Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Excited to become a mum
Ragam baby 5 bulan
Anak saya baru masuk 5 bulan. 4 hari lepas cirit birit, baby okay je aktif mcm biasa, cuma dia cirit dgn najis berbiji biji. Saya bawa pergi klinik pakar kanak kanak incase takut dia dehydrated ke apa, alhamdulilah takde apa. tapi sejak semalam dia mula merengek saja. Pantang ada tak kena, menangis. sebelumni takpernah macamni, dia sangat easy boy. Kalau terjaga dari tidur pun dia senyap je, ini dah mula menjerit jerit nangis. Dan mula taknak minum susu, paksa macam mana pun tknak. Biasa ke ragam ni untuk budak nak galih bulan? Harini nak pergi kk untuk cucuk vaksin 5 bulan, jgn makin meragam sudahlah. 🙏🏻
Kahak newborn
Baby saya sekarang dah 44hari, tapi dia ada masalah kahak. Ada tak tips macam mana nak kurangkan/keluarkan kahak tu? Mohon bantu
Luka Jahitan
Saya dah hari ke 43 berpantang, saya bersalin vakuum, jadi jahitan agak banyak. tambah pula doktor kata kulit saya macam tauhu, terlalu fragile. Sekarang, semua benang dah larut, saya dah boleh duduk, cangkung, bersila dengan selesa. luka jahitan pun bila disentuh tak sakit. Tapi kadang kadang ada rasa nyeri, normal ke? Ke itu tanda luka jahitan saya ada masalah?
Selamat Bersalin
Alhamdulillah, 11.6 saya selamat melahirkan baby boy pada 8.46pm secara normal. Saja nak kongsi pengalaman bersalin walaupun ini pengalaman kali pertama saya. Saya turun darah pada jam 9.30 malam 10/6 , jam 10.30 saya dan husband decide untuk pergi ke hospital. Lepas checkup, jalan belum buka lagi dan kami balik. Jam 2am saya mula contraction 10 minit sekali. Saya tahan sampai pukul 4am, dan decide untuk pergi hospital. Sampai hospital, doktor seluk bukaan cuma 1cm. Saya request untuk admit ward, sebab saya perlu admit juga 12/6 pagi untuk induce sebab ada gdm on diet control. Doktor decide untuk tolong buka jalan, jadilah 2cm. Dari itu, saya contraction 10minit sekali sampai pukul 5 petang, tapi jalan tetap 2cm. Doktor dan nurse takbantu apa apa. Badan rasa lemah sangat, takcukup tidur layankan contraction dari 2pagi. Mak datang bawa air zam zam, saya minum. Taklama lepastu contraction makin kuat 5minit sekali, saya bagitahu dr. Dr seluk, bukaan baru 4cm. Saya ditolak masuk labour room, air ketuban dipecahkan. Contraction setiap 2 minit bermula. Saya mula nak gila. Dari jam 6.30 petang sampai 8.30malam saya dalam labour room, jalan baru 6cm. Masani husband pun macam nak gila tengok isteri dia taktentu arah. Pinggang sakit macam nak pecah, sebab takdibenarkan untuk duduk. Mak saya kata saya kena kembar darah, sebab saya bleeding sepanjang masa, tu juga punca saya hadapi contraction yg teruk. Sepanjang contraction dari pukul 8pm saya decide untuk push sikit sikit, untuk bantu buka jalan. Waktu ni berapa puluh kali kena seluk pun taktahulah sebab nak monitor jalan. 8.30pm dr seluk tengok os full, dan lahirlah putera pertama saya jam 8.46pm dgn bantual vacuum. Sebab saya dah takde tenaga untuk push. Sekarang anak saya ditahan di nicu kerana congenatal pneumonia. Ni hari ke 4 berpantang tanpa baby, harap keputusan darah baby okay dan boleh balik hari jumaat nanti. Doakan saya dan baby sihat sihat sahaja ya. Kepada ibu yg sedang tunggu hari untuk bersalin, saya doakan ibu ibu dipermudahkan urusan. Yang baik baik untuk kalian.
Jalan Lambat Buka
Contractions setiap 10 minit, tapi jalan tetap 2cm. Saya first time mom, untuk yg primid, biasa ke keadaan ni jadi? Letih rasanya melayan contractions setiap 10 minit, rasa badan penat sangat dan ngantuk 😭 Doakan saya lekas bersalin ya
Tiada Tanda
Hi mommies, minta doa semua supaya saya dapat bersalin sebelum 12/6 ni. Kalau tak kena admit ward. Saya first time mommy, segala nervous bersalin hilang dah sebab dok tunggu si anak untuk keluar tapi tak keluar keluar. Rasa risau jadinya. Mohon titipkan doanya ya. Moga ibu ibu semua pun selamat melahirkan anak. Aminnn 🤲🏻
Nyeri bawah perut
Hi mommies, saya first time pregnant. sekarang usia kandung dah 29w5d, nak tanya normal ke rasa nyeri bawah perut? Rasa macam ada benda nak terkeluar je. Tapi rasa sakit tu tak berpanjangan. Bukan rasa sakit bawah perut disebabkan ligamen merenggang, ini sakit nyeri bahagian bawah hampir ke bahagian vagina. sakit yg agak mencucuk. biasa ke?
Susu Badan
Saya 27weeks pregnant sekarang, nak masuk 28weeks dah. 3,4 hari kebelakangan ni saya perasan saya dah mula keluar susu. Normal ke? saya tanya ibu saya dia pun keluar susu awal ke, tapi dia jawab tak pula. lepas bersalin baru ada susu. ada sesiapa yg alami benda sama macam saya?
preparation sebelum bersalin
Hi mommies, saya first time mummy. Ini kandungan saya yg pertama. Usia kandungan dah cecah 25weeks. Tapi sebarang persiapan takdibuat lagi. Boleh cadangkan apa yg patut saya sediakan dahulu? #firstmom #bantusharing #ingintahu
ubat tahan muntah
hi mommies, nak tanya ada sesiapa yg makan ubat tahan muntah dr doktor ke? kalau ada bolehke share ubat apa. sebab saya bekerja, jadi bila asyik muntah, badan takcukup nutrien untuk saya sendiri, apatah lagi untuk baby. harap boleh share #pleasehelp