakap ada luka sikit kat bawah bahagian rahim. Tapi insyaAllah akan sembuh. Doktor minta monitor pendarahan di rumah. Jika makin teruk, baru pergi hospital balik. Ada tak mommy yang pernah alami situasi sama macam saya ni, bleeding masa mengandung? Boleh share tak apa yang mommy buat untuk kurangkan pendarahan ni?
Due April 2020
Sape kat sini due dia bulan April 2020 nanti? Boleh share tak tarikh bila due tu? Saya insyaAllah 7/4/2020 ☺️ Ada tak sesiapa tarikh sama macam saya?
Ubat Zincofer
Assalamualaikum mommy. Nak tanya, ada tak mommy yang makan ubat zincofer tapi macam mual, muntah je lepas makan ubat tu? Mommy buat apa ya? Boleh tak kalau kita mintak tukar kat klinik nak mintak ubat lain? ?
Kaki lenguh
Assalamualaikum. Nak tanya mommies, normal ke kalau awal trimester kedua ni kaki kita lenguh je? Ada tak cara macam mana nak hilangkan rasa lenguh tu?
Tak lalu makan
Asslaamualaikum mommy. Maaf nak tanya. Kalau masa hamil, mommy tak lalu makan, apa mommy buat ya? Atau boleh tak share tips macam mana nak bagi ada selera makan? Saya hamil 13 minggu, tapi memang xlalu makan. Cuba sumbat, tapi tetap xlalu juga. Bila makan asyik rasa nak muntah semula je. Mulut rasa tawar je.