Apa perkara pertama sy perlu buat ye? Sy baru lps bersalin emergency ceaser 4pg td. Perlukn smgt

Alhamdulillah semua berjln lancar walaupon tak expect akn caeser. Sbb kn kt labour room lebih 8 jam dan bukaan still 6cm takde perubahan. Rahim tebal sgt. Dr pulak Risau baby dh mula berak. Tapi sy perlukan kata2 nasihat dan semangat dari mommy2 yg ade pengalaman bersalin ceaser. Berapa lama ye sy dan baby akn stay wad selalunye klau ceaser? Mcm mne cara terbaik nk jaga luka ceaser ? Bantu mommy share nasihat utk sy boleh? #seriusnanya #ingintahu #pleasehelp #firstmom #bantusharing

15 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Betul apa yang dikatakan oleh Dr Jason Chin. Kasihan ibu-ibu yang terpaksa melalui tempoh berpantang dalam keadaan tertekan, sembelit sebab air dicatu, suruh minum air herba entah dari mana muncul, luka tak sembuh sebab sapu ubat entah dari mana buat, susu kurang terhasil sebab air disukat-sukat dan banyak lagi. Bila orang dalam pantang makan laksa, dia cakap geng Dr Imelda Balchin, tapi bila kita lihat tukang pantang laksa beratus hari tu, indah kabar dari rupa. Tidak kira siapa pun bagi nasihat, lelaki atau wanita, ada rahim atau tidak, bangsa apa sekali pun, kami-kami ni dah merawat buka satu dua pesakit dan ibu-ibu. Beratus malahan beribu. Jadi wanita yang empower wanita sendiri. Jangan tersekat entah skala keberapa di era baru masa kini. Perkara utama yang perlu dilakukan sewaktu berpantang adalah; • Cukup rehat dan tidur, • Terus mandi selepas bersalin (mandi wiladah) • Makan diet yang biasa selepas bersalin terutama makanan yang berprotein, mineral, sayur-sayuran dan buah-buahan. • Ibu yang lepas bersalin digalakkan bergerak selepas 6 jam melahirkan. Kunci berpantang adalah rehat secukupnya. Elakkan stress melampau yang boleh sebabkan post partum depression (orang panggil kemurungan selepas bersalin). Sebab orang meroyan ni adakalanya sebab mulut orang sekeliling yang dok kata macam-macam dan fear mongering entah apa-apa. Belum lagi suami dan keluarga tak bantu terutama bagi kes ibu muda yang baru pertama kali melahirkan. Macam mana tidak stress. Jadi, sama-sama bantu dalam memastikan ibu berpantang boleh menjalani tempoh pantang dengan sihat. #BelNawhen

Đọc thêm