Apa perkara pertama sy perlu buat ye? Sy baru lps bersalin emergency ceaser 4pg td. Perlukn smgt

Alhamdulillah semua berjln lancar walaupon tak expect akn caeser. Sbb kn kt labour room lebih 8 jam dan bukaan still 6cm takde perubahan. Rahim tebal sgt. Dr pulak Risau baby dh mula berak. Tapi sy perlukan kata2 nasihat dan semangat dari mommy2 yg ade pengalaman bersalin ceaser. Berapa lama ye sy dan baby akn stay wad selalunye klau ceaser? Mcm mne cara terbaik nk jaga luka ceaser ? Bantu mommy share nasihat utk sy boleh? #seriusnanya #ingintahu #pleasehelp #firstmom #bantusharing

15 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Betul apa yang dikatakan oleh Dr Jason Chin. Kasihan ibu-ibu yang terpaksa melalui tempoh berpantang dalam keadaan tertekan, sembelit sebab air dicatu, suruh minum air herba entah dari mana muncul, luka tak sembuh sebab sapu ubat entah dari mana buat, susu kurang terhasil sebab air disukat-sukat dan banyak lagi. Bila orang dalam pantang makan laksa, dia cakap geng Dr Imelda Balchin, tapi bila kita lihat tukang pantang laksa beratus hari tu, indah kabar dari rupa. Tidak kira siapa pun bagi nasihat, lelaki atau wanita, ada rahim atau tidak, bangsa apa sekali pun, kami-kami ni dah merawat buka satu dua pesakit dan ibu-ibu. Beratus malahan beribu. Jadi wanita yang empower wanita sendiri. Jangan tersekat entah skala keberapa di era baru masa kini. Perkara utama yang perlu dilakukan sewaktu berpantang adalah; • Cukup rehat dan tidur, • Terus mandi selepas bersalin (mandi wiladah) • Makan diet yang biasa selepas bersalin terutama makanan yang berprotein, mineral, sayur-sayuran dan buah-buahan. • Ibu yang lepas bersalin digalakkan bergerak selepas 6 jam melahirkan. Kunci berpantang adalah rehat secukupnya. Elakkan stress melampau yang boleh sebabkan post partum depression (orang panggil kemurungan selepas bersalin). Sebab orang meroyan ni adakalanya sebab mulut orang sekeliling yang dok kata macam-macam dan fear mongering entah apa-apa. Belum lagi suami dan keluarga tak bantu terutama bagi kes ibu muda yang baru pertama kali melahirkan. Macam mana tidak stress. Jadi, sama-sama bantu dalam memastikan ibu berpantang boleh menjalani tempoh pantang dengan sihat. #BelNawhen

Đọc thêm

Perkara pertama tu mental kita memang kena kuat lah sbb kalau first mom lagi lah tkde pengalaman kan mmg akan sedikit stress kalau tak pandai itu ini .. minta family atau suami bantu kita kalau kita tak mampu jgn terlalu memaksa diri .. kalau masa kat wad tu mostly ibu2 czer klau takde masalah ibu dan anak boleh kluar lps 3 hari .. Selain tu, kena bergerak2 juga jangan baring saja seharian supaya elak darah beku dan nk luka cpt baik tapi jangan bergerak laju atau lasak2 sbb berisiko terbuka jahitan .. pemakanan pun kalau ada org jaga lagi better sbb makan on time dan makanan yg sesuai mmg membantu utk penyembuhan luka dan bagi tenaga pada badan kita.. kalau luka czer tu ada kluar cecair tapi tak berbau tu jgn risau tu org panggil air bisa sbb efek kita potong perut tu kan .. cuma kena kerap keringkan lap2 .. mcm saya makcik saya tlg jaga , dia picit air bisa tu tiap hari utk kluarkan air2 tu dan tekap2.. tk lama beberapa hari nnt akan kering sndiri .. tapi kalau yg berbau / berdarah tu kena jumpa doctor sbb takut infection ke apa Yang agak mencabar sikit kena sediakan mental fizikal kalau anak kuning nak kena bawa ke kk cek up dan ibu pun kena cek luka czer kt kk so agak penat lah dgn sakit tk boleh berjalan laju lagi .. ubat cair darah pun kena cucuk setiap hari .. tu je kot .. so far pengalaman czer saya tak ada yg teruk2 sangat lah .. inshaAllah kita ibu2 ni diberi kekuatan luar biasa oleh Allah .. dgn bantuan family and husband kita mesti okay dan boleh lalui ☺️

Đọc thêm
3y trước

cucuk sendiri boleh, pi klinik pun boleh. tp jenuh la ulang alik. sehari 2 kali kena cucuk. mcm sy suami tlg cucukn, nurse ada ajar. adik ipar plk pergi klinik cucuk kt sna ulang alik

Influencer của TAP

1. banyakkan bergerak. once dah boleh bangun, cuba bangun dan jalan keliling katil. untuk lancarkan edaran darah supaya ubat bius cepat keluar dari badan dan lancarkan penghadaman. 2. tengok yt ramai ajar cara2 untuk baring duduk, turun dari katil etc supaya tak sakit di luka csec tu dan supaya luka tak senang terbuka. 3. jangan angkat apa2 barang berat yg berat melebihi berat baby. 4. seeloknya jangan naik turun tangga dulu untuk beberapa minggu awal ni. kalau bilik di tingkat atas, naik sekali je lepas tu jangan turun dah sampai betul2 rasa sembuh nanti. 5. kalau boleh cari botol air ada straw, senang nak minum sambil baring. 6. belajar cara yg sesuai untuk BF baby supaya tak kacau luka csec. selalunya diorang suggest football hold, tapi guna je mana2 yg awak selesa. 7. study tentang csec scar massage. nanti bila dah luka csec dah sembuh sikit, dah berani sentuh, dah boleh mula massage slow2. akan bantu prevent formation of deep scar, tu yang selalu buat luka csec sakit balik walaupun dah bertahun2 dan boleh ganggu saraf pundi kencing etc juga. tak perlu rush untuk buat scar massage. bila rasa dah selesa nak sentuh baru mula.

