LAPORKAN SEBARANG PERBUATAN BULI DAN TINDAKAN TIDAK WAJAR KEPADA KAMI

Hai ibu ayah! Kami menerima banyak maklum balas dan aduan tentang ketidakselesaan para ibu ayah yang menerima kecaman dan balasan jawapan yang bersifat menghukum, memerli, dan penuh negativiti. Ingat, komuniti theAsianparent ialah ruangan selamat untuk ibu ayah berkongsi, bertanya atau memberi pendapat. Tiada ruang untuk menghukum mahupun membalas pertanyaan dengan jawapan tidak sensitif, malah provokatif. Ruang ini adalah untuk membantu ibu ayah yang mempunyai kerisauan dan inginkan saranan. Boleh jadi apa yang anda sudah ketahui, masih belum diketahui ibu ayah yang lain. Jadi, jangan salah gunakan ruang ini untuk menghukum dan memberi komen berbaur perlian dan hinaan. Kepada ahli komuniti yang baru, kami menyediakan fungsi ‘search/cari’ pada ruangan atas, bahagian kanan aplikasi. Anda boleh memanfaatkan fungsi search ini bagi mengetahui pelbagai komen, pendapat, dan saranan untuk pelbagai soalan dan situasi yang dialami ibu ayah sebelum ini. Gunakan fungsi ini kerana ia sangat membantu jika anda perlukan pendapat dan saranan segera. Rujukan doktor dan pakar adalah amat disarankan jika ibu ayah mengalami ketidakpastian, kerisauan, dan mengalami simptom serius. Kami akan terus memantau ruangan komuniti theAsianparent demi menjaga kesejahteraan bersama dan terus sebarkan ‘positive mommy vibes’ kerana perjalanan kehamilan dan keibubapaan yang kita lalui sudah cukup menyukarkan. Kami di sini, ada untuk anda! Salam kasih, Team theAsianparent

44 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

❤️❤️❤️

Super Mom

Baik admin 💕

👍👍👍

👍👍👍

Thành viên VIP

Baik admin!

👌🤗

Thành viên VIP

🤗🤗

Super Mom

👌👍

👌👍

Super Mom

👌👍