Resepi Epal, Pic Kering dan Kurma Untuk Bayi 6 Bulan
Bila anak dah masuk usia 6 bulan tentu rasa excited kan nak buat makanan mereka, betul tak ibu? Apa kata ibu try pula respi epal, pic kering dan kurma ini pula, mana tahu si kecil suka! Bahan-bahan: • 1 biji epal merah • 4-5 pic kering • 1 biji kurma Cara memasak: 1. Potong dadu epal. 2. Hiris kasar kurma dan pic kering. 3. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan 4-6 sudu air. 4. Renehkan semua bahan selama 10 minit sehingga lembut. 5. Setelah lembut, kisar semua bahan hingga sebati di dalam mesin pengisar.