Resepi Puri Pisang + Pear
Mommy mesti excited kan bila bayi menginjak ke usia 6 bulan. Mestinya pelbagai resepi puri bermain-main di fikiran. Apa kata mommy cuba resepi puri buah pisang dan pear ini mana tahu si kecil suka! Bahan-bahan: 1 ulas pisang 1 biji pear Cara menyediakannya: Potong pisang berbentuk kiub dan kecil. Potong dadu sebiji buah pear (buang kulit) Rebus atau kukus selama 5 ke 6 minit buah pear untuk bagi lembut. Campur kedua-dua buah ini. Kemudian kisar halus. Puri siap untuk dihidangkan.