Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
CARA ADAKAN SUSU BADAN SEMULA
baru2 ni saya demam seminggu dan doktor bagi ubat yang boleh menyusu dan tak bokeh menyusu baby. Untuk kesihatan dan keselamatan baby, saya decide stop df sampai sihat. Sebab demam saya teruk, asyik terbaring je jadi waktu pump pun jadi lari so seminggu saya stop df and pump. Susu saya kering terus. Ada setitik dua ja. Saya nak menyusu semula tp bby reject dah seminggu. Mommies ada cara nak banyakkan susu semula yang kering? Kalau pump kerap possibilities nak datang balik susu ada tak😭 Kurma dah makan tapi belum nampak hasil. Mommies boleh share makanan yang boleh banyak susu or any tips to me. Thankyou somuchhhhhh😔♥ And susu nak banyak tu ambik masa berapa lama?
Pantang hari ke 26
Yeay hari ni hari ke 26 pantang. Tak sabar nak habis pantang. Hahaha tak stresss pun tapi bosan duduk rumah ja. Hahahaa luka czer pun dah kering alhamdulillah cuma rahim macam belum kecut lagi. Masa pregnant haritu susah hati juga takut berat susah turun, tapi mak cakap masa pantang berat boleh turun cepat. Rupanya betul, memang cepat turun berat. Berat sebelum pregnant 65kg Berat masa pregnant 78kg Sekarang pantang 26 hari berat 60kg Total dah turun 18kg. Saya target lepas pantang dapat berat 55kg hehe... Time pantang kena happy2 ja tak boleh stresss2. Tapi Perut buncit lagi sikit, macam mana nak cepat kempis? Tak berani lagi pakai bengkung or barut.
Luka czer berapa lama nak lega?
Assalam mommies. Saya nak tanya, selalu luka czer nak sembuh berapa lama ya? Saya first time bersalin and czer. Sekarang hari ke 8 masih rasa pedih2 lagi tapi luka kering ja takde nanah apa2 Saya nak tahu luka luar tu nak lega betul2 brpa lama ya ambik masa? Dan nak rasa hilang pedih2 tu lama x.. Tqqq
Hi saya dah selamat bersalin 15 march
Baby nak keluar betul2 hari due dia 15 March 2023. Banyak liku2 nak keluarkan baby boy berat 3.9kg ni Saya admit ward 12/3 sebab leaking sikit air ketuban. Masa dekat PAC dah kena seluk bukaan baru 1cm dan scan baby 3.5kg sahaja so doktor bagi ja nak normal delivery. So sebab dah leaking ketuban dan dah ada bukaan, doktor bagi masa dalam 24jam kalau takde progress kena induce bersalin. 13/3 bukaan baru 2cm. Sehari buka 1cm ja awak semua. Memang bukaan saya lambat, macam2 exercise saya buat. Tapi contraction saya teruk sangat sampai kena minta painkiller. Saya dapat painkiller 3 kali doktor suruh bagi. Time ni check masih 2cm tp doktor tak jadi nak masuk ubat lagi sebab saya ada regular contraction so tunggu next day. 14/3 check bukaan waktu subuh masih 2cm. So doktor decide induce ubat. Bermula la drama contraction yang memang sakit gila. Sakit sangat tak sama dengan contraction asli. Tapi bukaan 3cm sahaja. 15/3 check pagi2 bukaan dah 4cm so doktor tolak pi labour room. Sini bermula nyawa nak putus korang😭 kalau ingat balik takut nak bersalin dah. Masuk LB terus diorang pecahkan ketuban saya, sakit juga. Kena seluk banyak kali, doktor nak buka jalan. Paling sakit sebab diorang drip induce nak buka jalan. Drip ni sumpah sakit gila, sakit mcm nak putus nyawa. Saya ambik painkiller tak jalan, sedut gas pun tak jalan. Last sekali saya ambik epidural sebab memang dah tak tahan nak mati sangat rasa dia. Dari pukul 7 pagi sampai 6 petang, bukaan masih 4cm padahal contraction saya dah teruk sangat. Akhirnya doktor decide untuk czer sebab dah 12jam tapi takde progress bukaan. So dengan redha czer la pukul 7petang, selamat melahirkan anak saya pukul 740petang. Alhamdulilah baby selamat. Cuma ibu dia la ambik pengalaman sungguh nak keluarkan anak sulung. Hari ni dah boleh discaj yeay. Semoga urusan ibu lain dipermudahkan. Kalau boleh jangan induce, macam nak mati🤣
3cm bukaan
Doakan saya cpt bersalin. Taktahan contraction. Dah induce dh teruk sgt sakit😭
Dah bukaan 2cm
Boleh ke minum air kelapa? Takde kesan buruk apa2 kan? Sbb dh bukaan 2cm. Tlg jawab sapa2 yg tau
Doakan saya dipercepat bukaan dan bersalin
Assalamualaikum semua ibu2. Saya dah masuk wad sebab ada leaking ketuban sikit td. Bukaan dah 1cm baru. Minta tolong sangat ibu2 doakan saya siti zaharah dipercepatkan bukaan dah bersalin normal. Kalau bukaan belum byk, esuk kena induce ubat. Sekarang rasa contraction tu 5minit sekali tapi mild ja, boleh tahan lagi sakit tu. Doakan saya ya. Semoga Allah balas semua kebaikan awak semua♥ Anak sulung, saya takut sikit.
39weeks 3 hari
Hari ni asyik rasa perut memulas senak sangat. Berak keluar la najis seketul dua. Lepastu memulas balik. Tadi exercise naik turun tangga. Harap dapat bersalin sebelum due. Sebab kalau boleh taknak la bersalin paksa induce. Anak sulung takde pengalaman. Harap mommies2 boleh doakan saya dipercepatkan bersalin ya. Mana tau termakbul doa awak semua♥
duedate makin dekat 15/3
due saya 15/3 tapi belum ada tanda nak bersalin. Apa yang saya rasa sekarang 38weeks 4 hari ni, perut makin kerap mengeras kadang mengeras lama juga. Sakit pinggang and area pinggul. Tapi dekat kemaluan belum ada keluar lendir apa2. Duk pujuk baby keluar sebelum due sebab taknak paksa salin dengan induce. Anak sulung takde pengalaman Mommies ada tips tak nak cepat bersalin atau buka laluan? Doakan saya siapa yang baca post ni, semoga saya dapat bersalin dalam masa terdekat ni secara normal tanpa induce. Amin
Air ketuban
Sapa ada pengalaman air ketuban pecah? Dia keluar sikit2 atau macam mana ya? Kekerapan dia berapa minit? Saya tadi duk dekat kerusi pastu rasa kain batik basah, tak sure air ketuban atau kerusi tu mmng basah sbb lepas tu saya pakai pad memang takde keluar air apa2 dah. Saya harini genap 38weeks