Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Mom
Sejak bersalin selalu marah
Kenapa yee sejak sy bersalin. Sy selalu marah suami sy. Sy selalu takde mood dengan dia?? Sy rasa macam nak berpisah. Sy sedih. Sy rasa sakit hati. Sy rasa kosong. Sy tak tahu kenapa sy jadi macam ni. Sy tak tahu sangat. Suami sy ok. Sy pernah bagitau tentang apa yang sy rasa tapi perbincangan tu ke arah pergaduhan. ???? sy rasa nak berpisah. Banyak kali sy mintak untuk berpisah. Kenapa dengan sy lepas bersalin sy barubah macam ni??? Tolong lh sy nak hubungan kami macam dulu.
Makan cheese semasa pantang
Hi mom. Boleh tak saya makan roti bakar bersama cheese semasa pantang??? Saya bersalin czer.
Tulang pada kemaluan sakit bila berdiri dan kaki kerap bengkak
Assalamualaikum semua. Mintak pendapat atau pencerahan. Sebab saya baru pertama kali mengandung dan sekarang usia kandungan 33minggu. Kenapa ye seminggu ni tulang pada kemaluan saya/ celah peha/ tulang punggung saya sakit sangat bila berdiri lagi2 berjalan.??? Sekarang kaki saya kerap membengkak sampai ke peha bila saya picit kulit kaki saya rasanya macam lain sangat. Saya rajin berjalan sebab faktor kerja. Bila jadi macam ni saya susah nak kerja terpaksa ambil cuti padahal belom nak bersalin. Apa perlu saya buat untuk kurangkan sakit ni yee??? Kawan2 tempat kerja tak faham keadaan saya macam mana saya nak bagi diorang faham situasi saya??? ????
Kaki bengkak
Kenapa ye kaki saya bengkak?? Sampai ke betis macam kena gigit tebuan jee jari kaki. Padahal saya baru 32week.
Lepas bersalin kena buang fibriod
Assalamualaikum semua. Nak tanya. Due date saya 15/10/19. Lepastu saya kena buang fibriod lepas bersalin. Soalan saya. 1. Cara buang fibriod tu macam mana??? 2. Berapa lama luka untuk sembuh ? sebab saya bekerja. 3. Adakah untuk pulih luka lepas pembedahan sama macam bersalin czer ?? 4. Saya target bersalin normal tapi lepas saya bersalin saya kena buang fibriod 10cm pulak. Berapa lama masa saya kena berpantang??? Terima kasih
Sejak mengandung nak suami ada jee.
Mesti laki saya rimas sejak saya mengandung ni kalau nak tidur sata nak sandar kat dia. Kekadang sampai hujung katil dia tahan badan dia ??. Kalau takde dia. Saya lansung tak boleh tidur satu malam. Kena ada suami janji dapat sandar& cium bau kat badan dia. Kekadang dia cuba taknak mandi. Mengamok saya sampai menagis2. Padahal 4bulan nikah perut kosong. Takde pape pon. Ok jee. ??? ya Allah serius ni bukan mengada2 tapi memang hakikat saya macam ni. Apa perlu saya buat yee untuk hindar rasa sakit hati kalau suami tak ada.???
KERAP RASA SEDIH, KECEWA, MENAGIS
assalamualaikum. nak cerita sesuatu tapi sukar saya nak luahkan. ada 2wanita akan bersalin sama bulan dengan saya bulan 10 ni. ada mak mertua busy jaga adik ipar bakal bersalin anak ke 2. yelaa siapa lah saya baru anak pertama. tapi lantak lahh. tu hak mak mertua saya. ada mak kat kampung. tapi mak busy jaga orang lain / jaga makan minum orang lain. bakal jaga orang tu berpantang. padahal wanita tu bukan sesiapa dalam keluarga saya. dia cuma menumpang rasa malu bila mengandungkan bayi luar pernikahannya (dah 4kali terlanjur info dari orang terdekat beliau). tapi lantak dia lah. mak abah saya sebuk belikan keperluan dia. saya sebagai anak??? jauh disudut hati kod nak pandang. tah laa mungkin saya banyak berfikir. cuma saya rasa terkilan. "telan mati anak. luah mati bapak." saya marah, saya sedih sebab setiap kali berbual dengan mak abah saya mesti diorang cerita pasal wanita tu. sampai saya turun naik tangga banyak kali. drive laju2. angkat benda berat. bila rasa marah tu datang. saya marah dengan suami sebab tak faham hati yang tengah hiba. sebelum nak tidur saya menangis. 2 3pagi baru lelap. apa perlu saya buat untuk hilangkan rasa nagetif ni ???? dah lama saya pendam. dengan masalah kerja lagi. saya dah tak kuat. hati saya tak kuat.
MINUM AIR GULA
kenapa saya tak perlu minum air gula?? saya dah 25week tapi bila ibu2 lain tanya pasal air gula. saya tak tahu nak jawab. nurse cakap saya tak payah minum air gula. lupa pulak nak tanya apa sebab nya.
TAK TAHU KIRA USIA KANDUNGAN
nak tanya lah 24minggu bersamaan dengan berapa bulan ye??? sebab orang tanya berapa bulan. kita tak tahu nak jawab jadi kita jawab dalam minggu je. huhuhu my 1st baby ??
baby dalam perut tak aktif
pernah tak ibu2 yang mengandung tiba2 baby tak bergerak dalam perut 1malam. dah berapa jam tak jugak2 gerak. apa perlu buat ye??? ibu tak sakit tapi risau baby takde respon. tepuk2 perut pon takde respon.