SANGKA BAIK DENGAN ALLAH SWT

Sebagai manusia, aspek bersangka baik dengan Allah SWT sering kita abaikan. Tambahan lagi apabila kita menjadi hamba pilihanNya dengan ujian tiada zuriat. Siapa kata saya tidak pernah merungut? Seringkali. Namun pada yang sama, saya juga kembali mengimbau hikmah disebalik apa yang berlaku. Kehidupan seharian dengan simbahan mentari petanda masih ada kesempatan menjadi lebih baik. Selagi itu pintu maghfirah masih terbuka luas. Mensyukuri kehidupan adalah dengan memulakan hari dengan lafaz yang baik dan ibadah kepadaNya. Setiap pagi, dalam perjalanan ke sekolah saya akan merancang apa yang perlu dan mesti saya lakukan sepanjang hari. Disamping melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah SWT ini. Terkenang juga saat saya menjawab persoalan anak-anak tentang bertemu di sebuah bukit kelak yang jauh berbatu dari daerah ini. Mereka bertanya manusia akan ada kuasa apa untuk tiba sedangkan ketika itu kita sedang menyelamatkan iman. Jawabku dengan kuasa iman. " Super Iman ", itu kuasa kita. Maka, cek kembali relung hati. Layakkah kita menempatkan diri dalam SyurgaNya sedang kita tidak tahu amal yang mana satu akan membawa kita. Mereka yang ada anak akan menjawab persoalan tentang tanggungjawab terhadap anak masing-masing disamping persoalan diri sendiri. Anak datang dengan amanah. Bukan sekadar di dunia tetapi akhirat juga. Masih mahu menjauhkan hati dari Allah SWT? Bersangka baik biar setiap hari merintih dan menangis. Mengadulah kepada Allah SWT. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Setuju. Sentiasa la bersangka baik dengan perancangan Allah. Itu lah sebaik2 perancangan

Thành viên VIP

Betul tu..ALLAH mengikut sangkaan hambaNya