Naikkan hb
21week , Hb menurun pulak . Any tips bagi Hb naik

Kalau makan supplement yg ade iron, jarakkan pengambilan makanan atau minuman yg tinggi kalsium. Dia boleh mengganggu penyerapan iron tu. Kalau ambil iron supplement dgn vit c, pastikan vit c tu asli vit c tanpa campuran mineral mcm zinc. Ni pengalaman saya dulu, makan supplement tapi hb tak naik² sebab mineral zinc yg sekali dlm vit c tu. Lepas tu, supplement kalau ambil iberet, ambil 30 minit sebelum atau selepas makan - ini berdasarkan nasihat doktor KK yg saya dpt. Lepas saya ubah cara pengambilan & tukar pengambilan bersama pati delima, alhamdulillah, dah makin naik hb sekarang. Selamat mencuba, harap hb puan akan naik kembali. Saya paham sgt struggle bila kite dah amik supplement elok² tapi dia tetap tak nak naik.. semoga dipermudahkan, aamin ❤
Đọc thêm