Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Preggers
Nak scan berapa week ?
Mengikut kiraan harini dah 7w 1d.. last week accident pergi scan time 6w 4d tak nampak apa lagi. Kantung pun tak ada.. hanya nampak rahim mengembang je. Semalam kita mental breakdown, nangis dari pagi sampai malam. Lepastu risau takut hilang baby, pagi ni check UPT, lega bila tengok line T makin pekat. Tambah pula kalini pregnant takde alahan langsung so cara untuk check kita buat upt.. Nak scan lagi sekali untuk check kandungan tapi tak psti nak pergi bila. 8w okay tak ? Ke nak tunggu lama lagi ? Takut lambat sangat confirmkan nanti lambat pula buka buku pink. P/S : gambar yang T pekat test harini, gambar yg T cair sikit test pada 20/5/22
Scan 6w 4d tak nampak apa apa lagi
Mengikut kiraan harini dah 6w 4d.. and actually plan nak pergi scan untuk confirmkan pregnancy tunggu 8w nanti. Tapi pagi tadi otw nak ke office, accident pula (saya naik motor).. so pergi lah juga scan klinik untuk check. Tapi tak nampak apa apa2 lagi. Kantung pun tak nampak lagi. Tapi doktor kata rahim dah mengembang and itu memang salah satu tanda pregnant lah cuma masih awal lagi untuk nampak apa apa. Doktor suruh datang lagi 4 minggu.. Walaupun tahu masih awal, tapi hati tetap rasa gelisah sikit selagi tak nampak baby. Lagi2 bila baru lepas accident macam ni, lagi lah mula overthinking.. tapi apa pun saya redha.. semoga yang baik baik aja..
Second Pregnancy
Anak first sekarang umur 1tahun 4bulan. 2 hari lepas saya check UPT, positive.. kalau kira melalui last period sekarang dah 5weeks. Saya makan pil perancang dan baru berhenti makan 1 bulan. Ramai orang yg berpengalaman kata bila berhenti pil tu makan masa untuk lekat. Tapi tak sangka saya terus lekat. Perasaan tu mixed feelings. Bukan rasa tak happy, tapi lebih risau dengan financial, risau kalau saya tak boleh jadi ibu yg terbaik untuk anak anak, risau kalau saya lebih mudah penat mental & fizikal.. perasaan tak excited macam anak 1st sebab yelaa kita dah tahu macam mana struggle nya besarkan anak. Bila fikir untuk yg kedua, nervous sikit. Lepastu okay ke dengan gap anak first ? Anak dah 1tahun 4bulan.. saya sebersalah dengan dia sebab dia baby lagi. Perasaan saya sungguh bercampur tapi saya tahu kita kena percaya Allah dan saya hanya doa semoga semuanya dipermudahkan.
Jerawat Bayi
Hi & Assalamualaikum, ada tak dekat sini sesiapa baby nya tumbuh jerawat bayi ? Tahu tak macam mana nak redakan ?#firstbaby #1stimemom #pleasehelp
Jenis baju baby di Labour Rooom
Saya nak packing beg hospital tapi confuse nak letak jenis baju yg macam mana. Kalau saya bawa sleepsuit tapi jenis yang full of button depan tu okay tak ? Dan lebih baik lengan panjang atau pendek sebenarnya ? #1stimemom
Klinik Kerajaan boleh buat detailed scan tak ?
Hi Assalamualaikum, biasanya saya tengok orang buat detail scan dekat klinik swasta kan.. so saya tertanya-tanya dekat klinik kerajaan boleh buat juga tak ?
Risaukan kandungan
Hi Assalamualaikum.. harini tetiba saya risaukan kandungan dalam perut yang dah 14minggu. Simptom loya dah kurang, perut pun masih kecil. Tetiba saya jadi fikir buruk sama ada okay ke baby dalam perut ni. Nak tunggu scan next appointment lama lagi September. Ni first baby, jadi saya takde pengalaman. Saya takde bleeding pun. Sakit perut pun takde. Taktahu kenapa tiba2 perasaan ni datang. Adakah ni instinct atau hanya perasaan negatif je ? 🙁
Something not sure sebelah kantung baby
Hi, assalamualaikum. Harini kandungan saya masuk 8minggu and ni firstime saya mengandung. Dan ni scan pertama saya masa buka buku merah tadi dekat klinik kesihatan. Tapi masa scan, doktor ada nampak sesuatu pelik sebelah kantung baby (dalam bulatan) tu.. doktor yang scan tu sendiri tak pasti itu apa dan suruh datang semula hari khamis untuk jumpa pakar. Ada sesiapa pernah mengalami benda sama tak ? Perut takde sakit & bleeding pun.. Boleh bagitahu saya ni kenapa ? Saya risau walaupun doktor pesan jangan risau sangat.