TIP BERGUNA BAGI MENANGANI ANEMIA
Disclaimer : Saya seorang guru, saya bukan doktor. Tip ini dikongsi berdasarkan pengalaman dan amalan peribadi. Terpulang kepada pembaca untuk memanfaatkannya. 1. Banyakkan makan sayur bayam yang jenis bayam merah. 2. Minum jus buah delima yang dikisar segar dengan campuran satu sudu gula atau satu sudu madu lebah untuk mengurangkan rasa masam dan kelat. 3. Makan makanan laut seperti kerang yang dimasak ikut menu kesukaan tetapi tidak terlalu kerap. 4. Jika boleh makan hati ayam atau hati lembu, makan. Jika tidak boleh atau tidak suka, abaikan. 5. Makan tablet vitamin yang mengandungi iron terutamanya setelah mendapat nasihat doktor. Bau tablet iron ( zat besi ) seperti ikan jika baru pertama kali memakannya. Pengambilan kerap akan menyebabkan najis menjadi hitam. Ianya adalah normal kerana iron ( zat besi ) berkenaan sudah diserap masuk ke tubuh. 6. Kurangkan pengambilan garam dan perasa tiruan. 7. Kurangkan minum minuman berkarbonat dan manis. 8. Amalkan meminum jus dari buahan segar yang mengandungi vitamin C tinggi. Jika malas untuk menyediakannya, memadai dengan memakan Vitamin C dalam bentuk tablet. Paling utama, pastikan makan makanan seimbang yang mengandungi protein, vitamin dan karbohidrat yang seimbang.