11 June 2020

Dah seminggu berlalu..rasa macam baru semalam jadi, takkan saya lupa rasa gembira saya dengan husband masa mula-mula tahu sy positive pregnant. Excited sangat sampai buat 4 kali check upt, siap beli brand lain-lain utk pastikan betul-betul before pergi check dekat klinik 🥰 Sepanjang masa berdoa Allah jaga kandungan saya, bagi sy kuat, bagi baby dalam perut bertahan sampai dia lahir, tapi siapa lah kita untuk menidakkan takdirNya kan? Sy redha..bila dapat tahu baby stop growing masa dah 9 weeks, and doctor tak dapat detect heartbeat baby, saya sedih yg teramat sangat. Doctor suruh datang lagi another 2 weeks untuk repeat scan..Tapi akhirnya tak sampai 2 weeks baby dah turun sendiri..khamis malam jumaat minggu lepas dia keluar habis without D&C, Alhamdulillah Allah mudahkan urusan saya..Selamanya dia akan menjadi my first baby..in syaa Allah saya kuat, Terima kasih Allah atas kurniaan yg tidak ternilai, walaupun hanya bertahan 11 weeks tapi saya percaya semua yg berlaku mesti ada hikmahnya. Sekarang dlm tempoh berpantang, doctor recommend utk tunggu 3 months bagi rahim betul-betul sihat sebelum plan untuk conceive next pregnancy. Doakan saya dan suami dikurniakan zuriat yg soleh solehah, dan untuk semua pasangan yg masih menunggu zuriat dr Allah.. ♥️♥️♥️

8 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Aamiin