Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Mama Singa?
Ada tak sini group mak2 sabah?
Ada tak grup wasap mak2 sabah ni?
Nak Tanya Mom2 Semua..
Mcm mana tanda2 kehamilan kedua mom2?
Huhuhu
Cantiknya Barang2 Baby Dalam Senarai Ganjaran. Tapi Saya Platinum Huhuhu.. Boost Pun Saya Dah 2-3 Kali Tebus Tapi asyik memaparkan bahawa saya dah tebus.. Saya dah 3 bulan x boleh tebus..
Perangai baby 6bulan anda..
Ada sesiapa yang babynya dah 6bulan? and dah tumbuh gigi pertama? apa perangai anak korang ya wktu d ambang giginya tumbuh..?
bacalah ini
"Air ketuban pecah. Apa nak buat?" --------------------------------------------------- Ramai ibu-ibu bertanya di media sosial dan meminta pencerahan dari ibu-ibu yang lain. Apakah jawapan-jawapan yang di terima oleh ibu-ibu yang bertanya? -------------------------------------------------- Terdapat jawapan daripada ibu-ibu yang lain yang begini: Jawapan 1: Awak tak tahu apa nak buat sebab tak pergi kelas dengan CBE, saya pergi ke kelas. Saya tunggu saja di rumah sampai surges datang. Surges datang 5 hari selepas air ketuban pecah tapi sikit-sikit saja. Saya tunggu 14 hari baru masuk hospital. Jawapan 2: Air ketuban keluar tak apa, tambahkan minum untuk tambah air ketuban. Kalau minum air cokelat boleh merangsangkan otak bayi. Jawapan 3: Ada dua lapis kantong. Kalau satu lapis saja pecah tak apa. Minum saja air kelapa. Jawapan 4: Kalau keluar sikit-sikit saja tak apa. Kalau keluar banyak pergi ke hospital Jawapan 5: Kalau nak mengelakkan jangkitan kuman, ambil vitamin C. ------------------------------------------------- Terdapat jawapan dari doula/CBE pula yang begini: Jawapan 1: Kalau tak tau air ketuban ke tidak, bau saja, "Amniotic fluid sweet smell" Jawapan 2: Boleh tunggu sampai 72 jam sebelum Doktor induce. Jawapan 3: Tunggu saja sampai surges 5:1:1 baru pergi hospital. --------------------------------------------------- Semua jawapan-jawapan di atas ialah nasihat yang salah. Sangat membimbangkan jika ibu hanya dengar cakap orang yang bukan doktor O&G atau bidan bertauliah. Apakah perbezaannya jawapan-jawapan di atas dengan jawapan dari doktor? Doktor-doktor tidak akan samakan semua ibu-ibu di bawah satu kelompok dan memberi nasihat yang sama kepada semua ibu-ibu. Doktor akan menilai kesihatan setiap ibu dan janin perseorangan dan memberi nasihat yang berlainan untuk setiap ibu. Ini lah yang dinamakan individualised care. Jika anda menerima satu nasihat umum yang sama untuk semua ibu-ibu, tanpa penilaian atau pertanyaan yang lain, ini bermakna nasihat yang anda terima bukanlah yang terbaik untuk anda. 1) Ramai ibu hamil yang berasa seperti ada air mengalir keluar, tetapi sebenarnya satu pertiga daripada ibu-ibu ini belum lagi pecah air ketubannya. Terdapat tekanan di atas pundi kencingnya yang menyebabkan air kencing terkeluar (ini dinamakan stress incontinence). Sila ke hospital untuk mengenalpasti sama ada air ketuban betul-betul pecah. Tidak ada apa tindakan jika air ketuban belum pecah, doktor akan suruh balik rumah. 2) Jika yakin air ketuban sudah pecah, tidak pernah pun saya lihat ibu-ibu, doula-doula di social media yang bertanya ibu sama ada pergerakan janin itu aktif seperti biasa. Ini penting kerana jika pergerakannya kurang aktif, sila jangan tunggu di rumah. Kedudukan tali pusat baby itu penting selepas air ketuban pecah. 3) Jika yakin air ketuban sudah pecah, tidak pernah saya lihat ibu-ibu atau doula bertanya, apakah janin ini masih pramatang (sebelum 37 minggu kehamilan), kerana untuk janin yang sangat pramatang, ibu memerlukan suntikan steroid untuk merangsangkan kematangan janin dengan lebih cepat lagi. Ibu memerlukan antibiotik sebab 40% (40 di dalam 100) janin pramatang yang pecah air ketuban, air ketubannya pecah disebabkan sudah ada jangkitan kuman bakteria walaupun ibu tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat dan ibu tidak demam. Ini juga penting kerana jika sangat pramatang, doktor perlu mencari ventilator di unit rawatan rapi, dan anak pramatang yang dilahirkan memerlukan bantuan. 4) Jika yakin air ketuban sudah pecah, adakah ibu-ibu dan doula bertanya sama ada janin ini berkedudukan betul (kepalanya di bawah, bukan songsang atau melintang), sebaliknya terus membuat andaian dan suruh tunggu di rumah sahaja. 5) Tidak ada ibu-ibu lain dan doula yang bertanya jika ibu ini sihat, apakah suhu badannya, apakah tekanan darah ibu, apakah kelajuan denyutan nadi ibu untuk memberikan penilaian yang sewajarnya dan nasihat yang paling selamat untuk kedua-dua ibu dan janin. 6) Tidak ada ibu-ibu dan doula yang bertanya sama ada ibu ini mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, pernahkah menjalani pembedahan Caesar sebelum ini, di manakah kedudukan uri, adakah pembesaran janin selama ini memuaskan, adakah ibu ini pembawa bakteria GBS? Ibu-ibu semua fikirkanlah sendiri. Jawapan yang terbaik sekali yang saya lihat yang diberikan oleh ibu-ibu lain ialah: "Pergilah ke hospital untuk mendapat penilaian yang sepenuhnya." Saya mengucapkan syabas dan ribuan terimakasih kepada semua ibu-ibu yang memberikan ibu kita nasihat supaya ke hospital, tidak kira jika air ketuban keluar sedikit atau banyak, kerana inilah nasihat yang paling selamat dan bertanggungjawab daripada masyarakat kita. Dr Imelda Balchin Pakar Kesihatan Wanita
BETIRU AKU INGIN BETUTUR..??
SIAN KAM JOMO BAJAU SAMAH..NIAK KISAH LAKAT MINGGO..CUBA KAM NGOMEN LAKAT MINGGO KAM..??
Gigi tumbuh
Ada tak ibu2 sini..bayi tumbuh gigi sekitar umur 2-3bulan. Boleh share pengalaman tak apa simptom2nya.
Demam dan selesama semasa menyusukan anak.
Assalamualaikum mummy2 semua. Bolehkah mengambil ubat selesma semasa mnyusukan anak? Ada yg pernah tak?