TUJUH KATA CINTA

Saya seorang guru. Anak-anak murid menjadi sebahagian daripada hidup saya. Setiap waktu saya akan berpesan terutama sekali kepada anak-anak yang menginjak usia 10 - 12 tahun. Mereka sudah memahami dan membezakan sesuatu perkara. Bagi mereka itu adalah bebelan, tapi bagi saya itu kata cinta. Antara perkara yang selalu saya pesan : 1. Jaga solat. Sebelum ke sekolah, dirikan solat Subuh dahulu. Balik rumah pula, penat dan letih mesti solat Maghrib dan Isyak dahulu sebelum tidur. 2. Jaga aurat. Mereka yang boleh berkahwin dengan kita adalah mereka yang tidak boleh melihat aurat kita termasuklah rakan sebaya dan para guru. 3. Jangan biarkan orang lain menyentuh bahagian tubuh yang sensitif, memeluk dan mencium. Jika ada, berani kata tidak dan beritahu ibu atau ayah atau guru kaunseling atau guru disiplin. 4. Jaga makan. Jangan selalu makan makanan segera dan manis. 5. Jika mahu disayangi orang lain, hormat hak orang lain dan jaga adab. 6. Jika sudah akil baligh, jaga batas pergaulan antara rakan lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan sepupu lelaki. 7. Sentiasa dekat dengan Al-Quran. Hafazan jangan cuma pada lidah dan ingatan. Itu benteng dan lampu penerang alam barzakh.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Super Mom

👍👌