Ros_Asrar profile icon
BạcBạc

Ros_Asrar, Malaysia

Contributor

Giới thiệu Ros_Asrar

An Ambitious Teacher and A Wise Wife

Bài đăng(14)
Trả lời(2)
Bài viết(0)

DEPRESI

Disclaimer : Saya bukanlah seorang doktor. Saya seorang yang suka berkongsi pandangan. Depresi adalah masalah psikologi yang tidak dapat dikesan kecuali melalui ujian klinikal dan ujian psikologi. Depresi berlaku tanpa disedari. Tahun 2019, mencatatkan peningkatan kes bunuh diri kerana depresi. Antara punca gangguan psikologi sehingga menyebabkan depresi : 1. Masalah di tempat kerja. 2. Masalah dengan pasangan. 3. Mendapat komen dan kritikan yang tidak membina. 4. Kurang keyakinan diri 5. Tekanan kos sara hidup. 6. Kekangan masa berkualiti. 7. Tidak cukup rehat. Bagaimana mengenali depresi? 1. Perubahan tingkahlaku. 2. Kemurungan 3. Tidak bersosial. 4. Terlalu menumpukan pekerjaan. 5. Insomnia 6. Sering berfikiran negatif. Bagaimana mendepani depresi? 1. Berkongsi masalah. 2. Mendapat khidmat nasihat pakar psikologi. 3. Menukar gaya hidup. 4. Bersenam 5. Menjaga solat lima waktu. 6. Berdoa 7. Mengisi masa berkualiti dengan diri sendiri dan keluarga selepas waktu bekerja atau hujung minggu. 8. Melancong dalam negeri atau luar negara sekiranya berpeluang. Pandangan tentang masalah depresi. Manusia bukanlah makhluk yang sentiasa gembira. Akan tetapi, manusia juga memerlukan sokongan dan dorongan untuk menjalani kelangsungan hidup. Allah SWT menciptakan manusia sebagai hambaNya yang menerima ujian. Apa sahaja ujian, solat adalah keutamaan dalam memupuk hati yang gelisah. Kepincangan dalam beribadah akan membuang keseimbangan tubuh. Tidak percaya? Cuba semak diri ketika datang haid. Bukan setakat lemah dalam mengawal amarah tetapi sikap akan berubah 360°. Bukan semua orang, segelintir manusia bergelar wanita begitu.

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

SANGKA BAIK DENGAN ALLAH SWT

Sebagai manusia, aspek bersangka baik dengan Allah SWT sering kita abaikan. Tambahan lagi apabila kita menjadi hamba pilihanNya dengan ujian tiada zuriat. Siapa kata saya tidak pernah merungut? Seringkali. Namun pada yang sama, saya juga kembali mengimbau hikmah disebalik apa yang berlaku. Kehidupan seharian dengan simbahan mentari petanda masih ada kesempatan menjadi lebih baik. Selagi itu pintu maghfirah masih terbuka luas. Mensyukuri kehidupan adalah dengan memulakan hari dengan lafaz yang baik dan ibadah kepadaNya. Setiap pagi, dalam perjalanan ke sekolah saya akan merancang apa yang perlu dan mesti saya lakukan sepanjang hari. Disamping melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah SWT ini. Terkenang juga saat saya menjawab persoalan anak-anak tentang bertemu di sebuah bukit kelak yang jauh berbatu dari daerah ini. Mereka bertanya manusia akan ada kuasa apa untuk tiba sedangkan ketika itu kita sedang menyelamatkan iman. Jawabku dengan kuasa iman. " Super Iman ", itu kuasa kita. Maka, cek kembali relung hati. Layakkah kita menempatkan diri dalam SyurgaNya sedang kita tidak tahu amal yang mana satu akan membawa kita. Mereka yang ada anak akan menjawab persoalan tentang tanggungjawab terhadap anak masing-masing disamping persoalan diri sendiri. Anak datang dengan amanah. Bukan sekadar di dunia tetapi akhirat juga. Masih mahu menjauhkan hati dari Allah SWT? Bersangka baik biar setiap hari merintih dan menangis. Mengadulah kepada Allah SWT. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Đọc thêm
Thành viên VIP
 profile icon
Viết phản hồi

MENANGANI GANGGUAN KECEMASAN ( ANXIETY DISORDER ) SEBAGAI SEORANG MUSLIM

Disclaimer : Saya seorang guru, bukannya seorang doktor. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda: الشَّيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ ، فَإِذَا ذَكَرَ اللهَ خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ Maksudnya: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.” Rujuk kitab Fath al-Bari oleh Imam Ibn al-Hajar al-Asqalani (8/614) Anxiety Disorder atau gangguan kecemasan diantara gangguan psikologi yang menyerang seseorang individu dengan panik, bimbang, takut, risau dan gugup yang melampau. Gangguan ini tidak mustahil akan menyerang sesiapa sahaja termasuklah seorang ibu atau wanita. Apatahlagi wanita yang memiliki hati yang lembut. Antara pentanda serangan ini ialah sukar bernafas, sentiasa berasa risau dan takut, berpeluh dengan banyak, sukar tidur, otot menegang, masalah pencernaaan, terlalu was-was dan tidak ada keyakinan diri. Sebagai seorang Muslim, terdapat banyak cara bagi menangani gangguan kecemasan. Antaranya ialah bertenang dan menarik nafas satu demi satu, berfikiran baik ( husnuzon ), mengambil air wudhu dan mendirikan solat, membaca Al-Quran, meluahkan kegusaran kepada Allah SWT ketika berdoa dan berkongsi masalah dengan pasangan atau ibu bapa atau rakan yang dipercayai, sentiasa berdamping dengan para ulama' dan orang soleh dan menghadiri majlis ilmu. Bertepatan dengan firman Allah SWT : إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya”. (Surah al-A’raf: 201) Oleh yang demikian, sekiranya diserang gangguan kecemasan hendaklah segera kembali Allah SWT. Dirikanlah solat. Solat adalah tunjang dalam kehidupan. Solat akan menjadikan akal dan badan sihat. Solat akan menjadikan seseorang berfikiran lebih positif selain daripada ianya tuntutan Rukun Islam yang wajib dilakukan. Jika tidak mendirikan solat, ruh akan kosong. Rumah yang kosong akan dihuni oleh makhluk Allah SWT yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Begitu juga dengan ruh. Ianya perlukan makanan ibadah seperti solat, zikir, selawat dan doa. Sebagaimana tertibnya dalam mengawal rasa amarah. Jika berdiri, hendaklah duduk. Jika duduk, hendaklah berbaring. Jika tidak mampu juga, ambillah wudhu. Air wudhu dengan sifatnya sejuk akan memadamkan rasa amarah yang bersifat panas. Firman Allah SWT: وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada Aku supaya mereka mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah: 186) Akan tetapi sekiranya masih diserang gangguan kecemasan dalam jangka masa yang lama, segeralah ke hospital atau klinik berdekatan. Buang rasa takut dan malu. Dapatkan bantuan daripada pakar. In Shaa Allah, mereka yang ahli dalam bidang ini akan dapat membantu. Jangan lupa untuk menjaga 3S iaitu Solat, Sabar dan Selawat agar menjadi seorang Muslim yang optimis.

Đọc thêm
Thành viên VIP
 profile icon
Viết phản hồi