Đọc thêm

sy emergency czer jga Sis sbb baby distress. Sis positif je ye. anggap takde pape, keduanya selamat. sy lepas kna czer sy xpikir sgt dh apa jadi. hanya pikirkan anak je☺️. ikut apa yg Misi suruh. lps bedah rehat 6jam. lepas tu kna ltih gerak kaki dan cuba bangun urus diri ke tandas. walau perit teruskan InsyaAllah kita akan yakin kita boleh buat. sy duk wad dalam 3h2m. anak ibu tdok masalah apa². balik rumah selalu bergerak, tpi jalan slo². sentiasa anginkan tempat luka dan lap bersih kesan pluster di kwsan luka. sentiasa on kipas low sped sbb xnk kasi berpeluh sgt terutama kwsn luka. makan buah oren Sunkist byk², minum air masak, makan biskut bebas minyak dan berpantang seperti biasa. bila bangun jgn terlalu menekan di perut. eloknya bangun mengiring baik sebelah kiri atau kanan. selamat berpantang Sis ☺️✌🏻

Đọc thêm

hi awk, ini based on pnglmn sy ya - utk caesarean mum, kita akn duduk wad 3 hari slps prosedur. hari ke 3 dktr akn dtg dan buka balutan luka czer utk lihat sama ada luka cantik atau tidak. klu tiada masalah, dktr akn bg greenlight dan boleh discharge pd hari tsebut. - bby pula bgantung, klu tiada masalah apa2 lps habis bius misi akn bawa bby pd ibu dkt wad. so mmg ibu akn handle bby sepanjang 3 hari tsebut. - penjagaan yg utama ialah kwsn luka wajib sentiasa kering, lepas mandi tekan2 lembut kwsn luka dgn kain bersih / kapas. pemakanan lebihkan bby protein, serat supaya luka mudah sembuh. buah2 high vitamin c juga membantu proses penyembuhan. - utk aktiviti harian, blh dibuat mengikut daya masing2. jgn asyik baring sahaja, sbb nk elakkan darah beku.

Đọc thêm

Sis jangan down ya. Czer ke, normal ke, sama je sama2 sakit. Yang penting anak lahir dengan selamat kan ☺️ saya pun kelahiran pertama emergency czer. Harini checkup 40w esok terus kena czer sebab uri dah terlalu matang dr takut uri lekang. Cek bukaan 2cm je. Alhamdulillah penjagaan dalam pamtang pun mudah asalkan ada orang keliling yang bantu. Sis minta sekali bantuan dari suami, atau sesiapa yang jaga sis pantang ya. Sis kena banyak rehat, sembuhkan dulu luka czer tu. Luka tu tak lama punn nak kering. 2 minggu InshaAllah dah kering 😉 semoga dipermudahkan urusan sis. Selamat berpantang dan take care 😘

Đọc thêm

Kuatkan semangat sis. Mcm saya mindset mmg tak kisah czer ke normal. So bila czer saya okay je takda rasa down pun sbb tak terlalu harapkan normal. Badan pun auto cepat baik. Saya czer 2 hari 1 malam je sis kt hosp. Siap g kk hari2 check kuning anak. Sakit banak mana2 sama je cuma czer ni kena penjagaan yg rapi, tp yg normal pun kalau tak dijaga luka boleh kena jahit balik. Yg penting jgn stress & jgn fikir yg nk jaga luka czer ni susah. Makan buah oren hari2 & keringkan tempat luka selalu

Đọc thêm

biasa nya 5 hari duduk dkt wad selepas melahirkan tpi doktr akan pantau dulu ibu dn anak, jika ibu dh kentut dh boleh berak dan berjalan dan baby sihat dh boleh balik, berpantang ibu jangan stress luka czer kena sentiasa kering jangan angkat benda berat selain baby, kalau nak bertungku jangan tungku dkt bahagian czer, pantang czer sama je dngn pantang normal, enjoy je journey berpantang bersama baby, jangan stresst mommies selamat berpantang sis

Đọc thêm

doktor akan cek kalau ibu dah boleh berak atau luka ceaser okay baru boleh balik..untuk anak pula kena cek kuning..kalau kuning bayi tinggi bayi akan stay lama kat wad.. untuk luka saya banyak ambil vitamin c..sya x mkan/minum pati haruan.. pastikan luka sentiasa kering..jangan basah.. kalau boleh pakai seluar dalam yg longgar..

Đọc thêm

Saya dulu stay 3h2m. Saya, adik bradik Saya smua bersalin czer. and tips Saya ada 2, jgn stress and cukup rehat. kalau ada org2 dtg bgi tips sruh makan tu makan ni pakai tu pakai ni, abaikan je. nk makan or mnum apa, makan je asalkan ckup khasiat. jgn dgr ckp2 orang. yg penting Kita sihat, baby sihat. tu lebih baik.

Đọc thêm