Overthinking

Agak personal sikit soalan ni. but normal ke kita ni asyik overthinking je time pregnant. cerita dgn mak mertua katanya pembawakan budak. hm. salah sendiri. nak suami cerita zaman silamnya. last² rasa jeles padahal masa silam dia. hmm tahla

5 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya berkahwin dengan duda, saya tak pernah tanya hal kisah dia bersama bekas isteri. Bagi saya yang berlalu biar lah berlalu. Kami jalani hubungan yang matang, andai berbual pun kami terbuka, tak sentuh hal sensitive. Kalau di ikutkan awal2 kahwin 4 tahun lepas orang akan cakap “eh ni rumah dia beli masa dgn ex wife kan, eh ni bukan periuk ex wife dia kan, boleh ke duduk rumah yg perempuan lain dah duduk”. Belum lagi MiL asyik cerita pasal ex wife suami. Entah lah, emosi saya tolak tepi, sebab suami sy layan sy sangat baik bahkan terlalu baik, suami saya layan. Tengok muka anak2 tiri pun xada mengingat kan saya kpd mak dia orang sampai saya nak cemburu, mak dia org pun tak pernah kacau saya. Prinsip hidup saya, pandang kehidupan hadapan. Penceraian yang lalu pun dah buat suami sy sengsara, saya xnak sebut depan suami. Cukup lah masa lalu dia menjadi masa lalu dan menjadi pengajaran. Tak apa lah mungkin awak perlukan masa, lagi masa mengandung kita wanita sangat sensitive dan mudah terasa. Banyakkan sibuk diri daripada jenis pelbagai ilmu, jauhi media sosial yang mengingatkan awak sehingga overthinking spt stalk ex suami. Emosi waktu hamil sangat penting. Lagi satu overthinking ni waktu syaitan jin segala hantu suka menghasut kita. Jaga kesihatan emosi ya

Đọc thêm
2y trước

tq awak. yea mungkin saya perlu masa lagi. saya da cuba tak pikir. insyaallah saya bole buat.