Berpantang Anak Pertama Sendiri

Assalamuaikum, nak tanya pengalaman mommies yang berpantang anak pertama sendiri. Apa persediaan yang perlu buat? Boleh share tips tak? Terima kasih mommies ♥️

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

hi mommy, 1st mental kena kuat. sy da lalui fasa ni tahun lepas. berpantang sendiri dgn bantuan en suami. kalau mampu, hire CL. mcm sy, anak kena sakit kuning la. dala tgh berpantang pula tu. hari ke-3, da kena pergi KK. lepastu kena pula bengkak susu 🥲. sakit sangat klu kena bengkak susu. anak 1st, tak reti lagi anak nak myusu badan. bab mkn, en suami tolong masakkan. masak menu simple² je. contoh sup ayam dgn sayur. add buah²la. masa dlm berpantang, mkn kena jaga. part luka lepas bersalin, sy buat rendaman sendiri. guna produk Fatimah Sitz Bath Kit utk sembuhkan luka sbb sy bersalin secara normal. suami isteri kena saling tolong menolong kalau anak terjaga tgh mlm sbb nak susu. masa tu, sy bg anak minum dlm susu botol. susu formula mix bf. kiranya terpaksa jadi epmom. stress juga masa tu, sy terpaksa pam susu sbb sakit sgt. kena byk bersabar. kdg rasa cm nak mgamuk je. nasib baik en suami tolong jagakan anak. dgn stressnya kuning anak x hilang. nak sebulan juga baru settle. lagi satu, sy upah tukang urut selepas 14 hari. urut satu badan dan buat urutan bhgn breast utk lancarkan penyusuan. hari² sy cuba myusukan kat anak tp anak x reti 🥲. cm nak nangis je. bila hari 42, anak da pandai myusu. now anak umur 11m. masa berpantang tu, family terdekat sahaja yg boleh melawat dan semua non-smoking. dengan musimnya skrg cuaca panas, kalau nak bawa anak kuar jalan wlupun mommy da habis pantang, yang sebaiknya tunggu umur anak 6 bulan keatas. kalau nak jalan juga, pergilah tempat yang bukan ramai org. maklumlah zaman skrg mcm² penyakit. kalau baby kena sakit demam ke, selesma or batuk, kite da susahati. kalau x larat jaga anak seorg², minta bantuan kat suami atau family terdekat.

Đọc thêm

Waalaikumussalam. Saya ada pengalaman pantang sendiri dekat rumah sendiri tahun lepas 🙋🏻‍♀️. TBH, okay je, tak stress disebabkan issue orang sekeliling. Cuma husband memang kena ready fizikal & mental untuk jaga kita & baby 1) Saya hire CL untuk seminggu. Masa dengan CL, saya & husband belajar & tanya2 juga tips & cara-cara urus baby, berpantang etc. Boleh guna lepas CL dah tak ada. 2) Kalau nak pakai bengkung, beli yang instant. Senang nak pakai sendiri. https://s.shopee.com.my/9pKF7A62eL 3) Bagi saya paling takut nak mandikan baby sebab first time & baby haluuussss. Jadi boleh beli alat untuk support baby dalam besen mandi dia. Letak baby atas tu masa nak mandikan. Contoh macam ni https://s.shopee.com.my/qJPDVNPe 3) Saya dulu memang tak larat + malas nak masak sendiri. Husband pun tak confident nak masak lauk pantang hehe so saya beli lauk RTE khas untuk pantang. Saya beli kat sini https://s.shopee.com.my/40MS9n8nR4. Memang boleh tahan lama letak dalam fridge, nak makan baru panaskan. Cepat & rasa pun sedap 😋 Boleh tambah kerepek2 pantang macam ni juga https://s.shopee.com.my/8UorX610hX. Makan dengan nasi auto selera 😆 4) Berpantang ni lapar, selalu rasa nak makan. Since tak ada orang yang nak prepare makanan kita selalu, so standby lah biskut, 3in1. Etc. 5) Paling penting masa pantang jaga kesihatan mental & fizikal. Jangan buat kerja terlalu berat, kalau betul2 tak larat, dapatkan bantuan contohnya hire orang kemas rumah ke lipat baju ke etc. Walaupun berpantang sendiri, kita layak berpantang dengan selesa lepas penat mengandung & bersalin :) Moga dipermudahkan urusan

