Penattt....
Hai ibu2, saja nak meluah. Give up dah rasanya nak jaga baby high demand ni. Xtaw lah dia ni nak apa. Tu tak kena ni tak kena. Bukan suruh buat kerja pun, bagi susu, main kejap tido je la.. Ni melalak je kejenye. Rasa nak tekup pakai bantal pun ada.. Penat dah badan mental semua.. Rasa lambat sangat baby ni nak besar.. Entah la, nak tulis apa lagi pun saya xtahu. Rasa nak menjerit xkeluar suara.. Penat lah, penat penat...
ya sis, saya pon faham perasaan sis. anak ke3 saya pon HD. 1st time jaga baby, kita yg asik menangis sebab tak tahu nak buat apa dah bila dia menangis tak berenti. banyakkan bersabar, istighfar dan tarik nafas dalam2.. alhamdulillah, masuk bln ke4 dia beransur menjadi mudah. skrg nak masuk 7 bulan..anak yg sgt mudah diuruskan dan sentiasa tersenyum riang.
Đọc thêmanak sis tu baby lagi..mana dia tau ape lagi takkan lah sampai nak tekup sis kena sabar ..saya tak faham bila baby bawah setahun ni nk Kene marah sebab dia tak tau apa-apa..saya marah anak yg 5 tahun nak masuk tido Sy minta maaf..anak ni tetamu bukan selamanya dia berkepit dengan kita bila dh besar dia akan pergi dengan kehidupan dia sendiri
Đọc thêmtry buai sis.insyaallah nanti dia akan tdo lena kot.sis pn boleh rehat. sabar dan terus sabar jela.kte semua ad pengalaman menjadi seorang ibu.jdi ibu bukan mudah seperti suami kite sangka tu.tambh lg perkembangan ank xsama.sy dulu pn pernah rse sters walaupun suami sy ad je kt sebelah tpi dia xmembantu.tiap hri sy mngis.
Đọc thêmSekadar bg oendot.. Sy ibu kpd 3 hero.. Seorg high need.. Mmg rsa ssh mula2 tu.. Tpi jgn sesekali anggap ank iitu satu bebanan.. Anggap ujian Allah untuk naikkan darjat kita...anak yg high need ni bila besar sgt mudah dijaga.. Dengar ckp dn mudah ikut arahan.. Alhamdulilah
High demand mmg mcm tu lah. Anak i dua2 mcm tu. Tp percayalah. Makin besar makin senang dijaga. Bijak, byk akal. Anak sulung i dia sangat obedient dh besar ni. Sayang sgt kat dia. Rasa bersalah pulak masa kecik asyik la mak dia ni mental. I can assure u that u are not alone in this. But time shall pass, you will get through this!
Đọc thêmSamalah sis. Menyusu sudah, tuka pampers sudah, urut perut sudah. Nk arapkan org lain jaga, memang nanti melalak habis sama juga ibunya yg kena habiskan pujuk. Sy dh bbrp kali rasa give up sgt. Nk lari dari rumah pun ada. Suami sy pun buat masa ni PJJ. Saya tertekan sgt tambah lagi anak sy mcm berkahak. Stress sgt2
Đọc thêmhai sis, anak sis sekarang mcam mana? still menangis ke? anak saya sekarang Alhamdulillah dah ok. tu pun lepas mil pegi buatkan air tawar, org tu cakap anak saya terkejut masa lahir, semangtnya hilang. tu yg asyik nangis. lepas je mandi air tawar tu alhamdulillah dengan izin Allah lelap terus dia tido malam tu.. Allah.. gembiranya rasa, kalau tidak rasa macam nak meroyan dah..
hi puan, saya pun pernah rasa benda yg sama. saya fhm kita tkthu apa hendaknya, tpi bby tk boleh bercakap so kene cuba sesuatu smpai dia ok & selesa. try & error la gitu, pastu kalau penat cuba luahkan dkt suami apa yg puan rasa. at least boleh gilir2 jaga sekejap so puan boleh take time utk chill kan diri
Đọc thêmSaya pernah terpukul.. ALLAH rasa bersalah sangat hmmm 😭 lama2 saya cuba usaha kawal emosi. Tpi anak mcm ni kita kena mnta bantuan orang lain juga. Takleh sorang2. Mental jadinya.. Cri bantuan sis kalau tk tahan. Adik beradik atau kawan2 yg pandai handle..
ye, sebab kita manusia ada emosi.. kejap geram kejap ok.. nak kawal susah xkawal susah.. kuatkan lah jua diri ni.
awak byk2 sabar ye .. istighfar .. sy pernah alami jugak mcm awak .. masa anak membesar sekejap je .. percayalah .. mintak bantuan suami dan keluarga terdekat .. anak tak salah .. mmg fasa mereka begitu .. makin besar , dia akan makin ok .. Kuat ye mummy 🫶🏻
ye sis, saya xsalahkan anak pun. cuma rasa burn out je.. tu yg meluah kat sini. kadang tgok baby nangis ni kesian, entah apa xkena xboleh nak bagi tahu, boleh nangis jer.. tq sis singgah komen
Mommy ,, saya faham sgt sbb anak saya smpai umur 3 tahun menangis je . Pergi rmh orang pin segan sbb asyik nangis . Last2 saya hantar rumah pengasuh walau saya suri rumah . At least dkt rmh pengasuh dia x berani nk nangis2. Jd saya boleh rehat smpai petang
😢
mommy, awak kuat 💪🏻 please jgn pendam sorang2 n luahla kat pasangan. minta pasangan tolong sekali uruskan anak kalau betul2 perlukan pertolongan. sabar ye mommy. Insya-Allah nanti dah besar sikit mesti dah ok tu baby.
mudah mudahan..