Hi saya dah selamat bersalin 15 march
Baby nak keluar betul2 hari due dia 15 March 2023. Banyak liku2 nak keluarkan baby boy berat 3.9kg ni Saya admit ward 12/3 sebab leaking sikit air ketuban. Masa dekat PAC dah kena seluk bukaan baru 1cm dan scan baby 3.5kg sahaja so doktor bagi ja nak normal delivery. So sebab dah leaking ketuban dan dah ada bukaan, doktor bagi masa dalam 24jam kalau takde progress kena induce bersalin. 13/3 bukaan baru 2cm. Sehari buka 1cm ja awak semua. Memang bukaan saya lambat, macam2 exercise saya buat. Tapi contraction saya teruk sangat sampai kena minta painkiller. Saya dapat painkiller 3 kali doktor suruh bagi. Time ni check masih 2cm tp doktor tak jadi nak masuk ubat lagi sebab saya ada regular contraction so tunggu next day. 14/3 check bukaan waktu subuh masih 2cm. So doktor decide induce ubat. Bermula la drama contraction yang memang sakit gila. Sakit sangat tak sama dengan contraction asli. Tapi bukaan 3cm sahaja. 15/3 check pagi2 bukaan dah 4cm so doktor tolak pi labour room. Sini bermula nyawa nak putus korang😭 kalau ingat balik takut nak bersalin dah. Masuk LB terus diorang pecahkan ketuban saya, sakit juga. Kena seluk banyak kali, doktor nak buka jalan. Paling sakit sebab diorang drip induce nak buka jalan. Drip ni sumpah sakit gila, sakit mcm nak putus nyawa. Saya ambik painkiller tak jalan, sedut gas pun tak jalan. Last sekali saya ambik epidural sebab memang dah tak tahan nak mati sangat rasa dia. Dari pukul 7 pagi sampai 6 petang, bukaan masih 4cm padahal contraction saya dah teruk sangat. Akhirnya doktor decide untuk czer sebab dah 12jam tapi takde progress bukaan. So dengan redha czer la pukul 7petang, selamat melahirkan anak saya pukul 740petang. Alhamdulilah baby selamat. Cuma ibu dia la ambik pengalaman sungguh nak keluarkan anak sulung. Hari ni dah boleh discaj yeay. Semoga urusan ibu lain dipermudahkan. Kalau boleh jangan induce, macam nak mati🤣