Đọc thêm
2mo trước

Yee lebih kurang je sebab saya pun pantang czer juga haritu 😁

Saya lemah 🤣 tkleh sorang2 sebab baby jenis meragam. Memang kne ada pembantu, kalau tak rasa nk mengamuk je... Hire cl kalau berkemampuan. Kalau tak husband kena tolong. Mcm saya suami banyak membantu alhamdulillah. Kalau saya nak mengamuk suami yang take over. Dh lama2 tu saya belajar kawal emosi skrg boleh jaga sorang2. Jangan paksa diri. Kalau perlu bantuan minta je tolong. Penting sangat2 sebab mummy's takleh stress. Make sure snack sentiasa ada! Always kenyang! Jangan fikir berat badan. Mood kita first. Berat badan or anything else tu lepas baby dh besar sikit baru fikir. Happy wife happy life orang kata 😉if ada orang jenis mulut takleh jaga hati kita minta suami jauh kan mereka. Macam saya memang tak jumpa belah suami sampai skrg kecuali mak abah mertua jeh saya jumpa. Adik beradik annoying. Suami membantu sangat dia izinkan saya bersendirian waktu berpantang tkde sape datang tengok sebab saya selesa macam tu. Susu pon meriah masa dalam pantang. Senang cite emosi mummy's la first 🤣 Good luck!

Đọc thêm
Influencer của TAP

Pastikan suami ambil paternal leave 14 hari termasuk Sabtu Ahad. Sediakan resipi ringkas untuk suami masak selama 14 hari. Menu saya senang je. Nasi dan sup campur ayam/ikan dan sayuran. Settled. Senang suami masak 1 periuk je sup tu. Sediakan barangan senang diambil untuk mandian di bilik air dan keperluan berhampiran puan menyusukan anak, berehat; botol air, kudap2 , tisu, tuala lap dll. Untuk mandikan dan siapkan anak, kena belajar dengan orang yg mahir; family/ jiran/ CL. Minta dia ajar dlm 1 ke 3 hari ke.. Nak belajar cara tenangkan dan tidurkan anak, boleh consult dgn ahli di medsos Baby Language. Nak belajar penyusuan susu ibu, belajar dengan konsultan penyusuan bertauliah / nurse penyusuan di KK (Jika ada) berhampiran. Boleh follow FB HAPPY BREASTFEEDING MALAYSIA atau medsos Owh Didiyana

Đọc thêm

pngalam sy pantang ank pertama sndri dduk flat tingkt 2..laki kena main peranan,utk persiapan..awl2 bgtw laki ajr mcm mna nak handle,cth pagi2 nak kna bwt apa dlu..klw sy pgi2 laki masak dlu siap kan makanan sbb ibu berpantang perlu tenaga dlu..makan sarapan ka..nti nak mkn nasi plk,,siap masak,laki siap kn ank mandik. semua..si ibu plk pergi mandi segar kn badan,bby da sattle si ibu pn da sattle sng da .tngl laki smbung bwt apa yg ptt kms2 rmh ka ,cuci baju .ibu tngl fokus susu kan bby lg2 bby ada kuning nk kena kerap bgi bby mnyusu nk g cek up lg hri2 mnng letih la.pling pnting klw pantang sndri ni..kna bergilir la tdr bngun tu..lg2 malam..bby tk knl siang mlm lg.lg2 nak first ni..mmng mental kna kuat la .bantuan laki sgt2 penting

Đọc thêm
Thành viên VIP

Persediaan tu lebih ke mental je sis, sebab berpantang sendiri suami kena banyak mainkan peranan. First two week badan kita memang sangat2 lemah. Dengan menyusu lagi, nipple crack lagi, anak meragam lagi. Penat sangat. So selain sediakan barang2 keperluan. Sediakn mental yang kuat. Semoga dipermudahkan urusan sis 🫶🏻

Đọc thêm

minggu pertama tu, memang perlu bantuan suami.. boleh cari menu yang simple2 yang husband boleh masak..kalau husband ada kekangan, cari orang untuk masakkan.. Yang lainnya, persediaan mental fizikal.. jangan lupa tukang urut juga.. pentingkan kesihatan diri juga..

bg sy awak ikut je pendapat ibu2 dalam ni. cuma sy nak tambah bila pntang sendiri ni, kalau boleh jangan bagi orang dtg tgk baby lg. sbb time baby tido time tu la awak kena tidur. kalau org dtg nanti awk tk dpt tidur mmg awk akn rasa burnout.

Saya pantang sendiri tanpa bantuan CL. Angkara mak mentua masuk campur saya tak dapat rasa CL. Bersalin czer.. anak sulung.. Kalau takde CL awak perlukan bantuan suami untuk uruskan awak.. sebab awak mungkin akan penat menyusu..

Đọc thêm

Nak tnyaa jugaa kalau rumah sy tu tingkat 3 takde lift boleh tak ibu lepas b’salin naek tangga 😅 ada y kata tak elok utk ibu lepas b’salin . Maaf yaa cumaa b’tnyaa

2mo trước

kena slow2 sungguh lagi2 kalau yg kulit lembut, kalau kulit biasa ok je. kawan sy kulit lembut baru balik dr hospital, kena gi balik sbb koyak, rumah apartment tingkat ke3 jgk naik tangga