LAPORKAN SEBARANG PERBUATAN BULI DAN TINDAKAN TIDAK WAJAR KEPADA KAMI

Perhatian pengguna! Kami menerima beberapa laporan tentang post anda di ruangan komuniti yang berbaur perlian dan menyinggung perasaan ibu bapa lain. Maklum balas diterima juga rata-rata mengadu tentang ketidakselesaan mereka menerima kecaman dan balasan jawapan yang bersifat menghukum, memerli, dan penuh negativiti. Ingat pengguna, ruangan komuniti theAsianparent ialah ruang selamat untuk ibu ayah berkongsi, bertanya atau memberi pendapat. Tiada ruang untuk menghukum mahupun membalas pertanyaan dengan jawapan tidak sensitif, malah provokatif dan mengajak pengguna lain berbahas dengan anda. Ruang ini adalah untuk membantu ibu ayah yang mempunyai kerisauan dan inginkan saranan, tidak terhad kepada tentang ibu dan bayi sahaja. Boleh jadi apa yang anda sudah ketahui, masih belum diketahui ibu ayah yang lain. Jadi, jangan salah gunakan ruangan ini untuk menghukum dan menabur komen-komen yang tidak membantu. Kepada ahli komuniti yang baru, kami menyediakan fungsi ‘search/cari’ pada ruangan atas, bahagian kanan aplikasi. Anda boleh memanfaatkan fungsi search ini bagi mengetahui pelbagai komen, pendapat, dan saranan untuk pelbagai soalan dan situasi yang dialami ibu ayah sebelum ini. Gunakan fungsi ini kerana ia sangat membantu jika anda perlukan pendapat dan saranan segera. Rujukan doktor dan pakar dengan kadar segera, amat disarankan jika ibu ayah mengalami kerisauan, simptom serius, dan ketidakpastian. Tolong beri kerjasama, dan ingat ruangan ini BUKAN HANYA UNTUK TATAPAN ANDA SEORANG SAHAJA. Jadi, silalah bertimbang rasa. Yang prihatin, Team theAsianparent Malaysia

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Super Mom

👌👍

👍